Premier Life Planner - Coach Zam

Premier Life Planner - Coach Zam Klik Butang Whatsapp dan dapatkan SEBUT HARGA (Detail Penuh & Qoutation Percuma) untuk Pelan Perlindungan AIA yang Berbaloi & Mampu Milik SEKARANG!!

Terima kasih kerana BERMINAT mengenai Pelan Perlindungan AIA. Saya SAROMIZAM ABDULLAH Ejen SEPENUH MASA Insurans/Takaful AIA.

Pernah terfikir tak apa akan jadi pada harta kita bila kita sudah tiada nanti? ๐Ÿค” Ramai yang ingat cukup sekadar ada wasi...
22/02/2026

Pernah terfikir tak apa akan jadi pada harta kita bila kita sudah tiada nanti? ๐Ÿค”

Ramai yang ingat cukup sekadar ada wasiat, tapi sebenarnya pelantikan Wasi (Executor) itu paling kritikal!

Benda ni nampak macam remeh, tapi ia memberikan risiko impak yang besar sebab anything happen, yang pertama kena jawab adalah wasi.

That's why choosing an individual executor can be risky sebab "individu risiko mati, tapi company tak mati".

Peguam memang penting, they usually they only help with the legal side, they are not necessarily the administrator.

Antara poin penting yang anda perlu tahu tentang pengurusan pusaka:

โ€ข Wasi Form as a Contract: Dokumen wasi adalah binding contract antara executor dan si mati.

Segala fee, termasuk SST dan third-party government charges, mesti dinyatakan dengan jelas supaya tidak timbul isu "charge tersembunyi" kemudian hari.

โ€ข Pentingnya Artikel Baki Harta (Residual Clause): Ini sangat crucial!

Tanpa artikel baki harta, wasiat anda mungkin tidak komprehensif untuk aset yang dibeli after anda sign wasiat tersebut.

Ia memastikan aset yang tidak disenaraikan tetap dapat dibahagikan mengikut hasrat anda.

โ€ข Attestation Clause: Make sure wasiat ada clause ini.

Ia membuktikan saksi melihat perwasiat sign dalam keadaan sedar dan waras.

Ini memudahkan urusan di mahkamah supaya tidak perlu filekan Affidavit of Witness yang memakan masa.

โ€ข Settle Hutang Dahulu: Tanggungjawab wasi adalah selesaikan hutang si mati (termasuk income tax) dan hutang dengan Allah (seperti Zakat, Badal Haji atau Nazar) sebelum baki harta diagihkan kepada waris.

โ€ข Peri Pusaka sebagai Solution: Untuk mudahkan urusan, Peri Pusaka boleh membantu cover deposit dan upfront fees.

Ia juga menunjukkan keseriusan anda untuk melantik executor profesional supaya waris tidak perlu pening kepala.

Jangan biar harta kita menjadi "pusaka terbuku" yang tidak dapat dicairkan.

Expertise dan experience dalam menguruskan aset (termasuk aset luar negara atau isu waris hilang) sangat penting untuk memastikan urusan berjalan lancar.

Semoga bermaanfaat.

Kredit: Hasan Amini

KWSP, Harta Sepencarian & Fatwa Terbaru 2025:Apa Yang Sebenarnya Berubah, & Apa Yang Tidak?Isu kedudukan wang caruman Ku...
22/02/2026

KWSP, Harta Sepencarian & Fatwa Terbaru 2025:
Apa Yang Sebenarnya Berubah, & Apa Yang Tidak?

Isu kedudukan wang caruman Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai harta sepencarian bukan isu baharu. Ia telah lama dibahaskan dalam fatwa, penulisan akademik dan juga keputusan Mahkamah Syariah.

Kekeliruan utama selama ini ialah:
Adakah wang KWSP yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan boleh dianggap sebagai harta sepencarian, sedangkan ia direkodkan sebagai milik peribadi pencarum?

Secara tradisional, jawapannya ialah tidak.
KEDUDUKAN KWSP MENURUT FATWA DAN AMALAN SEMASA

Berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1973, 2000 dan penegasan semula pada tahun 2005, wang caruman KWSP ditetapkan sebagai harta pusaka, dan ia mesti diagihkan mengikut faraid.

Penama KWSP p**a hanyalah wasi atau pentadbir, bukan penerima mutlak. Wang tersebut perlu diagihkan mengikut hukum faraid. Tujuan lantikan Penama adalah untuk mempercepatkan proses agihan. Itu saja.

Pendekatan ini diterima pakai oleh Mahkamah Syariah. Dalam kes Noridah bt Ab Talib lwn Hishamuddin bin Jamaluddin [2009], mahkamah memutuskan bahawa simpanan KWSP tidak boleh dituntut sebagai harta sepencarian melalui sumbangan tidak langsung kerana ia merupakan harta milik peribadi pencarum.

