Syahirah Ismail

Call Directions Website

Syahirah Ismail *Disclaimer : All contents expressed herein are personal illustration for the purpose of easy reference and does not necessarily represent AIA.

*Ini real case - ahli keluarga kepada ejen kami*Satu ubat sahaja hampir RM33,000.Bila sakit kritikal datang, persoalanny...
10/08/2026

*Ini real case - ahli keluarga kepada ejen kami*

Satu ubat sahaja hampir RM33,000.

Bila sakit kritikal datang, persoalannya bukan sekadar “Medical card cover tak?”
Tapi juga - kalau tak boleh bekerja, siapa nak cover komitmen bulanan kita?

Sebab itu selain medical card, penting untuk ada pampasan penyakit kritikal dalam bentuk cash.

Duit itu boleh jadi dana untuk rawatan, ubat, recovery period dan menggantikan income yang terjejas.

Kalau belum ada CI coverage, PM saya. Saya boleh bantu check & kira ikut bajet. 😊

🏥 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶.Sebenarnya tak semestinya. Takkan hanya kerana bajet terhad...
05/08/2026

🏥 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶.

Sebenarnya tak semestinya. Takkan hanya kerana bajet terhad, kita tak layak nak ada perlindungan?

Boleh je kita ambil satu-satu dulu.

✅Ada orang lebih perlukan 𝙈𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘾𝙖𝙧𝙙 untuk kos rawatan.
✅ Ada yang utamakan 𝙃𝙞𝙗𝙖𝙝 demi keluarga.
✅Ada juga yang memilih 𝙋𝙖𝙢𝙥𝙖𝙨𝙖𝙣 𝙎𝙖𝙠𝙞𝙩 𝙆𝙧𝙞𝙩𝙞𝙠𝙖𝙡 kerana risau jika hilang pendapatan apabila tidak lagi mampu bekerja.

Setiap orang ada keperluan, komitmen dan bajet yang berbeza.

Hakikatnya, bukan semua orang mampu mengeluarkan puluhan ribu ringgit apabila diuji.

Tetapi ramai sebenarnya mampu memulakan perlindungan dengan caruman yang lebih rendah daripada perbelanjaan harian.

Persoalannya bukan "Mampu ke nak ambil?"

Persoalannya...

"Kalau sesuatu berlaku esok, adakah kita dan keluarga benar-benar bersedia?"

Jika anda masih keliru pelan mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda, saya sedia bantu membuat semakan dan berkongsi pilihan yang sesuai.

📩 Tekan "Send Message" atau WhatsApp saya untuk semakan percuma. Tiada paksaan, sekadar membantu anda membuat keputusan yang lebih yakin.

𝐒𝐲𝐢𝐫𝐚
𝙰𝙸𝙰 𝙿𝚞𝚋𝚕𝚒𝚌 𝚃𝚊𝚔𝚊𝚏𝚞𝚕 𝙻𝚒𝚏𝚎 𝙿𝚕𝚊𝚗𝚗𝚎𝚛
www.wasap.my/60197570468/naktanya3plan
www.wasap.my/60197570468/nakpromomedicalcard
www.wasap.my/60197570468/nakpromohibah
www.wasap.my/60197570468/nakpromopampasansakitkritikal

𝗞𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶... 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻-𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶, 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁?🤔Benda palin...
04/08/2026

𝗞𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶... 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻-𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶, 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁?🤔

Benda paling utama dalam kepala mesti nak cari hospital terdekat, kan? Tapi dilema biasa orang kita:

"𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘢𝘩?"
"𝘈𝘨𝘢𝘬-𝘢𝘨𝘢𝘬 𝘩𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘵𝘶 𝘱𝘢𝘯𝘦𝘭 𝘮𝘦𝘥𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘤𝘢𝘳𝘥 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬 𝘦𝘬?"

Sebenarnya, ramai tak tahu yang senarai hospital panel ni dinamik—dia boleh berubah dari semasa ke semasa. Haritu hospital A bukan panel, tiba-tiba tahun ni dah jadi panel. Begitu juga sebaliknya.

Sebab tu bila client-client tanya saya, saya selalu pesan: Tak payah pusing kepala nak hafal atau simpan kertas senarai hospital.

