Shazwanie Shahrin - FWD Takaful

Shazwanie Shahrin - FWD Takaful We Change the Way People Think About TAKAFUL. We Got You Covered.

𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 𝗧𝗘𝗦𝗧 𝗙𝗨𝗡𝗗 - 𝗥𝗠𝟭𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮Kami ingin memaklumkan bahawa pembayaran balik tabung saringan COVID 19 telah mencecah RM10 j...
21/05/2021

𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗 𝗧𝗘𝗦𝗧 𝗙𝗨𝗡𝗗 - 𝗥𝗠𝟭𝟬 𝗷𝘂𝘁𝗮

Kami ingin memaklumkan bahawa pembayaran balik tabung saringan COVID 19 telah mencecah RM10 juta dan telah digunakan sepenuhnya.

Oleh itu, sila ambil perhatian semua tuntutan sudah DITUTUP.

Rujuk website : https://www.myctf.my

“KALAU AKU MATI, BUKAN AKU RASA DUIT TU PON.”Ini antara alasan yang biasa diberikan oleh segelintir Suami di Malaysia ap...
02/02/2021

“KALAU AKU MATI, BUKAN AKU RASA DUIT TU PON.”

Ini antara alasan yang biasa diberikan oleh segelintir Suami di Malaysia apabila di cadang untuk mengambil TAKAFUL HIBAH.

Yaa.. memang betul suami tidak akan merasa duit tu, tapi fikirlah tentang orang di belakang kita (isteri & anak-anak) yang akan kita tinggalkan !!

Tinggalkan lah duit untuk Keluarga melalui HIBAH TAKAFUL. Tak dapat banyak, sikit pon takpe asalkan dapat kurangkan kesedihan & tidak membebanan mereka di masa hadapan.

Dalam Al-Quran juga ada menyebut mengenai perkara ni iaitu dalam Surah Al Baqarah Ayat 240 :

TINGGALKAN HARTA BAGI ISTERI DAN ANAK-ANAK UNTUK SETAHUN LAMANYA (Selepas Tolak Hutang-Piutang)

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ ۚ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ مِنْ مَعْرُوفٍ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana." ~ Surah Al-Baqarah : Ayat 240

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI KAUM ADAM..

Credit to Takaful Info. C&P

www.wasap.my/60123609042/hibahtakaful

PENGUMUMAN!Untuk makluman semua pemegang sijil Takaful, Proklamasi Darurat yang diisytiharkan hari ini, 12 Januari 2021 ...
12/01/2021

PENGUMUMAN!

Untuk makluman semua pemegang sijil Takaful, Proklamasi Darurat yang diisytiharkan hari ini, 12 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021 tidak mempengaruhi kontrak perlindungan Takaful anda. Pengendali Takaful akan memenuhi tuntutan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Sila hubungi pengendali Takaful anda untuk maklumat lanjut.

ANNOUNCEMENT!

To all Takaful certificate holders, kindly be informed that the Emergency Proclamation declared today, 12 January 2021 until 1 August 2021, will not impact Takaful certificates contractual obligations. Takaful claims will be paid accordingly as per terms and conditions. Please contact your respective Takaful operators for more information.

BEKAS PESAKIT COVID19 NAK APPLY KAD PERUBATAN ?*********************************************Ini yang anda patut tahu.🤔Ka...
09/01/2021

BEKAS PESAKIT COVID19 NAK APPLY KAD PERUBATAN ?
*********************************************

Ini yang anda patut tahu.🤔

Kajian WHO mengatakan bekas pesakit Covid berkemungkinan besar senang menghadapi masalah kesihatan kekal di masa hadapan pada bahagian :
1. Saluran Pernafasan
2. Paru-Paru
3. Saluran Gastrousus (pencernaan)
4. Hati
5. Buah Pinggang
Kesan kepada permohonan anda ialah pihak takaful boleh jadi akan meletak syarat tidak memberikan coverage terhadap apa jenis penyakit yang bersangkut-paut dengan paru-paru, hati, buah pinggang dan lain-lain.

Jadi kalau lulus pun takaful anda tidak cover penuh. Bergantung kepada penilaian bahagian underwriter company takaful terbabit.
Bagi yang masih bertangguh. Mulakan langkah segera. Kita dah masuk beberapa siri gelombang Covid. Sampai bila covid ni...kita pun tak tahu, Wallahualam

P/s:FWD beri pakej KELUARGA kot.., bermula RM45 sebulan COVER suami+Isteri+anak2 kot.






http://www.wasap.my/60123609042/FWDTAKAFUL

Takaful is simple. Ambil contoh macam casing handphone kita.MASA BARU BELI IPHONE KITA PASANG ?- screen protector - cove...
17/11/2020

Takaful is simple. Ambil contoh macam casing handphone kita.