Hujah utama ketika itu ialah konsep harta sepencarian tidak boleh disamakan dengan perkongsian harta berakad (syarikat) menurut fiqh mazhab Syafie, yang menjadi asas utama amalan di Malaysia.

OK, itu untuk praktis sehingga ke hari ni. Jelas ?
APA YANG BERUBAH?

Namun, realiti sosial terus menimbulkan persoalan keadilan.

Sumbangan pasangan khususnya isteri yang tidak bekerja dan menguruskan rumah tangga semakin sukar dinafikan sebagai faktor yang membolehkan pencarum membina kerjaya dan mencarum secara konsisten ke dalam KWSP.

Di sinilah muncul perkembangan penting pada tahun 2025.

Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-128 (September 2025), satu pandangan hukum baharu telah diputuskan:
Tuntutan harta sepencarian ke atas wang KWSP bagi ahli Islam yang layak adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Antara implikasi utama keputusan ini:
1. Bahagian KWSP yang diperintahkan mahkamah sebagai harta sepencarian tidak lagi dianggap harta pusaka
2. Bahagian tersebut tidak tertakluk kepada faraid
3. KWSP bertanggungjawab memindahkan wang terus kepada penerima berdasarkan perintah Mahkamah Syariah yang sah
4. Baki selebihnya barulah dianggap harta pusaka dan diagihkan mengikut faraid
FATWA WARTA VS FATWA TIDAK DIWARTAKAN

Namun, satu perkara penting perlu difahami. Fatwa ini buat masa ini adalah fatwa tidak diwartakan.

Dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, terdapat perbezaan antara fatwa warta dan fatwa tidak diwartakan.

Fatwa warta ialah fatwa yang telah diperkenankan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri. Ia menjadi undang-undang yang mengikat ke atas semua orang Islam di negeri tersebut dan boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah.

Fatwa tidak diwartakan p**a berfungsi sebagai panduan dan rujukan hukum. Ia tidak beroperasi secara automatik dan tidak โ€œauto-applyโ€.

Fatwa KWSP harus dituntut sebagai harta sepencarian (2025) berada dalam kategori ini.

Sebab itu, Mahkamah Syariah masih menjadi penentu utama:
โ€“ sama ada wujud harta sepencarian
โ€“ sejauh mana sumbangan pasangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung
โ€“ dan berapa bahagian % yang wajar dikeluarkan daripada simpanan KWSP sebelum baki selebihnya difaraidkan
APA ITU HARTA SEPENCARIAN MENURUT UNDANG-UNDANG?

Di sini juga penting untuk memahami definisi harta sepencarian dari sudut undang-undang.

Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri, harta sepencarian merujuk kepada: harta yang diperoleh oleh suami dan isteri sepanjang tempoh perkahwinan hasil usaha bersama, sama ada melalui sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

Mahkamah telah lama mengiktiraf bahawa โ€œusaha bersamaโ€ tidak terhad kepada sumbangan kewangan semata-mata, tetapi merangkumi:
- pengurusan rumah tangga,
- penjagaan anak dan
- sokongan yang memungkinkan pasangan lain bekerja dan memperoleh pendapatan.

Namun, penentuan sama ada sesuatu harta itu benar-benar harta sepencarian, dan berapa bahagiannya, bukan ditentukan oleh fatwa semata-mata. Kita belum pun ada precedent case untuk fatwa terbaru ni, jadi macam mana cara pengendaliannya, saya pun tiada jawapan.

Memandangkan proses tuntutan bahagian KWSP tu perlu dibuat, Ia adalah soal pembuktian, pertimbangan dan budi bicara Mahkamah Syariah berdasarkan fakta kes.

Cumanya, satu kelegaan buat para isteri dan anak-anak terutamanya yang bawah umur apabila dibolehkan untuk membuat tuntutan harta sepencarian melalui keputusan Mahkamah Syariah.

Kesimp**annya, fatwa 2025 tidak menafikan faraid. Ia juga tidak menjadikan KWSP secara automatik sebagai harta sepencarian. Jadi, secara turutannya, jika tiada tuntutan harta sepencarian tu dibuat, akan tetap diagihkan secara faraid kepada waris faraid.

Sekali lagi, Penama hanya sebagai Pemegang Amanah saja. Wajib agihkan pada waris faraid tadi.

Sebaliknya, ia membuka ruang ijtihad yang lebih seimbang antara prinsip hukum, realiti sosial dan keadilan pasangan dalam institusi perkahwinan.

Dan seperti biasa dalam isu perancangan harta yang saya selalu tekankan kepada klien, apabila tiada perancangan semasa hidup, kebijaksanaan hakim di mahkamah akan menjadi tempat terakhir untuk menentukan keadilan selepas kematian.

