Sembang Emas Dr. ASH

Sembang Emas Dr. ASH PG00381591
Perkongsian mengenai segala Ilmu Emas. Simpanan dan Pelaburan Emas.

Saya merupakan seorang pelajar Pergigian dan Dealer Aktif Public Gold Syarikat Emas terbesar di Malaysia

STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMASPelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung seg...
02/10/2021

STRATEGI ASAS JANA KEUNTUNGAN DENGAN EMAS

Pelaburan emas bukanlah pelaburan ajaib yang boleh memberikan kita keuntung segera. Namun, secara puratanya, kenaikan emas tahunan adalah sekitar 10% hingga 11% bergantung kepada pergerakan sebenar harga emas.

Dalam urusan simpanan, ada tiga strategi paling asas jana keuntungan dengan emas.

1) Beli dan Simpan (Gold Saver)

Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas secara amnya sekitar 3 tahun.

Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ah Rahnu. Sementara dapat keuntungan perniagaan, segera tebus emas bagi menjimatkan kos upah simpan.

2) Beli, Jual, Beli, Jual (Gold Investor)

Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisi Teknikal Harga Emas.

3) Berniaga Emas (Gold Dealer)

Strategi ini paling senang bagi yang ada modal dan serius mahu membina kerjaya. Jadi ejen syarikat emas. Kemudian beri kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas dan bimbing mereka tentang pelaburan emas yang betul. Setiap orang yang membeli melalui kita, syarikat emas akan bayar insentif sebagai komisyen atau margin jualan.

Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) atau Tabung Haji , kita akan dapat dividen setiap hujung tahun. Melabur dalam simpanan emas , tidak ada dividen namun keuntungannya adalah pada waktu kita selamatkan kekayaan kita melalui emas.

Konflik terjadi sebab kita tidak tahu dimanakah posisi kita sebenarnya dalam pelaburan emas. Golongan pelabur minset fokus kepada kenaikan RM bukannya gram emas. Fokus sebenar kita ialah keuntungan yang dapat dijana dengan peningkatan harga emas berbanding modal yang kita keluarkan itu.

Golongan pelabur membeli emas pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Untuk mengenalpasti harga ini, perlu hadiri kelas Analis Teknikal Harga Emas . Didalam kelas ini, kita diajar membaca dan menganalisis graf pergerakan harga emas dunia berdasarkan perkembangan ekonomi dunia pada satu satu masa.

Tanpa ilmu ini, pelabur akan keliru bilakah sepatutnya membeli emas dan bila sepatutnya menjual emas? Pelabur emas bukan hendak simpan emas tetapi kita hanya mahu buat duit dengan nauk turun harga emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/601162345686

Ahmad Syauqi Hanif
Authorised Dealer Public Gold
PG00381591

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)Gais, tahu tak apa tu akaun GAP? Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!GAP adala...
01/10/2021

AKAUN GAP (Gold Accumulation Program)

Gais, tahu tak apa tu akaun GAP? Bukan nama serangga atau bukit bukau tau!

GAP adalah Gold Accumulation Program dimana boleh menabung sedikit demi sedikit serendah RM100. GAP adalah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan kita menabung secara sedikit demi sedikit mengikut bajet serendah RM100. Bahasa mudahnya? GAP adalah akaun simpanan emas.

Konsepnya lebih kurang sama dengan akaun bank. Bank merekod dan menyimpan digit wang, manakala akaun GAP merekod dan menyimpan gram emas setiap kali kita menabung emas. Menabunglah banyak mana pun dan penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti jongkong dan dinar. Best ke best?

Jom! Kita tengok kelebihan memiliki akaun emas GAP :

• Membolehkan penyimpan menabung emas serendah RM100
• Penyimpan boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar dan jongkong emas
• Akaun GAP dah lama dah disahkan patuh Syariah
• Transaksi GAP 24 jam, 365 hari macam KFC!
• Menabung di GAP adalah tanpa caj simpanan
• Tiada SST bagi emas simpanan di GAP
• Jual beli dan ar-rahnu boleh dilakukan secara online
• Mudah cepat dan jimat kos
• Penyimpan dapat beli harga on the spot

Jelas? Semudah ABC kan? Sangat berbaloi menyimpan di akaun GAP. Kalau kita tak menabung untuk diri sendiri, tak kan nak tunggu orang lain buatkan ye tak?