MASA BARU BELI IPHONE KITA PASANG ?
- screen protector
- cover dan sebagainya
- iphone sekarang pon dah ada insurance tau
tak?

SEBAB ?
- baru beli
- sayang kalau jatuh mahal beb

DAN.
- kita nak ke phone tu jatuh?
- kita nak ke phone kita pecah?

TAKNAK.
- sebab tu kita still pasang cover
- still upgrade security iphone kita

SEBAB, kita tahu dan sedar akan ada kemungkinan untuk phone kita terjatuh dan pecah, kalau ada cover kurang sikit risiko untuk rosak. At least tak teruk daripada tak ada cover atau casing langsung

SAMA JUGA MCM DIRI MANUSIA.
- kita nak ke sakit?
- kita nak ke accident?
TAKNAK.
- tapi kita tak boleh elak ketentuan
- kita tak boleh elak kemalangan
- kita tak boleh kawal takdir

Tapi atleast kita ada PROTECTION.
Guys, your Protection is INSURANCE / TAKAFUL.

Kalau kita mampu secure phone kita
Kenapa tidak DIRI KITA yang jauh lebih tinggi nilainya?

Ada yg nak Takafulkan diri, jom set appt. Sis sedia membantu anda😉

SHAZWANIE SHAHRIN
FWD Takaful
012-360 9042

www.wasap.my/60123609042/FWDTAKAFUL

KELIRU NAK PAKAI YANG MANA?Seringkali Wanie ditanya apa beza diantara FARAID, WASIAT dan HIBAH???Yang mana satu nak paka...
08/10/2020

KELIRU NAK PAKAI YANG MANA?
Seringkali Wanie ditanya apa beza diantara FARAID, WASIAT dan HIBAH???
Yang mana satu nak pakai untuk merancang pewarisan?
Jom belajar..

1. FARAID

Pembahagian kepada WARIS dengan bahagian tertentu. Hanya berlaku setelah pemilik harta meninggal dunia.

Contoh waris suami, ayah 1/6, Ibu 1/6, Isteri 1/8, Anak lelaki menyamai 2 bahagian anak perempuan.
2. WASIAT
Pembahagian kepada BUKAN WARIS tidak melebihi jumlah 1/3 pusaka.

Pesanan semasa hidup tetapi perlaksanaan selepas kematian pemilik harta.

Contoh bukan waris (ie. Anak Angkat, Anak Tiri, Badan Amal, Masjid ) tidak melebihi jumlah 1/3 dari harta pusaka setelah ditolak hutang si mati.
3. HIBAH TAKAFUL

Pemberian kepada SESIAPA tanpa had bahagian.Pemberian hak milik harta secara SUKARELA semasa hidup kepada orang lain secara percuma atau dengan syarat balasan.

Hibah Takaful boleh kepada sesiapa sahaja, muslim atau bukan muslim, waris atau bukan waris, orang atau organisasi.

Tiada had kepada jumlah pemberian kerana hibah takaful berkuatkuasa semasa hidup dan terkeluar dari faraid.

Hibah Takaful merupakan aset cair yang boleh diterima dengan CEPAT tanpa proses merumitkan.

Yang mana nak pakai?

Bergantung kepada hasrat, jenis harta dan sekatan terhadap harta yang dimiliki.

Kempen 1 Family, 1 Hibah Takaful

Jom sediakan HIBAH TAKAFUL RM150,000 dengan caruman serendah RM 60 sebulan (bergantung kepada umur, pekerjaan & status merokok) untuk keluarga tercinta kita

Whatsapp Wanie utk FREE CONSULTATION..

www.wasap.my/60123609042/hibahtakaful

08/09/2020

“Aku hadiahkan (Hibah Takaful) manfaat perlindungan diri ini kepada isteriku agar beliau mampu untuk menanggung diri dan meneruskan hidupnya sekiranya aku telah tiada.”

Pagi ni Wanie nak cerita p**ak "KONSEP NASI LEMAK" di dalam polisi takaful.Dalam setiap polisi. Kita pernah tengok tak p...
24/08/2020

Pagi ni Wanie nak cerita p**ak "KONSEP NASI LEMAK" di dalam polisi takaful.

