17/01/2022
Kenapa consultant recommend tempoh 40 tahun dalam ASB Financing?
Jom kita bezakan orang yang ambik tempoh 30 tahun atau 40 tahun dari segi rolling dividen je k.
Teruskan bacaan . . .
Contoh :
ASBF RM100K
Bank rate 3.45%
Dividen ASB 5%
JIKA AMBIK TEMPOH 30 TAHUN
- Bayaran bulanan = RM446.26
- Bayaran tahunan = RM5355.12
Dengan ilustrasi dividen ASB 5% setahun, dividen diperoleh sebanyak 5% x RM100K = RM5K.
Note :
Dapat RM5K dividen. Tak dapat cover bayaran tahunan sebanyak RM5355.12 jika nak gunakan teknik rolling dividen. Terpaksa top up RM355.12.
JIKA AMBIK TEMPOH 40 TAHUN
- Bayaran bulanan RM384.40
- Bayaran tahunan = RM4612.80
Dengan ilustrasi dividen ASB 5% setahun, dividen diperoleh sebanyak 5% x RM100K = RM5K.
Note :
Dapat RM5K dividen. Boleh cover bayaran tahunan sebanyak RM4613 jika nak gunakan teknik rolling dividen. Siap ada lebihan baki RM387.
Ada orang trauma dengan angka 40 tahun. Kenapa ya?
Maksudnya di sini, semakin pendek tempoh ASB Financing yang kita ambik, bayaran bulanannya akan lebih mahal.
Jika nak gunakan teknik rolling dividen dalam ASB Financing iaitu menggunakan dividen yang kita dapat untuk bayar ansuran untuk setahun terus tahun hadapan. Sebaiknya ambik tempoh semaksimum yang mungkin.
Mungkin lain orang, lain matlamatnya.
Sebab tu jangan ikut-ikut orang lain kalau kita nak buat sesuatu. Belajar dan kajilah sendiri.
Nak apply ASBF? Atau nak refinance untuk dapatkan bulanan rendah?