Muhammad Akhir Get

Directions Contact the business

Muhammad Akhir Get Protect | Save | Invest |
Pre Adversity Advisor.

20/09/2026

Rehlah atau Kembara ke Kedah Tua (Ancient Kedah) yg diuar-uarkan dalam posting saya yg lepas telah selamat dijalankan dengan jayanya bersama insan yg mengkaji, mengetuai ekskavasi di merata tempat di Kedah untuk mencari tinggalan sejarah yg di tinggalkan oleh generasi terdahulu iaitu Prof Dato’ Dr Mohd Mokhtar b. Saidin.

Hasilnya beliau & teamnya telah berjaya menemui tinggalan sejarah & ketamadunan bangsa yang tinggal di Kedah Tua iaitu generasi orang Melayu yang mempunyai teknologi yg tinggi sejak 788SM atau abad ke 8. Penemuan artifak-artifak sejarah seperti tembikar; layar kapal dahulu kala; candi; paya bakau yg berbagai jenis yg hanya terdapat di sepanjang Sg Merbok & Sg Muda; penemuan relau-relau peleburan besi yg kuno bersama tuyère iaitu alat peniup angin/bellow yg ditemui sekurang-kurangnya 2,000,000 di satu longgokan sahaja; tinggalan jongkong besi; sebuah pelabuhan yg lengkap dgn jeti; Syahbandar; kuarters pekerja; tempat ibadat dan lain-lain lagi.

Semua ini tidak dapat kita jumpa dalam buku teks sekolah tapi inilah dia warisan yg telah ditinggalkan oleh kaum terdahulu dari kita & dari pentarikhan karbon (carbon dating) yg dihantar & dijalankan di Florida, Amerika Syarikat ke atas artifak-artifak yg dijumpai membuktikan kewujudannya semenjak 788SM yg lalu.

Trip ini dianjurkan bersama oleh Prof Dato’ Dr Mohd Mokhtar b. Saidin dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Persatuan AncKED & Sungai Batu, Komuniti Kampung Pengkalan Bujang (Geokomuniti, Geokraf, Geofood), Sekolah Kebangsaan Teroi (Geoschool), Benua Ammara Travel (Archeo Tourism). Keterangan lanjut untuk trip seperti ini boleh didapati dengan menghubungi no berikut:

https://ma.me/60162260082

12/09/2026

Plaque anugerah The Earliest & Oldest Civilization in South East Asia pada 2016 telah diterima oleh Prof Dato’ Dr Mohd Mokhtar Saidin selaku Ketua Arkeologi USM yg mengetuai kump**an penyelidik & ekskavasi tapak peleburan besi kuno Kedah Tua (Ancient Kedah) di Sungai Batu. Beliau juga adalah Ketua Panel Pakar Saintifik & Penasihat Jerai Geopark.

Beliau juga akan mengetuai rombongan Jejak Arkeologi Series yang dianjurkan oleh Alumni Horley Hall, ACS Ipoh pada 14-17Sep2026. Beliau akan memberikan penerangan secara ‘live’ kepada para peserta rombongan ke UNESCO Geopark & Tapak Warisan (Heritage Site) di Gunung Jerai, Sungai Batu, Lembah Bujang dan pesisir Pantai Merdeka.

Untuk pengetahuan anda juga, beliau merupakan Alumni Horley Hall, ACS Ipoh, Batch 77-81. Rehlah ini juga dijayakan bersama Benua Ammara Travel, Kuala Lumpur. Lihat hantaran dan cerita lengkap di sini👇🏽

https://vt.tiktok.com/ZSq54prw2/

‘Ora et Labora - The Best Is Yet To Be’

Tapak Pelbagai Guna/Multifunction Sungai Batu, Kedah Tua (Ancient Kedah)Jika anda pernah pergi ke Xi’an, China, untuk me...
10/09/2026

Tapak Pelbagai Guna/Multifunction Sungai Batu, Kedah Tua (Ancient Kedah)

Jika anda pernah pergi ke Xi’an, China, untuk melihat kehebatan artifak ‘Terracotta Warriors’, Galeri Tinjau seperti ini juga diwujudkan di Kompleks Arkeologi Sungai Batu supaya para pengunjung boleh menyaksikan artifak yang dipersembahkan dengan lebih dekat tetapi tidak merosakkan atau mengganggu keberadaannya di situ secara fizikal. Seterusnya ia dapat menjamin keselamatan artifak yang dipaparkan kepada pengunjung.

