Cikgu Luqman Takaful

Cikgu Luqman Takaful Panduan Kewangan Patuh Shariah. Perkongsian Kewangan • Bisnes • Ekonomi • Shariah

PEDOMAN | 4 PRINSIP HARTA DALAM ISLAM Setiap kali berkongsi tentang kewangan, saya akan mulakan dengan empat prinsip ini...
29/08/2019

PEDOMAN | 4 PRINSIP HARTA DALAM ISLAM

Setiap kali berkongsi tentang kewangan, saya akan mulakan dengan empat prinsip ini.

Ia menjadikan kita berada di antara dua ekstrim. Pertama mereka yang melupakan terus urusan harta dengan alasan perlu besikap zuhud dan kedua mereka yang berlebihan dalam mengejar harta seolah ia matlamat hidup di dunia.

Harta adalah fitrah hidup manusia di atas muka bumi, Allah pemilik sebenarnya, kita hanya menguruskannya dan akan dipersoalkan tentangnya. Maka jadikanlah ia alat bukan matlamat hidup kita di dunia.



PENTINGNYA ILMU KEWANGAN - SATU PENGENALANAyat ini merupakan ayat yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus belaja...
29/08/2019

PENTINGNYA ILMU KEWANGAN - SATU PENGENALAN

Ayat ini merupakan ayat yang sentiasa memberi semangat untuk saya terus belajar dan menyampaikan apa yang saya belajar kepada orang ramai.

Allah sebut dalam Surah al-Furqan apabila membicarakan tentang 10 sifat Ibadurrahman (Hamba ar-Rahman), Allah khususkan satu ayat tentang Pengetahuan Kewangan (Financial Literacy):

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (Ibadurrahman) yang apabila berbelanja, tidaklah melampaui batas dan tidak bakhil kedekut; (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah sederhana di antara kedua-duanya.

(Surah Al-Furqan:67)

Dengan mesej Ilahi ini, halaman FB ini dibuat sebagai motivasi untuk saya terus belajar dan menyampaikan apa yang saya belajar pada orang ramai.

Saya alu-alukan sebarang soalan dan kemusykilan, yang saya tahu akan dijawab dan yang tidak tahu akan dirujuk pada yang tahu insyaAllah.

Moga kita semua diberikan semangat untuk menjadi Ibadurrahman!



Perbelanjaan luar jangka. Hilang pekerjaan, sakit, kecacatan kekal, bisnes bankrap dsb.Andai berlaku dari mana sumber pe...
09/08/2019

Perbelanjaan luar jangka. Hilang pekerjaan, sakit, kecacatan kekal, bisnes bankrap dsb.

Andai berlaku dari mana sumber perbelanjaan itu? Andai berlaku bagaimana ingin menyelesaikan perbelanjaan tetap bulanan?

Ulama perancang kewangan Malizi memberikan beberapa tips:

1. Simpanan kecemasan.

1 bulan gaji bagi mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan.

3 bulan gaji bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.

6 bulan gaji bagi mereka yang bekerja sendiri.

Ia bergantung pada risiko kehilangan pekerjaan, sektor kerajaan antara yang paling stabil. Simpanan ini diharapkan dapat membantu kita menyelesaikan perbelanjaan tetap khususnya sehinggalah dapat mencari tempat kerja dan sumber rezeki yang baru.

2. Takaful

Skim 'bantu-membantu' antara pencarum takaful akan dapat meringankan beban kita sekiranya musibah seperti sakit kritikal, cacat kekal yang menyebabkan kita dibuang kerja berlaku. Juga membantu waris andai ketua keluarga meninggal dunia dan hilang punca pendapatan.

Ia selaras dengan kisah yang diceritakan dalam Surah Yusuf ayat 47 dan 48. Simpanan untuk kecemasan.

Simpanan ini seperti tangga bomba dalam bangunan, mesti wujud walaupun kita rasa seperti sangat jarang sekali kebakaran bangunan berlaku.

Seperti tangga bomba, hanya boleh guna semasa kecemasan tetapi kadang-kadang kita guna sebab tidak sabar tunggu lif. Disiplin.

Address

Kuala Lumpur
50088

Telephone

+601111679773

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Luqman Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share