Fara_Takaful Islamic

Fara_Takaful Islamic Takaful Hibah Awareness
Income Protection and Income Repalcement, Medical Card and Hibah

Kepentingan dan keperluan hibah untuk diambil oleh ketua keluarga..jangan tinggalkan anak isteri dengan bebanan hutang
23/06/2024

Kepentingan dan keperluan hibah untuk diambil oleh ketua keluarga..jangan tinggalkan anak isteri dengan bebanan hutang

Fikir mkan tentang masa depan dan ahli keluarga.. Berikan kehidupan yg selesa utk yg tersyang, bak kata pepatah "Sediaka...
28/02/2022

Fikir mkan tentang masa depan dan ahli keluarga.. Berikan kehidupan yg selesa utk yg tersyang, bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan"

27/02/2022

23/02/2022
23/02/2022

INSURANCE KONVENSIONAL

Masih terdapatkah di kalangan rakan-rakan saya yang memegang polisi insurans konvensional? Saya harap rakan-rakan semua segera beralih kepada insurans shariah atau takaful.
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah HARAM dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
✔ Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
✔Mengandungi unsur judi.
✔ Mengandungi muamalah riba.
Apa akan jadi dengan pampasan insuran konvensional?
✔ Pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
✔ Jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid.
✔ Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
✔ Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan.
✔ Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan di atas.
Sekarang terdapat banyak pilihan dari pelbagai takaful operator, dalam facebook ini pun ramai perunding takaful giat mempromosikan kepentingan takaful. Apa lagi alasan anda untuk tidak berhijrah kepada Takaful?

23/02/2022

Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. (Ar-Ra’d:26)

Godaan Dunia itu kuat, maka Allah mengingatkan kita yang Dialah mengembangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Ada yang Allah bagi banyak dan ada yang Allah bagi kurang. Allah akan beri mengikut apa yang seseorang itu layak dapat.
Ada orang mudah sahaja dapat kesenangan di dunia dan ada yang susah.

Itu semua adalah ujian (kesusahan itu ujian dan kesenangan itu juga ujian). Allah nak beritahu, yang manusia kejar dengan bersungguh-sungguh itu mereka bukannya yang mengawal pemberian kekayaan itu.

Allah yang menentukannya, kerana khazanah kekayaan ada padaNya. Jadi tidak perlulah terkejar-kejar sangat dengan keindahan dunia ini dan mengejar kekayaan. Allah sudah berikan ikut keperluan.

Kalau Allah tentukan kita dapat banyak, maka kita akan dapat banyak; kalau memang Allah tentukan kita dapat sedikit, kita usaha macam mana pun, tidak akan dapat lebih lagi. Maka jangan kita usaha terlajak untuk mengejar dunia sampai mengabaikan akhirat.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fara_Takaful Islamic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fara_Takaful Islamic:

Share