22/02/2026
"ISU LANTIKAN PENTADBIR DALAM HARTA PUSAKA"
Assalamualaikum para-para pembaca yang budiman. Pada awal pagi ini sebelum ke Mahkamah, Penulis berkesempatan untuk menulis ringkasan berkenaan isu lantikan pentadbir dalam urusan Faraid.
Dalam bulan Februari ini, ada 2 orang anakguam bertanyakan berkenaan isu pentadbir:
Situasi pertama; Ahli keluarga yang melantik diri sendiri sebagai Pentadbir tanpa surat hitam putih,tanpa persetujuan kesemua waris dan membahagikan ikut hawa nafsunya sahaja tanpa persetujuan waris-waris.
Situasi kedua; sebelum kematian si mati, adik si mati telah berjanji akan melaksanakan amanah yang telah menjadi tanggungjawabnya untuk membahagikan kepada waris. Tapi lain p**a yang terjadi. Dia p**a yang claim harta itu miliknya sebab harta tersebut diletakkan atas nama beliau sebagai PENTADBIR.
Bila sebut pasal faraid,masing-masing keluar fatwa, masing-masing keluar hujah. Siap claim ini semua hak mereka yang memang dituntut dalam Islam sampai terlupa si mati meninggalkan waris yang TERDEKAT iaitu pasangan, anak-anak dan ibu bapa yang masih hidup.
Bila terjadi kat diri sendiri pandai p**a nak marah kalau waris lain tuntut hak pembahagian harta pasangan mereka.
Maka posting kali ini Penulis terangkan apa tujuan lantikan Pentadbir (Trustee) ,ciri-ciri orang yang layak menjadi Pentadbir, Isu lantikan Pentadbir dan Kuasa Pentadbir dalam pembahagian Pusaka Si mati. Moga mana-mana yang mengalami nasib yang sama sehingga ke tahap ahli keluarga bermasam muka dapat share posting ini agar ia membuka peluang dan minda pihak yang mengeluarkan fatwa dan hujah mereka sendiri.
Apa itu Pentadbir/Trustee/Wasi?
💸Seseorang yang dilantik sama ada oleh Tuan Tanah semasa beliau masih hidup atau melantik pihak Mahkamah, Peguam, Pejabat Pusaka Kecil, Syarikat Amanah seperti Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam, atau Baitulmal mengikut persetujuan kesemua waris.Tujuan untuk melangsaikan hutang-hutang si mati, melaksanakan wasiat dan membahagikan Faraid.
Ciri-ciri Pentadbir?
💵Islam
💵AMANAH (Bab ini selalu orang failed)
💵Menyelesaikan hutang dan mengagihkan harta pusaka mengikut hukum syarak
💵Pro Aktif
💵Berpelajaran
💵Berkesanggupan / Rela hati memikul amanah
💵 Adil
💵Jujur
💵18 tahun ke atas
💵Tidak bermusuh dengan Si mati/ waris-waris si mati
💵Berakal
💵Baligh
Kuasa Pentadbir/Trustee?
💴Boleh menyaman dan disaman untuk mewakili si mati
💴Perlu menyimpan akaun Pusaka
💴Diberikan kuasa untuk melantik Dua Pemegang amanah untuk waris yang masih bawah umur
Bila Pusaka dibahagikan?
💰Selepas mendapat arahan mahkamah
💰Selepas mendapat Sijil Faraid
💰Surat pakatan keluarga ataupun arahan khas dalam surat wasiat
💰Tempoh masa penyelesaian bergantung kepada pengurusan
Boleh Ke Ahli Keluarga Melantik Diri Sendiri Sebagai Pentadbir?
💷Boleh dengan syarat PERSETUJUAN SEMUA WARIS
💷Jika ada yang tak setuju, tak sah perlantikan Pentadbir
Pelantikan Pentadbir Boleh ke Tanpa Surat Hitam Putih?
💳 Tak Boleh. Mesti ada apa-apa dokumen bertulis berkenaan lantikan Pentadbir yang sah yang boleh menjadi bukti di Mahkamah.
Isu Dalam Lantikan Pentadbir;
⚖️ Pentadbir tiada kuasa menjual, mencagar, ataupun mengagihkan harta pusaka TANPA PERINTAH MAHKAMAH
⚖️Semua waris mesti setuju dengan lantikan Pentadbir
⚖️Bagi waris yang masih kanak-kanak, perlu dilantik sekurang-kurangnya 2 Pentadbir/Pemengang Amanah
Jika Tiada Lantikan Pentadbir Semasa Si Mati Masih Hidup?
⚖️Masih boleh melantik Pentadbir selepas kematian si mati.
⚖️Namun, pelantikan ini sebaik-baiknya didokumenkan dalam wasiat yang sah dan disertai saksi-saksi berkelayakan.
⚖️Pentadbir boleh dilantik atas persetujuan semua waris.
⚖️Kelulusan mahkamah yang akan mengeluarkan surat kuasa mentadbir.
Justeru itu, rancang dan bahagilah harta Pusaka dan bukan harta Puaka. Jangan kerana harta hubungan renggang. Laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan adil dan saksama.
Wallahuallam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Kredit : Nor Asyiqin (Peguam Syarie)