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/601162345686

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Ahmad Syauqi Hanif
Authorised Dealer Public Gold
PG00381591


PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE? ‘Public Gold ada sijil patuh Syariah tak ?’‘ Risaulah, tak patuh Syariah masuk neraka nant...
30/09/2021

PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH KE?

‘Public Gold ada sijil patuh Syariah tak ?’

‘ Risaulah, tak patuh Syariah masuk neraka nanti’

Ini yang selalu kita dengar mengenai pelaburan emas. Sebelum menyimpan di mana-mana platform sila pastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf. Sebagai umat islam kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitik beratkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. Kita mahu membawa hart akita ke akhirat juga bukan?

Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah.

1. 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).

2. 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

3. 11 November 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.

Maka… Don’t worry, keep saving ya! Tak perlu risau dan perlu ragu-ragu lagi. Sebagai lampiran, saya share gambar sijil patuh syariah Public Gold ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/601162345686

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Ahmad Syauqi Hanif bin Md Isa
Authorised Dealer Public Gold
PG00381591


Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 seh...
29/09/2021

Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 sehingga sekarang dan sangat kukuh sehingga kini. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat ini di bawah pimpinan oleh Dato ‘ Louis Ng.

Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas, telah menyebabkan penubuhan 18 cawangan seluruh Malaysia,tempat penyimpanan emas public safe, tempat pajak emas dan perak, dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.

Public Gold memfokuskan jualan emas untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara.

Antara perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah :
1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.
2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’
3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang
4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya
5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.

Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold lebih mudah dan selamat.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/601162345686

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Ahmad Syauqi Hanif
Authorised Dealer Public Gold
PG00381591


Hi Uolls,Secara rasminya saya nak umumkan bahawa saya telah bergelar Authorised Dealer di sebuah syarikat pengeluar emas...
28/09/2021

Hi Uolls,
Secara rasminya saya nak umumkan bahawa saya telah bergelar Authorised Dealer di sebuah syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia, Public Gold. Saya merupakan dealer aktif di bawah dalam rangkaian G100 Network. Sebagai dealer aktif, saya mahu konsisten menyebarkan manfaat ilmu emas dan kewangan kepada semua golongan masyarakat.

Dari sudut pengalaman saya berguru dengan ramai mentor di dalam G100 Network dan keluarga kami memiliki ratusan ribu penyimpan emas diseluruh Malaysia dari pelbagai latar.

Emas dapat membantu mereka menyelesaikan masalah kewangan, antaranya:
1. Kerja bertahun-tahun tapi masih tiada wang simpanan yang cukup.
2. Penyelesai masalah wang simpanan sentiasa bocor dan mengurangkan masalah boros berbelanja.
3. Simpan duit nak naik haji bertahun-tahun tapi masih tak cukup, dengan emas segalanya tidak mustahil

Jangan risau… Bimbingan saya adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya kerana syarikat Public Gold yang memberi royalti (insentif) kepada saya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/601162345686

‘Save Gold Today, It Will Save You Tomorrow’

Yang sentiasa memberi manfaat,
Nama : AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
Authorised Dealer Public Gold,
PG00381591

  Day-27RISIKO PELABURAN EMAS:1. Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri.2. Kedua, har...
16/04/2021

Day-27

RISIKO PELABURAN EMAS:

1. Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri.
2. Kedua, harga emas boleh turun dalam jangka pendek. Tak ada jaminan dan tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. Tapi ia tiada risiko jatuh lingkup seperti saham. Ini disebabkan emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.
3. Sebenarnya membiarkan duit dalam bentuk wang kertas lebih berisiko sebab ringgit Malaysia pernah jatuh 50% setahun, dan ianya tak pernah berlaku kepada emas!
Sumber: 5minit emas

AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
PG00381591
AUTHORIZED DEALER PUBLIC GOLD
www.wasap.my/601162345686/naksimpanemas

  Day-26KELEBIHAN EMAS1. Wang untuk seluruh dunia.Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia m...
15/04/2021

Day-26

KELEBIHAN EMAS

1. Wang untuk seluruh dunia.
Ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.

2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.
Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada nilai RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.

3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.

Apakah kelemahan emas?

1. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus.
Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.

2. Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.

3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak, anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.

Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik.
Cikgu saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama) 😀"
(Kredit: Tuan Syukor Hashim)

AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
PG00381591
DEALER AKTIF PUBLIC GOLD
www.wasap.my/601162345686/NakBeliEmas

  Day-25TIADA SIMPANAN,BUKAN SEBAB GAJI TAK CUKUP...Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila...
14/04/2021

Day-25

TIADA SIMPANAN,
BUKAN SEBAB GAJI TAK CUKUP...

Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi... Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu...

Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui . Itu cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
PG00381591
www.wasap.my/601162345686/emas

  Day-24EMAS DAN HARTANAHPenyimpan emas atau gold saver yang berilmu, biasanya berjaya beli rumah kedua, ketiga atau leb...
13/04/2021

Day-24

EMAS DAN HARTANAH

Penyimpan emas atau gold saver yang berilmu, biasanya berjaya beli rumah kedua, ketiga atau lebih hasil simpanan aset emas.

Emas yang dah sampai target dijual dan dibeli rumah sebagai aset fizikal mereka yang seterusnya.

Kereta yang dipakai biasanya sederhana saja. Mereka tak minat “tukar-tukar” kereta. Sekali terbeli kereta mewah, akan terjerat dengan hutang dan terlepas peluang memiliki aset fizikal yang sangat bernilai di masa hadapan.
Jika kita mula di usia muda dengan menyimpan emas, kita bakal memiliki aset-aset lain seperti rumah atau hartanah.
Sebaliknya jika kita mula membeli kereta mewah di awal usia kerjaya, ia akan menjadi liabiliti. Lainlah jika kereta itu digunakan untuk menjana wang seperti dijadikan kereta sewa atau sebagainya 😊
Mari kita renung-renungkan sejenak dan terus bertindak.
“ To save our family , buy gold “

AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
PG00381591
Dealer Aktif Public Gold

  Day-23[Dinar Emas Kalis Inflasi]Sejak Zaman Rasulullah 1,400 tahun dulu, 1 dinar emas (4.25 gram) boleh beli seekor ka...
12/04/2021

Day-23

[Dinar Emas Kalis Inflasi]

Sejak Zaman Rasulullah 1,400 tahun dulu, 1 dinar emas (4.25 gram) boleh beli seekor kambing.
Zaman sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM1100. Secara relatifnya, dinar masih mampu beli seekor kambing. Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat) yang makin menurun dan makin susut nilainya.
Orang yang perihatin dan faham tentang kelebihan dinar emas yang menyimpan nilai dalam jangka panjang pasti akan ambil tindakan segera untuk menyimpan dinar emas ini.

Anda boleh menabung dinar emas dengan kaedah:
- Outright Purchase - Full Payment (sekali bayar)
- Outright Purchase - SEPP (4 kali bayar) atau;
- Akaun Emas GAP
Semuanya patuh syariah.

Hubungi saya jika hendak mula menabung emas PG.

AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
PG00381591
WWW.WASAP.MY/601162345686/EMAS



  Day-22[Nilai Dipotong Dua]Duit kertas RM100, kalau dipotong dua, nilainya tak jadi RM50 + RM50. Tapi emas 1 dinar (ber...
11/04/2021

Day-22

[Nilai Dipotong Dua]

Duit kertas RM100, kalau dipotong dua, nilainya tak jadi RM50 + RM50. Tapi emas 1 dinar (berat 4.25 gram) kalau dipotong dua, nilainya 0.5 dinar + 0.5 dinar.

Ini buktinya nilai duit kertas bukan terletak pada kertasnya. Dan duit itu sendiri tak ada nilai melekat (intrinsik) pada kertas itu sendiri. Nilainya terletak pada jaminan kerajaan yang dipaksa ke atasnya, bukan sebab nilai pada kertas itu sendiri.

Berbeza dengan emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Maka nilainya boleh dibahagi-bahagikan menjadi seberapa kecil yang kita mahu.

Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.

( kredit : Tn Mohd Zulkifli Shafie )




AHMAD SYAUQI HANIF BIN MD ISA
Dealer Aktif Public Gold
PG00381591

  Day-21SIMPAN EMAS DI AR-RAHNU OKAY KE??Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan te...
10/04/2021

Day-21

SIMPAN EMAS DI AR-RAHNU OKAY KE??

Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas.
Kaedah beli, pajak, beli pajak; risiko sangat besar sedangkan potensi untung sangat kecil.

Kalau nak simpan, lebih baik simpan di Safe Deposit Box. ATAU LAGI MUDAH SIMPAN SAHAJA DI AKAUN GAP PUBLIC GOLD!
www.wasap.my/601162345686/emas

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+601162345686

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Emas Dr. ASH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sembang Emas Dr. ASH:

Share