15/07/2022
INSURAN KERETA VS PERLINDUNGAN NYAWA
Nak diceritakan, haritu saya ada jumpa seorang kawan lama yang bekerja sebagai pomen. Bukan pomen moto, tapi jurubaiki mesin buat tar jalan.
Kawan tu baru saja angkat kereta. Memang bau kedai lagi. Saya ucap tahniah lah pada kawan tu sebab dah ada kereta sendiri.
Masa bersembang tu, saya pun tanya la berkenaan Insuran kereta dia. Katanya insuran kereta dia RM800. Tambahnya, kalau ada apa-apa jadi kat kereta ni dapat la pampasan dari pihak insuran kereta.
Saya tanya, " Maksudnya jika kereta ni hancur dalam eksiden, pihak insuran akan bayar pampasan la ye". Katanya "yup betul". Banyak juga la dapat dari pihak insuran kenderaan tu.
Saya pun sambung pertanyaan, " Ye la, logik la kalau kereta ni hilang, dapat pampasan tinggi sebab insuran yang cover kereta pun tinggi. Tapi kamu pernah terbayang tak jika kamu yang hilang dari dunia ni, ada tak yang akan membayar pampasan dan berikan wang pada keluarga kamu?".
Saya sambung lagi, "Selama ni kamulah yang tanggung segala perbelanjaan keluarga. Dengan kedudukan dan pendapatan yang kamu ada sekarang ni, kamu boleh beli segalanya termasuk insuran kereta, sedangkan pendapatan kamu, kamu tidak sediakan pun perlindungan. Padahal nyawa kamu lebih beharga dari kereta".
"Jika terjadi sesuatu pada kamu, keluarga kamu tidak dapat sebarang pampasan pun. Malah isteri kamu p**a yang kena tanggung bayar kereta, bayar insuran kereta dan pikul perbelanjaan keluarga".
Lepas tu saya diam sejenak supaya dia berfikir. Lepas tu dia bersuara dengan mengatakan "Sebenarnya saya lama dah fikir pasal ni, cuma tiada kesempatan saja".
AlhamduliLLAH hari tu saya dapat bantu kawan saya sediakan Hibah RM150,000 padanya.
*Kita ni bukan peramal, siapa la kita nak meramal kan. Hibah takaful ni hanyalah sebuah ikhtiar kita untuk hari yang mendatang.
AIMANSABRI,
Perunding Takaful Kesukaan Kalian.
https://bit.ly/HibahPrihatin