Di Tapak Arkeologi Sungai Batu, konsep Galeri Tinjau yang sama digunakan agar para pengunjung dapat melihat artifak yang dipersembahkan dengan lebih dekat sambil melindungi artifak yg ada daripada disentuh, dipijak, diganggu dari gegaran hentakan kaki dan sebagainya. Tapak Pelbagai Guna pertama di Sungai Batu yang ditemui ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu :

1. Pentas
2. Dewan
3. Jeti Purba
4. Bilik Kecil dan Besar

Tapak ini berada di Bahagian C, Kompleks Arkeologi Sungai Batu dan bertentangan dengan Tapak Ritual dan Sungai Kuno. Hebahan yang lebih bersepadu perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kunjungan dari pengunjung dalam dan luar negara dalam usaha menyebar luaskan tentang penemuan artifak dan kompleks peleburan besi pra sejarah yang paling lengkap di dunia. Proses dari peleburan besi di kompleks relau, penghantaran darat, jeti, pelabuhan, kompleks syahbandar, kuarters pekerja, tempat peribadatan/ritual dan sebagainya yang tersohor di dunia ini suatu masa dahulu.

Salah satu dari usaha kami untuk mengetengahkan agenda ini adalah dengan mengadakan sendiri kunjungan ke Tapak Warisan di Kedah Tua (Ancient Kedah) dan dianjurkan oleh Alumni Horley Hall, ACS Ipoh. Kunjungan ini akan diketuai sendiri oleh Prof Dato Dr Mohd Mokhtar Saidin selaku Ketua Panel Pakar Saintifik dan Penasihat Jerai Geopark yang juga seorang Arkeologis tahap UNESCO dan juga adalah Alumni Horley Hall, ACS Ipoh. Diharapkan kunjungan kali ini ke Gunung Jerai, Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang dan Pesisir Pantai Merdeka, akan memberi pendedahan secara langsung kepada ahli-ahli alumni yang seterusnya akan menyebar luaskan ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba dari kunjungan ini.

Usaha yang berterusan dari skala yang kecil ini diharap akan menjadi kesan riak/‘ripple effect’ kepada komuniti kita tentang kehebatan sejarah tempatan yang jasanya sejak zaman dahulu lagi disumbangkan kepada dunia dari segi barangan dan persenjataan yang berasaskan kepada besi. Nantikan seterusnya rehlah Alumni Horley Hall, ACS Ipoh ke Kedah Tua (Ancient Kedah) pada 14-17Sep2026.

Kr fb: sungai batu tamadun terawal asia tenggara

09/09/2026

Kenapa Kedah Tua boleh menjadi pembekal besi untuk dunia? Mari kita kupas satu persatu. Kemampuan untuk menjadi pengeluar jongkong besi kepada dunia perlulah ada stok sumber yang banyak, yang mampu menyokong pengeluaran besi. Bahan yang minimum digunakan dengan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Sumber yang banyak perlu sentiasa ada.

Bahan bakar: yang terbaik adalah dari arang kayu dari pokok bakau. Pokok bakau tumbuh dalam air masin. Hutan bakau Merbok di Kedah sangatlah banyak disepanjang 46 kilometer dikiri dan kanan Sungai Merbok. 2/3 spesis bakau dunia ada di sini. Jenis-jenis kayu bakau tertentu dapat menentukan yang mana boleh membantu untuk menghasilkan pembakaran yang maksimum dan berkualiti.

Bijih besi: sumber stok batu/bijih besi yang sebesar Gunung Jerai termasuk di kawasan kaki gunung dan kawasan sekitar. Beberapa jenis besi p**a diperlukan dunia untuk pelbagai macam kegunaan. Dua tempat yang dikenalpasti menjadi sumber utama lokasi besi yang diambil 2,800 tahun dahulu dan sampai sekarang masih banyak didapati iaitu di kawasan UITM Merbok dan Tupah.

Tuyère, relau, bata merah diperbuat dari tanah liat: Kedah Negeri Jelapang Padi dan stok tanah liatnya juga melimpah. Sebuah dokumentari perlu dikeluarkan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terutamanya bangsa Melayu, bagaimana bangsa ini boleh menjadi antara pelebur besi tersohor dunia pada waktu dahulu.

Faktor cuaca, iklim Khatulistiwa dan mukabumi: Gunung Jerai adalah 'landmark' kepada semua kapal yang belayar antara Timur dan Barat dunia pada waktu dahulu.

Cuba bayangkan jika besi dibawa melalui jalan darat pada waktu dahulu. Berapa ribu gajah perlu digunakan? Berapa lama masa peru diambil untuk membawa satu bahan yang sangat padu, padat dan berat?

Kep**auan Melayu merupakan satu archipelago yang mempunyai ribuan p**au di lautan yang cetek.

Pengangkutan utama untuk mengeksport besi pada waktu dahulu adalah melalui jalan laut. Orang Melayu telah dikenali pada zaman dahulu sebagai ‘raja di lautan’.