Guna je AIA Panel Locator dekat phone tu. Benda sangat memudahkan! ✨

Kenapa saya s**a sangat feature ni?
📍 Guna GPS: Dia terus kesan hospital panel AIA yang paling dekat dengan lokasi kita berada waktu tu.
📞 Boleh Call Terus: Boleh terus hubungi hospital nak bertanyakan kekosongan wad atau doktor pakar yang ada (contohnya Pakar Neuro).
💡 Info Transparent: Boleh semak room rate dan tawaran khas untuk client AIA siap-siap.

Bila ada kemudahan macam ni, urusan kita jadi jauh lebih tenang & teratur bila-bila masa diperlukan.

Korang pencarum AIA yang belum pernah cuba guna Panel Locator ni, pi explore kat app korang harini tau! Sangat helpful 😉

Yang masih survey medical card tu, maybe boleh consider this benefit sebagai salah satu option bila nk ambil medical card nanti..

Kalau rasa posting ini bermanfaat, jom like and follow saya.

𝙎𝙮𝙞𝙧𝙖
ᴀɪᴀ ᴘᴜʙʟɪᴄ ᴛᴀᴋᴀꜰᴜʟ ʟɪꜰᴇ ᴘʟᴀɴɴᴇʀ
www.wasap.my/60197570468

“Bulan ni mesti boleh simpan duit…” — tapi hujung bulan tengok bank akaun, ada RM13.70 je. Pernah rasa? 😅Pelik kan? Ada ...
03/08/2026

“Bulan ni mesti boleh simpan duit…” — tapi hujung bulan tengok bank akaun, ada RM13.70 je. Pernah rasa? 😅

Pelik kan? Ada orang gaji RM2,000 rileks je ada emergency fund, tapi yang gaji RM5,000 pun boleh terjerit-jerit sesak bila masuk 20 haribulan.

Realitinya, masalah utama kita jarang pasal “Berapa banyak gaji?”, tapi pasal “Mana pergi duit tu?”.
....

Bila tak ada sistem agihan dari hari pertama gaji masuk, kita selalu terjebak dengan kitaran ni:

❌ Gaji Masuk ➡️ Guna Duit ➡️ Bayar Hutang ➡️ Berharap Ada Baki Nak Simpan (Spoiler: Memang takkan ada!)

Sebab tu gaji kecil yang diurus dengan cermat boleh jadi penyelamat, tapi gaji besar yang main hentam boleh jadi beban.
....

Kenapa kita WAJIB paksa diri asingkan gaji?

🔴 Sekat Nafsu "Beli Dulu, Fikir Kemudian"
Tanpa peratusan yang jelas, kita akan rasa semua duit dalam akaun tu boleh dibelanjakan. Padahal sebahagiannya hak tuan rumah, bil, dan masa depan kita.

🟢 Bina 'Perisai' Bila Ditimpa Musibah
Sakit dan kemalangan tak pernah hantar notis. Bila ada pengasingan khas untuk simpanan & perlindungan, kita tak perlu merayu atau berhutang bila ujian datang.

🔵 Tidur Lebih Nyenyak (Peace of Mind)
Bila kewangan tersusun, kepala otak tak serabut. Kita tahu keperluan asas dah bertutup, hutang terkawal, dan risiko dah dipindahkan.

Ingat, rancang kewangan sewaktu duit masih ada di tangan, bukan bila dah terdesak di tepi jalan. ❤️

Syira
Life Planner - AIA Public Takaful
019-757 0468

27/07/2026

Ringkasnya, Waiver bantu kita untuk kekalkan perlindungan kita tanpa perlu bayar caruman bulan bagi satu2 plan takaful. tetapi untuk Plan Sakit Kritikal ni, kita akan dapat cash/pampasan terus disahkan terkena sakit kritikal yang dilindungi. Utk sebarang pertanyaan boleh tekan link saya di Bio.

