Public Gold by Hafizah Borhan

Call Directions Website Contact the business

Public Gold by Hafizah Borhan Membimbing 1000 gold saver yang nak kukuhkan kewangan dengan emas. Follow untuk tips emas & kewangan.

“Emas 999 dengan emas 916, mana satu lebih bagus?”Sebenarnya… bergantung pada tujuan kita guna untuk apa. Emas 999 ni ke...
01/09/2026

“Emas 999 dengan emas 916, mana satu lebih bagus?”

Sebenarnya… bergantung pada tujuan kita guna untuk apa.

Emas 999 ni ketulenannya kira-kira 99.9% emas.

Emas 916 p**a kira-kira 91.6% emas.

Untuk emas 916, ia dicampurkan dengan logam lain supaya emas jadi lebih keras dan sesuai dijadikan barang kemas.

Sebab tu kita selalu nampak emas 916 dalam bentuk cincin, gelang, rantai dan macam-macam lagi.

Emas 999 p**a lebih tinggi ketulenannya.

Sebab tu ia banyak digunakan dalam bentuk gold bar, wafer atau dinar, terutamanya untuk tujuan simpanan.

Okay, satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang…

Spread!!

Untuk emas 999 Public Gold, spread biasanya lebih rendah, sekitar 6–9%.

Emas 916 p**a, spread boleh jadi lebih tinggi dan boleh mencecah sekitar 40%, bergantung pada barang dan kedai.

Di tambah dengan kos upah, yang bergantung pada design.

Bila jual semula nanti, kos upah tu biasanya tak dikira dalam nilai emas yang kita jual.

Jadi… emas 999 lebih bagus?

Tak semestinya.

Emas 916 pun ada fungsi dia.

Kalau tujuan kita nak pakai dan cantik-cantik, emas 916 memang lebih sesuai.

Kalau tujuan kita nak simpan untuk jangka panjang, emas 999 biasanya lebih sesuai.

Jadi sebelum beli, cuba tanya diri sendiri:

“Aku beli emas ni untuk pakai atau untuk simpan?”

Sebab bila tujuan kita dah jelas, lebih senang nak pilih emas yang sesuai.

Emas 916 untuk dipakai.
Emas 999 untuk disimpan.

Mudah je nak ingat.

Simpan emas tak semestinya kena tunggu ada duit banyak.Kita boleh mula dengan jumlah yang mampu, kemudian gunakan Akaun ...
13/08/2026

Simpan emas tak semestinya kena tunggu ada duit banyak.

Kita boleh mula dengan jumlah yang mampu, kemudian gunakan Akaun GAP untuk mengumpul emas secara berperingkat.

Setiap kali kita tambah simpanan, jumlah gram emas dalam akaun akan bertambah berdasarkan harga emas semasa.

Jadi, fokus utama bukan untuk menunggu masa yang “sempurna” tetapi membina simpanan gram secara konsisten mengikut kemampuan.

Bila simpanan dah cukup mengikut syarat, emas dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan dalam bentuk emas fizikal seperti gold bar atau dinar.

Akaun GAP ini boleh menjadi salah satu cara untuk mula membina simpanan emas secara sedikit demi sedikit tanpa perlu menunggu sehingga kita mempunyai modal yang besar.

Yang penting, mulakan mengikut kemampuan sendiri, konsisten menambah simpanan dan bina gram dari masa ke masa.

NAK JADI KAYA? BUKAN SEKADAR KEJAR GAJI BESAR. Ramai orang fikir, bila pendapatan makin tinggi, automatik kita akan jadi...
01/08/2026

NAK JADI KAYA? BUKAN SEKADAR KEJAR GAJI BESAR.

Ramai orang fikir, bila pendapatan makin tinggi, automatik kita akan jadi kaya.

Tapi hakikatnya, ada orang gaji besar pun masih rasa sempit setiap bulan.

Kenapa?

Sebab kekayaan bukan hanya tentang berapa banyak duit yang masuk tetapi berapa banyak yang berjaya kita bina.

Formula mudah:

Kaya = Tambah Harta + Kukuhkan Simpanan - Kurangkan Hutang

Maksudnya, bila pendapatan bertambah, jangan biarkan semua duit habis kepada gaya hidup.

Sebahagian daripada duit itu perlu digunakan untuk bina aset, tambah simpanan dan kurangkan beban hutang.

Cuba lihat perjalanan kewangan kita setiap tahun:

✅ Duit yang dikumpul makin bertambah atau makin hilang?
✅ Kita makin ada aset atau masih bermula dari kosong?
✅ Hutang makin selesai atau makin bertambah?

Kalau jawapannya ya, itu tanda kita sedang bergerak ke arah kewangan yang lebih kuat.

Sebab orang yang benar-benar kaya bukan sekadar nampak banyak duit.

Tetapi orang yang ada kewangan yang semakin stabil dan mampu bertahan dalam apa jua keadaan.

