30/07/2022
Okay semalam aku update tentang waiting period kan.
Aku ni sejenis kalau update post, aku akan link sekali ke IG dan whatsapp status.
So ada yang tanya aku kenapa wujudnya waiting period.
what if tiba tiba 2 bulan lepas sign up then nak guna medical card, tapi masih dalam tempoh waiting period.
Okay dia macam ni, kau kena faham waiting period ni bertujuan untuk memastikan segala health declaration dan family history yang korang maklumkan kepada ejen semasa proses sign up itu semuanya benar benar belaka.
Misalnya,bila ejen tanya " Sebelum ni ada sakit apa apa tak ? Pernah warded ke?pernah ada follow up apa apa tak dengan mana mana specialist atau doctor?Mak ayah ada sejarah sakit kritikal ke?"
Semua tu kena jawab dengan jujur.
sebab manusia ni rambut sama sama hitam tapi hati lain lain.
Ada yang bimbang kalau dah ada sakit, tak dapat apply.
Sila ambil maklum ya,tak semua penyakit akan mendapat pengecualian.
Misalnya korang pernah kena demam denggi.
Ia merupakan sakit seasonal.
Bukannya penyakit berjangkit atau penyakit kritikal.
Pihak underwriter yang akan menentukan sama ada sesebuah penyakit itu akan ditanggung di dalam polisi atau tidak.
Aku s**a be transparent dengan prospek sebab biar mereka sedar akan implikasi atau next process seandainya memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor semasa proses memohon polisi.
Risiko orang yang dah ada penyakit dengan yang sihat totally 360 degree different.
kita sama sama menyumbang dalam tabung tabarru'.
Maka tidak adillah jika sumbangan yang dikenakan setiap bulan sama sahaja dengan orang yang sihat.
Jadi berbalik kepada isu waiting period tadi,kenapa Bank Negara selaraskan wujudnya waiting period ini adalah kerana bagi memastikan apa apa yang butiran kesihatan yang dimaklumkan client sewaktu proses sign up itu semuanya adalah benar.
Contoh paling simple.
Batu karang.
Dia bukannya kau tahan buang air hari ini then esok kau kena Batu Karang.
Dia ambil masa bertahun untuk develop.
That is why jangan tunggu sehingga sakit baru nak apply .
Kan lebih baik apply semasa sihat. At least semua penyakit dah include dalam polisi anda.
Zero exclusion dan Zero Kenaikan pada premium kan indah.
Dah,
Panjang lebau pulak penerangan aku hari ni .
Nak apply hibah dan medical card kasi roger je.
https://wa.me/message/T6H5UFJZFN3ZF1
https://wa.me/message/T6H5UFJZFN3ZF1
https://wa.me/message/T6H5UFJZFN3ZF1