Dalam setiap polisi. Kita pernah tengok tak perkataan "SUM COVERED" atau "SUM ASSURED"? Atau pernah nampak perkataan "RIDER"?

Perkara paling basic untuk kita tengok dahulu ialah nasi. Nasi ini adalah "sum covered atau sum assured". Selalunya dia lindungi 2 perkara :

1- mati (natural death/accidental death)
2- hilang upaya kekal (HUPK)

Yang kedua adalah RIDER. So apa itu rider? Rider tu yang selain dari nasi. Senang cerita, rider tu lauk.

So macam nasi lemak kat bawah ni, ada macam² rider. Jadi makin banyak rider, makin tinggi la kadar sumbangan kita setiap bulan.

Ok, cukup pagi ni. InsyaAllah nanti kalau rajin aku ulas lagi pasal rider² yg ada dalam takaful.

Jom pi cari nasi lemak.

Allahuakbar..patut rasa xsedap hati je harini..ini rupanya berita yg sy nk dapat.. innalillahiwainna ilahirajiun buat en...
24/08/2020

Allahuakbar..patut rasa xsedap hati je harini..ini rupanya berita yg sy nk dapat.. innalillahiwainna ilahirajiun buat en.khairi.. kenal atas kawan yg rekemen utk apply Takaful dua minggu lepas.. tapi belum sempat apply.. sbnarnya sy masih menggigil nak share cerita ni..
Sy mintak izin dgn isteri arwah utk share cerita ni.. lepas conversation wassap sy terus call wife arwah.. Arwah kemalangan otw ke tempat kerja.. arwah meninggal dlm ambulance masa nak ke hospital.
Dipendekkan cerita Arwah jumpe sy utk apply Takaful 2mggu lepas.. dia baru kerja tempat baru dan xde coverage medical.. sy advicekn utk ada Hibah takaful skali sbb tanggungan hutang dia yg tggi dan wife gaji rendah.. Allah Maha menyayangi.. Allah maha mengetahui.. harini dia pergi tanpa sempat apply Hibah takaful tu.
Maafkan sy kalau ade sahabat2 rapat atau kenalan sy yg sy slalu followup utk share pasal hibah takaful dan Medical Card ni.. ni antara yg buat sy Ralat skali apetah lagi keluarga arwah.. semoga ade sedikit peringatan buat yg masih bertangguh..
Cara terbaik yg sy selalu advice ialah apply dulu then balik bincanglah dgn wife.. sbb kita boleh cancel dlm masa 14 hari lepas apply jika wife xsetuju.. atleast ade coverage dlm tempoh berbincang tu.. beri ruang utk sy dan rakan2 agent sy share pasal Takaful ni pada semua..jika xnak sekali pun jgn terus reject kami.. kami xpaksa pun apply..cuma nak bantu beri fahaman je..
Sekian takziah buat en.Khairi sekeluarga.. semoga roh ditempatkan bersama para solihin..

Credit to: Syafiq
Prudential Wealth Planner

Sapa cakap free?? 😊SALAH TANGGAPAN TERHADAP HOSPITAL KERAJAAN😱pesakit yang datang ke hospital kerajaan selalunya berangg...
20/08/2020

Sapa cakap free?? 😊

SALAH TANGGAPAN TERHADAP HOSPITAL KERAJAAN😱

pesakit yang datang ke hospital kerajaan selalunya beranggapan semuanya percuma, settle dengan hanya bayar rm5 utk pendaftaran.

sebagai doktor, kami bukan sahaja merawat pesakit, tetapi kami juga ambil tahu mengenai social history pesakit.

cerita bermula apabila seorg pesakit was referred to icu team. Pada mulanya treat as GBS . Tetapi keputusan MRI menunjukkan saraf tunjang beliau ditekan dan sempit. Satu-satunya rawatan adalah pembedahan tulang belakang.

Selepas perjumpaan dengan ahli keluarga , qoutation diberi kepada keluarga dan jumlah kos untuk pembedahan ialah 18K. Ye.. RM18, 000.

