Sheikh Faizal

Sheikh Faizal To add value to others, one must first value others.

Disebalik cerita tentang Iceberg
06/12/2019

Disebalik cerita tentang Iceberg

30/11/2019

When your know why you become more powerful.

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di bank atau institusi kewangan.Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank keran...
28/11/2019

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di bank atau institusi kewangan.

Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana banyak kebaikannya. Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-mana bank atau institusi kewangan yang boleh menjana income melalui pelaburan yang berisiko rendah dan mempunyai kelulusan dari bank negara malaysia.
Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti kebakaran dan banjir, wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank.
Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, kita boleh membiayai perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti daripada wang simpanan tersebut. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya boleh digunakan pada masa yang memerlukan.
Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila menyimpan wang di bank. Kita tidak akan boros berbelanja kerana sebahagian wang akan disimpan di bank. Ini akan melatih kita menjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan. Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang dan sebagainya.
Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan yang lebih terjamin.



27/11/2019

Mengumpul kekayaan serta menjamin perlindungan

Apakah matlamat hidup paling penting bagi anda?
Adakah untuk membiayai pendidikan anak-anak anda di menara gading?
Adakah untuk bersara dengan selesa?
Adakah untuk mewariskan harta anda kepada anak- anak anda?
Untuk mencapai segala matlamat ini, anda
perlu merancang kewangan anda mulai sekarang.

06/09/2019

Kenali Pencapaian
Apabila orang melakukan pekerjaan yang baik, mereka mahu diiktiraf untuknya. Budaya tempat kerja di mana kedua-dua pengurus dan rakan sekerja selalu mengiktiraf pencapaian orang mungkin menjadi tempat yang positif untuk bekerja.
Berhati-hati bagaimana anda melakukannya. Kajian Sekolah Perniagaan Harvard yang menarik mendapati bahawa program anugerah untuk kehadiran yang baik di firma perindustrian membawa kepada kejatuhan produktiviti sebanyak 1.4%. Sesetengah pekerja mendapati cara untuk memainkan sistem dan memenangi anugerah itu, manakala pekerja yang sudah mempunyai kehadiran yang sempurna telah dipisahkan dengan melihat orang lain memenangi anugerah untuk apa yang mereka anggap sebagai kelakuan biasa.
Pelajaran: berhati-hati bagaimana anda merancang program pengiktirafan, dan pertimbangkan kesan bukan sahaja kepada orang yang diiktiraf tetapi juga kepada mereka yang tidak diiktiraf.

Letak Motivasi Anda Ditempat JelasPepatah Inggeris menyatakan, “out of sight means out of mind.” Kebiasaanya, setiap ind...
22/08/2019

Letak Motivasi Anda Ditempat Jelas
Pepatah Inggeris menyatakan, “out of sight means out of mind.” Kebiasaanya, setiap individu mempunyai sebab tersendiri untuk menyimpan wang, dan biasanya terdapat beberapa sebab. Mungkin anda ingin menyimpan wang untuk bayar wang pendahuluan untuk beli rumah, atau untuk pastikan anda mempunyai hidup selesa lepas bersara. Apa pun tujuan anda menyimpan, letakkan matlamat itu dimana anda boleh lihat untuk dijadikan motivasi.



http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=35&pg=143&ac=109&bb=file&en

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sheikh Faizal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share