Rancanglah harta dengan sebaiknya. Boleh rujuk kepada mereka yang mahir dari sudut undang-undang Syarak, Perancang Kewangan Berlesen dan juga Perancang Harta Pusaka Islam.

Semoga bermanfaat.

Credit : AMMAR MUHD

Tahukah anda PENJAGA HARTA anak bawah umur adalah bapa mertua bila suami meninggal dunia semasa anak masih di bawah umur...
22/02/2026

Tahukah anda PENJAGA HARTA anak bawah umur adalah bapa mertua bila suami meninggal dunia semasa anak masih di bawah umur.

Siapa berhak jadi Penjaga Harta untuk anak bawah umur sekiranya tanpa perlantikan semasa hidup oleh suami?

โœ…๏ธMerujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, turutan orang yang berhak kepada penjagaan harta anak bawah umur adalah mengikut hireaki berikut:
1. Bapa (semasa masih hidup)
2. Bapa kepada bapa (datuk)
3. Wasi yang dilantik menurut wasiat bapa
4. Wasi kepada wasi bapa
5. Wasi yang dilantik datuk
6. Wasi kepada wasi yang dilantik datuk

โœ…๏ธKeluarga sebelah ibu TIDAK diberikan hak penjagaan harta dalam turutan di atas.

โœ…๏ธNamun Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk menentukan penjaga harta mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan mahkamah, serta dokumen perancangan yang telah dibuat oleh si mati (suami) semasa hayatnya.

โœ…๏ธJusteru sebagai persediaan, suami boleh melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak bawah umur di dalam dokumen WASIAT. Atau menyediakan dokumen HIBAH, AMANAH dan lainnya yang berkaitan.

โœ…๏ธSelain itu, adalah disyorkan untuk mengelakkan anak-anak bawah umur sebagai penerima atau penama dalam sijil takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji. Ini disebabkan undang-undang menentukan bahawa jika penerima atau penama masih di bawah umur yang sah untuk berkontrak (bawah 18), maka wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya dan bukannya diserah terus kepada anak-anak bawah umur tersebut atau kepada ibu kepada anak-anak tersebut.

26/01/2023
22/01/2023
04/10/2022
14/09/2022
14/09/2022
14/09/2022
GO GREEEEEENNNNJoin us in going green today!As part of AIAโ€™s sustainability efforts, weโ€™re inviting our customers, Life ...
15/07/2022

GO GREEEEEENNNN

Join us in going green today!

As part of AIAโ€™s sustainability efforts, weโ€™re inviting our customers, Life Planners and partners to opt for e-Policy/e-Certificate, e-Receipt and e-Submission via My AIA and say NO to hard copy.

By doing so, you are making a lifelong, positive impact for future generations so that they can continue to live healthier, longer, better lives.

Thank you for your support!

Credit : AIA Malaysia



๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—› ๐—ญ๐—”๐— . ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐Ÿค™
Like, Comment & Share. Semoga Bermanfaat.

+++++++++++++++++++++++++++++++

๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ข๐— ๐—œ๐—ญ๐—”๐—  ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› | ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—› ๐—ญ๐—”๐—  ๐Ÿ˜Ž
AIA Premier Life Planner | Agent Insurans/Takaful
KL ALEXANDER GROUP 1 | THE ALEXANDER'S
๐—ฅ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ : lynk.id/aiasaromizamabdullah

THE 8 SIGNS OF A BRAIN TUMOUR YOU SHOULD KNOW If youโ€™ve experienced these symptoms, do get it checked with healthcare pr...
15/07/2022

THE 8 SIGNS OF A BRAIN TUMOUR YOU SHOULD KNOW

If youโ€™ve experienced these symptoms, do get it checked with healthcare professionals. On World Brain Tumour Day, tag your loved ones to raise awareness and educate them on the symptoms of .

Consider A-Life Beyond Critical Care, our critical illness plan that offers a comprehensive medical coverage that protects you against escalating medical costs and more.

Credit: AIA Malaysia



๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—› ๐—ญ๐—”๐— . ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐Ÿค™
Like, Comment & Share. Semoga Bermanfaat.

+++++++++++++++++++++++++++++++

๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ข๐— ๐—œ๐—ญ๐—”๐—  ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—”๐—› | ๐—–๐—ข๐—”๐—–๐—› ๐—ญ๐—”๐—  ๐Ÿ˜Ž
AIA Premier Life Planner | Agent Insurans/Takaful
KL ALEXANDER GROUP 1 | THE ALEXANDER'S
๐—ฅ๐—ผ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ : lynk.id/aiasaromizamabdullah

Address

Kuala Lumpur
58200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Premier Life Planner - Coach Zam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share