27/07/2026

I'm back. Pls pray for my friend.. moga ada keajaiban Dan dia boleh pulih seperti sedia kala.. Anda masih confius nk pilih plan yang mana? boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan

25/06/2026

Kecoh kejap dekat Agency kami hari ni kerana client and juga bekas rakan sejawat kami berjaya mendapatkan pampasan lebih RM400ribu disebabkan sakit kritikal walaupun disahkan sakit hanya 4 bulan selepas mencarum plan Perlindungan. Masa mula-mula dapat tahu dia disahkan sakit kritikal, sedih juga rasa sebab kami selalu berhubung walaupun jauh. Dia terpaksa stop bekerja sebagai perunding Takaful bila dah disahkan sakit kritikal ni. Alhamdulillah, client ambil Plan Hibah/Cacat Kekal Menyeluruh, pampasan still diberikan memandangkan client tidak lagi mampu bekerja disebabkan kecatatan tersebut..In fact, kos perubatan bagi penyakitnya ditanggung sepenuhnya dibawah Plan Medical Card yang dicarum tanpa perlu membayar caruman bulan.

Umur client ketika disahkan sakit baru sahaja 26 tahun. Siapa sangkakan? Sakit menjengah tak kira usia. Alhamdulillah Allah jentik hati client ni untuk ambil perlindungan awal dgn jumlah yang agak banyak. Diharap Pampasan ini dapat membantu untuk meneruskan hidup dan proses pemulihan.InsyaAllah. Kita usaha sahaja, Allah yang izinkan.

23/06/2026

Anda confius dan mungkin buat silap bila nak ambil Plan Perlindungan Takaful? Ni sedikit Tips yang mungkin membantu.

18/06/2026

Hibah maksudnya Hadiah. Hibah TAKAFUL adalah pemberian pampasan kepada penerima hibah yang kita perolehi apabila kita mencarum ke dalam Plan Perlindungan kematian/Hibah Takaful.
Selain dari tu, pampasan boleh diperolehi awal semasa hidup kita sekiranya berlaku cacat kekal menyeluruh atau sekiranya kita mengalami hilang keupayaan melebihi 6 bulan sehingga tidak mampu lagi bekerja

REZEKI...Ada orang usaha sedikit, tapi hasilnya nampak banyak.Ada orang usaha siang malam, tapi hasilnya belum seperti y...
12/06/2026

REZEKI...

Ada orang usaha sedikit, tapi hasilnya nampak banyak.

Ada orang usaha siang malam, tapi hasilnya belum seperti yang diharapkan.

Kadang-kadang kita pandang rezeki hanya pada angka dalam akaun.

Sedangkan rezeki itu lebih luas daripada duit.

Ada orang ambil medical card, bertahun-tahun tak guna. Dia rasa rugi.

Padahal nikmat sihat, tak masuk hospital, tak perlu menanggung kesakitan itu sendiri adalah rezeki yang besar.

Ada p**a orang diuji dengan sakit, tetapi mempunyai medical card. Bil hospital puluhan ribu dapat ditanggung. Simpanan keluarga terselamat. Itu juga rezeki.

Hakikatnya, tugas kita adalah berusaha.

Mencari rezeki, merancang kewangan, dan menyediakan perlindungan untuk keluarga.

Soal hasilnya, itu urusan Allah.

Kalau hari ini belum nampak rezeki yang kita harapkan, jangan putus asa. Mungkin Allah sedang beri rezeki dalam bentuk yang kita tidak sedar — kesihatan, masa, keluarga yang masih lengkap, atau musibah yang dijauhkan.

Sama juga dengan takaful.

Kita tidak membeli takaful kerana berharap ditimpa musibah.

Kita mengambilnya kerana berusaha menjaga amanah yang Allah beri.

Kalau tak perlu guna, Alhamdulillah. Itu rezeki.

Kalau suatu hari perlu guna, Alhamdulillah. Itu juga rezeki.

Kerana rezeki bukan sekadar apa yang kita dapat.

Tetapi juga apa yang Allah lindungi daripada kita kehilangan. ❤️

"Usaha itu tanggungjawab kita, rezeki itu urusan Allah. Tetapi merancang adalah sebahagian daripada usaha."

SALAM JUMAAT.

SYIRA
AIA LIFE PLANNER
019-757 0468

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahirah Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share