Ada beza besar antara “mampu beli” dan “mampu bayar”.Ramai orang menganggap mereka mampu selagi komitmen bulanan masih b...
27/07/2026

Ada beza besar antara “mampu beli” dan “mampu bayar”.

Ramai orang menganggap mereka mampu selagi komitmen bulanan masih boleh dibayar.

Kereta baru, rumah baru, barang yang diinginkan... semuanya nampak mampu.

Tapi hakikatnya, mampu bayar tidak semestinya bermaksud benar-benar mampu.

Bila sesuatu dibeli dengan hutang, kita sebenarnya menggunakan pendapatan masa depan untuk membayar keputusan yang dibuat hari ini.

Sebab itu ada orang nampak memiliki banyak perkara tetapi hidup masih terasa sempit kerana terlalu banyak komitmen.

Kekayaan sebenar bukan tentang berapa banyak yang kita miliki tetapi berapa banyak kebebasan dan ketenangan yang masih kita ada.

Jangan ukur kemampuan dengan apa yang boleh dibeli tetapi dengan apa yang masih tinggal selepas membelinya.

Mula Bina Aset, Tak Perlu Tunggu Kaya DuluRamai orang selalu fikir nak bina aset kena tunggu duit banyak dulu. Tunggu ga...
14/07/2026

Mula Bina Aset, Tak Perlu Tunggu Kaya Dulu

Ramai orang selalu fikir nak bina aset kena tunggu duit banyak dulu. Tunggu gaji naik, tunggu ada lebihan duit, tunggu masa yang sesuai.

Tapi sebenarnya, ramai yang berjaya bermula dengan langkah kecil.

Tak kisah mula dengan berapa banyak, yang penting kita mula dan buat secara konsisten.

Walaupun hanya RM100, ia tetap satu langkah untuk bina aset dan latih diri supaya lebih bijak urus kewangan.

Sebab yang membezakan bukan siapa yang mula dengan jumlah paling besar tapi siapa yang mampu kekal konsisten.

Jangan tunggu sempurna baru nak mula. Mula dulu dengan kemampuan yang ada, sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit.

Nak mula simpan emas tak semestinya kena ada duit banyak.Tips mudah...Setiap kali gaji masuk, terus asingkan 10% untuk s...
30/06/2026

Nak mula simpan emas tak semestinya kena ada duit banyak.

Tips mudah...

Setiap kali gaji masuk, terus asingkan 10% untuk simpanan emas dalam akaun GAP. Simpan dulu, baru belanja.

Jangan tunggu hujung bulan. Selalunya bila tunggu, duit dah habis entah ke mana.

Kalau belum mampu simpan 1 gram sebulan, tak jadi masalah. Mulakan ikut kemampuan sendiri.

Dengan sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula kumpul emas.

Kita tak perlu tunggu kaya untuk mula simpan emas. Sebaliknya, mulakan sekarang supaya kita dapat bina aset sedikit demi sedikit.

Yang penting bukan siapa simpan paling banyak tapi siapa yang paling konsisten.

Ingat, kewangan yang lebih kukuh dibina melalui tabiat yang baik. Apa yang kita buat setiap bulan akan menentukan kedudukan kewangan kita beberapa tahun akan datang.

Mula sekarang. Satu langkah kecil hari ini boleh beri perubahan yang besar pada masa depan.

FOKUS TAMBAH GRAM, BUKAN TEKA HARGARamai orang bila nak simpan emas, soalan pertama mesti sama je:“Sekarang emas naik ke...
29/06/2026

FOKUS TAMBAH GRAM, BUKAN TEKA HARGA

Ramai orang bila nak simpan emas, soalan pertama mesti sama je:

“Sekarang emas naik ke turun?”
“Bila masa paling murah nak beli?”

Sebenarnya, tak ada siapa pun boleh teka harga emas dengan tepat setiap masa.

Yang kita boleh kawal cuma satu benda je iaitu berapa gram emas yang kita simpan.

Orang yang betul-betul konsisten simpan emas tak pun sibuk sangat tengok harga hari-hari. Dia tak tunggu momen “harga paling cantik”.

Dia buat benda simple je. Konsisten tambah gram setiap bulan.

Harga naik, dia tetap beli.
Harga turun, dia tambah lagi.

Lama-lama tanpa sedar, gram makin terkumpul sampai capai target.

Yang selalu sangkut ialah orang yang asyik tunggu harga jatuh lagi murah.

Contohnya sekarang, walaupun harga emas dah turun banyak daripada sekitar RM764 satu gram ke bawah RM600, masih ramai yang masih tanya “bila nak lagi murah lagi ni?”

Hakikatnya, kalau turun sampai RM200 sekali pun (yang memang tak masuk akal), orang yang sama tetap akan tunggu lebih murah lagi.

Akhirnya bila harga naik balik, masa tu baru mula rasa “eh rugi tak beli dulu”.

