01/06/2026
MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim
Al Isra’ Kota Damansara merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan rahmat yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Semoga Kebawah Duli Tuanku terus bersemayam dengan penuh kedaulatan, memayungi negara dengan kebijaksanaan, keadilan dan saksama, serta kekal menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Seluruh warga Al Isra’ Kota Damansara akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Raja Berperlembagaan demi agama, bangsa dan negara.
DIRGAHAYU TUANKU
Daulat Tuanku
Al Isra’ Kota Damansara