Banyak lagi fakta dan peranan utama yang boleh kita bincangkan mengenai orang Melayu di Nusantara ini. Kepandaian bertukang besi, emas, perak, permata, berdagang, menggembeling hasil tanah seperti pertanian dan berbagai-bagai lagi. Pendek kata, orang Melayu dari zaman dahulu lagi sangat rajin bekerja dan mempunyai perusahaan sendiri. Malangnya, ramai orang Melayu telah lupa atau sengaja dipadamkan catatan sejarah dengan ‘merompak’ hasil tulisan sejarah, persuratan dan kitab-kitab tua ini oleh pihak penjajah tentang sejarah orang-orang Melayu yang hebat di zaman lampau. Pendidikan hasil bangsa penjajah ini menyebabkan kebanyakan orang-orang Melayu hanya selesa menjadi pekerja di perusahaan-perusahaan yang dibangunkan oleh orang lain.

Bumi Melayu kini memuntahkan sejarah bangsa kita di kala Melayu merasakan bangsanya tiada apa.

2,000,000 tuyère yang telah dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, wajar dijadikan gam yang mampu menutup mulut bangsa-bangsa lain di seluruh dunia tentang kehebatan bangsa Melayu suatu masa dahulu. Ketamadunan sesuatu bangsa itu akan lenyap apabila sejarahnya dipadamkan.

Sehubungan dengan itu, Prof Mokhtar Saidin bersama-sama kami, Alumni Horley Hall, ACS Ipoh akan melakukan siri lawatan Jejak Arkeologi Series dalam usaha menghidupkan kembali sejarah bangsa Melayu yang hebat dan secara tidak langsung menaikkan minat untuk Archeo-Tourism di Malaysia ini. Usaha perlu dimulakan walaupun dari skala yang kecil tapi in shaa Allah istiqamah dalam membongkar kehebatan tamadun dan peradaban bangsa Melayu di Malaysia ini. Nantikan rehlah Jejak Arkeologi Series, Alumni Horley Hall, ACS Ipoh pada 14 - 17 September 2026.

Kr fb: sungai batu tamadun terawal asia tenggara

Batu Besi Qala’iTahukah anda, Besi Qala'i (Kedah Tua) adalah 3 besi terbaik di dunia. Bila kita menilai lebih dalam, rup...
08/09/2026

Batu Besi Qala’i

Tahukah anda, Besi Qala'i (Kedah Tua) adalah 3 besi terbaik di dunia. Bila kita menilai lebih dalam, rupa-rupanya 3 pedang terbaik dunia purba dahulu adalah datangnya dari sumber besi yang sama iaitu Besi Qala'i. Cuma tempat ia ditempa sahaja berbeza.

Dari mana datangnya Besi Qala'i? Jawapannya dari Kedah dan bukankah Kedah dalam Tanah Melayu. Sudah begitu lama sejarah bangsamu disimpan rapi didalam ladang kelapa sawit.

Pada tahun 2009, baharulah segalanya terbongkar apabila besi yang terbaik di dunia pada waktu purbakala, industri peleburan besi dan relaunya yang dicari-cari oleh seluruh dunia dijumpai masih berada dalam keadaan elok di bawah tanah ladang kelapa sawit di Sungai Batu ini. Seterusnya tempat ini dibangunkan oleh Universiti Sains Malaysia dan jabatan berkenaan sebagai Tapak Arkeologi Sungai Batu di bawah UNESCO World Heritage Site.

Berbanggalah wahai bangsa Melayu bahawa sejarah agungmu pasti akan berulang dengan penemuan bersejarah ini. Disimpan untuk masa hadapan sebagai bahan sejarah gemilang suatu masa dahulu yang tidak luput dek zaman.

Kr fb: sungai batu tamadun terawal asia tenggara.

07/09/2026

Relau & Tuyère

Tuyère (juga dieja sebagai tuyere) ialah nozel atau tiub yang berfungsi untuk menyuntik dan mengarah udara atau oksigen tambahan ke dalam relau (furnace) atau sistem pembakaran. Dalam bahasa Melayu, ia juga sering disebut sebagai nozel udara atau tiub hembusan.

Fungsi Utama Tuyère
•Membekalkan Oksigen: Membekalkan udara panas atau oksigen tulen pada tekanan tinggi ke dalam zon pembakaran.
•Meningkatkan Suhu: Oksigen tambahan ini mempercepatkan proses pembakaran bahan api (seperti kok atau arang), sekali gus meningkatkan suhu relau ke tahap maksimum dengan cepat.
•Mengawal Aliran Udara: Memastikan udara diagihkan secara sekata ke seluruh bahagian dalam relau untuk pembakaran yang cekap.

Penggunaan Biasa
•Relau Bagas (Blast Furnace): Digunakan secara meluas dalam industri pembuatan besi dan keluli untuk meleburkan bijih besi.
•Tukang Besi Tradisional (Forge): Tiub yang menyalurkan udara daripada penghembus (bellows) terus ke dalam bara api untuk memanaskan logam yang hendak ditempa.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Akhir Get posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhammad Akhir Get:

Shortcuts

Share