28/02/2022
Pernahkah anda mempertimbangkan untuk memiliki medical card untuk diri anda sendiri? Ramai yang masih berkira-kira dan menangguhkan hasrat untuk memiliki medical card kerana ingin mengumpul duit terlebih dahulu dan akhirnya sampai sekarang masih tertangguh dan tiada hasil. Namun apabila usia semakin meningkat, anda mula memikirkan semula dan bersedia untuk mendapatkan perlindungan medical card. Dan apabila itu berlaku, anda sudah melepasi umur yang ditetapkan dan tidak layak memiliki medical card. Ada seperkara yang anda perlu ingat bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Jadi, fikir kembali tentang kegunaan kad ini untuk masa hadapan.