Dan kitaran sama akan ulang lagi. Tunggu, fikir lama, akhirnya tak buat apa-apa.

Sebab tu prinsip paling penting dalam simpan emas ialah mula dulu dan fokus tambah gram setiap bulan.

Saya Tak Nak Simpan Emas. Tak Minat!Tiada masalah! Sebenarnya bukan semua orang perlu simpan emas. Setiap orang mempunya...
15/06/2026

Saya Tak Nak Simpan Emas. Tak Minat!

Tiada masalah!

Sebenarnya bukan semua orang perlu simpan emas. Setiap orang mempunyai matlamat kewangan, minat dan strategi yang berbeza.

Emas bukan sekadar barang kemas atau aset untuk golongan kaya.

Bagi ramai orang, emas berfungsi sebagai instrumen simpanan jangka panjang yang membantu mengekalkan nilai wang daripada hakisan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Bagi mereka yang ada impian seperti nak pergi umrah, tunaikan haji, kahwin tanpa terbeban hutang atau kumpul deposit rumah, emas boleh menjadi salah satu cara untuk membina simpanan jangka panjang.

Tak perlu tunggu ada duit banyak baru nak mula.

Hakikatnya, kebanyakan simpanan besar bermula daripada jumlah yang kecil.

RM100 mungkin nampak sedikit hari ini, tetapi bila dibuat secara konsisten, ia boleh menjadi sesuatu yang besar beberapa tahun akan datang.

Yang penting bukan berapa banyak kita bermula.

Yang penting, kita mula dulu, faham kemudian.

Kerana impian masa depan bukan dibina dalam sehari, tetapi melalui langkah kecil yang dibuat secara berterusan.

Bagi yang nak mulakan simpanan emas klik disini:

📌https://publicgoldofficial.com/hafizah/cara-bermula

Menabung serendah RM100 dan daftar akaun percuma sahaja.

Kekayaan Bukan Tentang Gaji BesarRamai orang sangka orang yang bergaji besar itu sudah kaya. Tapi hakikatnya, kekayaan s...
08/06/2026

Kekayaan Bukan Tentang Gaji Besar

Ramai orang sangka orang yang bergaji besar itu sudah kaya. Tapi hakikatnya, kekayaan sebenar bukan diukur pada jumlah gaji.

Kekayaan sebenar ialah berapa lama kita masih mampu meneruskan hidup kalau satu hari nanti gaji itu terhenti.

Sebab hidup ini tak selalu indah. Kerja boleh hilang, bisnes boleh perlahan dan pendapatan boleh terhenti bila-bila masa.

Sebab itu penting ada simpanan dan aset. Bukan untuk nampak mewah tetapi supaya kita masih ada tempat bergantung ketika keadaan berubah.

Jadi, jangan hanya fokus untuk tambah gaji. Fokus juga untuk bina simpanan dan kumpul aset.

Kerana kekayaan sebenar bukan tentang berapa banyak kita dapat hari ini tetapi berapa lama kita mampu bertahan jika satu hari nanti pendapatan itu terhenti.

Bagi yang nak bina kekayaan dengan emas, boleh refer pin di bio untuk saya bantu sebaiknya.

DUIT YANG PALING BAHAYA BUKAN CASH, TAPI "PAY LATER"Ramai orang s**a Pay Later sebab semuanya rasa lebih mudah.Tak perlu...
04/06/2026

DUIT YANG PALING BAHAYA BUKAN CASH, TAPI "PAY LATER"

Ramai orang s**a Pay Later sebab semuanya rasa lebih mudah.

Tak perlu keluarkan duit banyak. Beberapa klik je, barang terus dapat.

Pay Later sebenarnya tak salah. Yang bahaya bila kita mula rasa semua benda mampu dibeli hanya sebab boleh bayar ansuran.

RM30, RM50 atau RM100 nampak kecil. Tapi bila ada banyak komitmen berjalan serentak, akhirnya ratusan ringgit juga yang perlu dibayar setiap bulan.

Lebih membimbangkan, ramai guna Pay Later bukan untuk keperluan, tapi untuk ikut trend, shopping impulsif atau memenuhi kehendak.

Lama-kelamaan, tanpa sedar kita mula terbiasa hidup dengan hutang.

Ingat, Pay Later bukan duit percuma. Ia tetap satu komitmen yang perlu dibayar.

Jangan jadikan kemudahan "bayar kemudian" sebagai alasan untuk berbelanja lebih daripada kemampuan.

Pay Later tidak menjadikan seseorang susah serta-merta. Tetapi jika tidak dikawal, ia boleh perlahan-lahan menjadi perangkap kewangan pada masa hadapan.

Nak mula membina tabiat menyimpan untuk masa depan?

Boleh refer pin di bio untuk saya bantu sebaiknya..

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold by Hafizah Borhan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold by Hafizah Borhan:

Shortcuts

Share