16/02/2024
Anda dah pernah ada sejarah penyakit (bukan penyakit kronik) tetapi nak mohon takaful?
Ini ialah 2 situasi paling 'common' yang anda perlu hadapi,
🎯 Perlu buat medical check up di klinik panel syarikat takaful tersebut.
🎯 Perlu sediakan medical report anda daripada hospital tempat anda pernah dirawat.
Leceh kan?
Memang leceh. Tetapi masih berbaloi. Sebab apa?
Anda masih berpeluang untuk dilindungi dengan takaful walaupun procedure lebih renyah berbanding orang lain.
Bayangkan kalau anda give up dan tak nak teruskan permohonan takaful anda, dan lepas tu menghidap penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang amat tinggi, risiko hilang pendapatan secara kekal disebabkan masalah kesihatan. Sudah tentu keadaan akan jadi lebih tragik.
Jadi, adalah lebih baik anda segerakan permohonan takaful anda, bersusah-susah dahulu sediakan segala macam 'requirements' takaful, dan lepas tu dah boleh tarik nafas lega lepas dah selesai ada perlindungan takaful. Memang agak susah dan leceh tapi berbaloi untuk masa depan. Takkan nak delay lagi kan?
"Boleh ke kalau saya tak nak declare?"
Boleh kalau tu pilihan anda. Tapi jangan marah kalau guarantee letter tak lepas, claim tak lepas atau paling teruk kes anda dianggap 'fraud'. Syarikat takaful boleh siasat semua🙃
Jangan risau, declare saja penyakit anda, layan 'medical requirements', insyaallah kalau ada rezeki, permohonan lulus tanpa pengecualian apa-apa atau dengan pengecualian.
Kalau ada pengecualian penyakit pun masih berbaloi sebab banyak lagi penyakit lain yang takaful masih cover. Yang seram kalau tak ada takaful langsung. Memang semua perlu bayar 'sendirian berhad'😢
Akhir kalam,
Kalau anda tak nak penat mohon takaful yang melibatkan banyak prosedur, tolong cepat-cepat sign up takaful. Sementara rekod kesihatan masih 'clean'. Ada ramai orang tangguh takaful setahun je tapi dalam setahun tu dah kumpul macam-macam penyakit😢
Jom start takaful anda hari ni! The sooner the better 🥰