Kenape kene bayar❓bukan masuk hospital kerajaan hanya bayar rm5❓

KHIDMAT DOKTOR sahaja PERCUMA. Kos PEMBEDAHAN dan ALATAN (implant), perlu dibayar oleh pesakit. Bukan semuanya percuma di hospital kerajaan.😊

Rancangla kewangan anda, samaada menabung daripada kecil, atau mengambil apa-apa plan Takaful/ insuran kesihatan. Supaya jika anda sakit, anda tidak perlu risau tentang kos.👍🏼

Dr. Diyana

19/08/2020

Salam Maal Hijrah

“JANGAN AMBIL TAKAFUL MEMBAZIR JE ''Ada sesetengah orang yang berkata begini,"Rugi je bayar takaful setiap bulan, aku bu...
06/08/2020

“JANGAN AMBIL TAKAFUL MEMBAZIR JE ''

Ada sesetengah orang yang berkata begini,

"Rugi je bayar takaful setiap bulan, aku bukan claim pun"

Tak kurang juga yang menghasut orang lain untuk stop ambil polisi takaful kerana rugi tambah komitmen bulanan....

Katanya, baik simpan sahaja di bank....nak keluar duit senang .... atau simpan jer bawah bantal.

Kadang-kadang kami dihujani berbagai2 alasan dari kalangan klien sendiri yang mencari jalan untuk berhenti mencarum di takaful.

Sabarrrr....

Jom kita ambil masa sedikit untuk baca dan hadamkan.

Takaful sebenarnya diambil sebagai langkah persediaan di masa hadapan.

Persediaan? Untuk apa?

📌HIBAH KEPADA WARIS. Bagaimana?

Tinggalkan pampasan kepada waris untuk meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita di dunia kelak. Untuk apa? Sebagai "survival" untuk teruskan kehidupan di saat kehilangan punca pendapatan. Ini kerana sijil takaful adalah aset yang mudah untuk dicairkan dan tidak perlu melalui proses pecahan "faraidh" sekiranya ia dihibahkan kepada penerima.

📌PELAN GANTIAN PENDAPATAN. Apa p**a ni?

Sejumlah pampasan yang akan dibayar kepada pencarum apabila berlaku perkara2 berikut :

✅ LUMPUH KEKAL dan tidak boleh bekerja lagi.

✅ MENGHIDAPI PENYAKIT KRITIKAL yang boleh merubah kehidupan harian pencarum dan tidak mampu bekerja lagi.

Jadi, syarikat takaful akan membayar pampasan mengikut amaun yang dipohon semasa mengambil sijil. Kebiasaannya minimum 5 tahun gaji dan ke atas.

📌 TAKAFUL PERUBATAN. Bagus ke?

Ya, sangat-sangat bagus. Lagi-lagi jika syarikat tempat anda bekerja tidak memberi anda kemudahan perubatan atau pembiayaan semasa sakit dan anda ataupun keluarga perlu dimasukkan ke hospital. Apa yang di tanggung? Bil-bil perubatan hospital, perkhidmatan pakar termasuk ubat-ubatan dan juga kos pembedahan sekiranya ada.

Hospital kerajaan kan ada? Ya tepat sekali.

Tetapi harus diingat, hospital kerajaan juga tidak semuanya percuma, ada juga kos yang perlu dibayar oleh pesakit terutamanya untuk kes-kes yang kritikal dan berat. Peringatan juga, kos inflasi perubatan meningkat setiap tahun dengan kadar 10% dan ke atas.

Ada juga yang mengatakan mampu untuk menanggung sendiri kerana mempunyai harta dan wang yang banyak. Ya betul, Kak Wan setuju.

Tetapi fikirkan sejenak, jika kita koma dan tiada siapa tahu no pin akaun bank kita ..... bagaimana?

Jika kita meninggal dunia dan semua harta kita dibekukan..... bagaimana?

Itu lah takaful.
Persediaan untuk sesuatu tempoh yang diluar kawalan kita. Kita perlu bersedia dan berusaha terlebih dahulu, baru lah kita bertawakkal.....

Ada lagi?
Ya!

Sangat banyak faedah lain yang ditawarkan oleh pengendali takaful itu sendiri.
Jumpa lah mana2 konsultan syarikat takaful yang anda kenali yang sentiasa bersedia membantu anda.

Jangan takut kepada konsultan takaful kerana mereka mungkin boleh membantu anda di saat anda mengalami kesusahan kelak.

Nak tau lagi?
Jom PM atau Whatsapp Wanie

www.wasap.my/60123609042/hibahtakaful

FGG Wealth Al-Khassah
FWD Takaful

“Tinggalkan warismu dengan harta adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta"

Address

Kuala Lumpur
56000

Telephone

+60123609042

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shazwanie Shahrin - FWD Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shazwanie Shahrin - FWD Takaful:

Share