Unit Pengurusan Psikologi MITI

Unit Pengurusan Psikologi MITI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pengurusan Psikologi MITI, Credit Counseling Service, Kuala Lumpur.

Unit Pengurusan Psikologi MITI telah ditubuhkan pada tahun 2009 dengan visi menjana modal insan yang berkualiti dan seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek bagi menghadapi cabaran sebagai negara pedagang yang paling berdaya saing pada tahun 2020

💪HOW TO BUILD RESILIENCE 💪- THE 5A RESILIENCE FRAMEWORK -🔎 ANTICIPATE - Be Foresighted & PreparedAnticipate potential ch...
06/08/2026

💪HOW TO BUILD RESILIENCE 💪
- THE 5A RESILIENCE FRAMEWORK -

🔎 ANTICIPATE - Be Foresighted & Prepared
Anticipate potential challenges before they arise and prepare proactively to reduce uncertainty and improve confidence.
- Identify potential challenges & risks early
- Think ahead and prepare proactively
- Reduce uncertainty through planning

🛡️ ABSORB - Stay Calm & Withstand
Remain emotionally steady in adversity by focusing on what is within your control and learning from every experience.
- Manage emotions during challenges
- Focus on what you can control under pressure
- Remain calm and positive under pressure
- Learn from every experience.

🔄 ADAPT - Adjust & Embrace Change
Be flexible and open to change as you continuously learn and improve; respond effectively to new situations.
- Be flexible and open-minded
- Continuously learn and improve
- Adjust strategies when circumstances change
- Turn change into opportunity

👥 ALIGN - Be Aligned & Connected
Ensure your actions, decisions and goals align with your values, purpose and the people around you.
- Align actions with values and purpose
- Strengthen teamwork and relationships
- Seek the right support when needed

📈 ADVANCE - Move Forward & Grow
Take meaningful action, continue improving yourself and strive to make a positive impact.
- Take action consistently
- Pursue continuous improvement
- Create value through your contributions
- Move forward with clear purpose

💌 Resilience is not about never falling; it is about rising, adapting and moving forward with purpose.

SOURCE: Sharing session by Tuan Haji Roslan Mohamad (Pakcik Lan)

IMPOSTER SYNDROME 🍃Bukan penipu, cuma terlalu meragui kemampuan diri sendiri.🍃ℹ️ APA ITU IMPOSTER SYNDROME?- Keadaan apa...
31/07/2026

IMPOSTER SYNDROME
🍃Bukan penipu, cuma terlalu meragui kemampuan diri sendiri.🍃

ℹ️ APA ITU IMPOSTER SYNDROME?
- Keadaan apabila seseorang meragui kebolehan, kemahiran atau pencapaiannya sendiri walaupun mempunyai bukti bahawa dirinya mampu dan berjaya. Mereka sering berasa tidak layak serta sukar mengiktiraf kejayaan yang dicapai sebagai hasil usaha dan kebolehan diri.

🤔 ADAKAH ANDA MENGALAMINYA?
- Sukar menerima pujian walaupun telah melakukan yang terbaik.
- Menganggap kejayaan hanya disebabkan nasib atau kebetulan.
- Takut melakukan kesilapan kerana bimbang dianggap tidak kompeten.
- Sentiasa membandingkan diri dengan orang lain.
- Meletakkan standard yang terlalu tinggi sehingga sukar memuaskan diri sendiri.

💡TIPS MENGATASI IMPOSTER SYNDROME
- Kenal pasti dan cabar pemikiran negatif.
- Hargai setiap pencapaian, walaupun kecil.
- Terima bahawa kesilapan adalah peluang untuk belajar.
- Elakkan membandingkan diri dengan orang lain.
- Dapatkan sokongan profesional sekiranya keraguan diri mula menjejaskan kesejahteraan atau prestasi harian.

💌 Kadangkala, penghargaan yang paling bermakna bukan datang daripada orang lain, tetapi daripada diri sendiri. Berikan diri anda penghargaan yang selayaknya.✨

SUMBER: Dr. Rizal Abu Bakar. Imposter Syndrome, Neuroversiti.

Sekian, terima kasih.

THE SECRET OF BECOMING MENTALLY STRONG❣️🌱 Stop Comparing, Start Growing- Comparing ourselves to others can lead to envy ...
22/07/2026

THE SECRET OF BECOMING MENTALLY STRONG❣️

🌱 Stop Comparing, Start Growing
- Comparing ourselves to others can lead to envy and self-pity, preventing us from focusing on our own growth and progress.

🙂‍↔️ Challenge Negative Beliefs
- Negative beliefs about ourselves, others and the world can limit our potential preventing us from achieving our goals.

🧘 Sit with Emotions (Don't Avoid Them)
- Processing uncomfortable emotions is a critical step in building mental strength and resilience.

🪜Take Small, Consistent Actions
- Minor adjustments have a profound impact on our lives and help us develop greater mental strength.

🎮 Accept What You Can't Control
- Acknowledging that life isn't always fair gives us the power to shape our destinies and overcome adversity.

💪Trust Your Ability to Change
- Believe that change is possible and achievable.

SOURCE: Amy Morin, TEDxOcala Talk

Thank you.

KERJA BERPASUKAN (TEAMWORK): KEKUATAN ATAU CABARAN❓ℹ️ Kerja berpasukan ialah kerjasama individu untuk mencapai matlamat ...
15/07/2026

KERJA BERPASUKAN (TEAMWORK): KEKUATAN ATAU CABARAN❓

ℹ️ Kerja berpasukan ialah kerjasama individu untuk mencapai matlamat bersama. Ia melibatkan penyelarasan, komunikasi dan perkongsian tanggungjawab.

💡MANFAAT
- Mengurangkan beban kerja dan stres.Meningkatkan komitmen dan rasa tanggungjawab.
- Mempercepat pembelajaran dan perkongsian ilmu.
- Mengukuhkan kerjasama pasukan (tidak bergantung pada individu).

⚠️ RISIKO
- Keputusan kurang kritikal kerana semua terlalu cepat bersetuju (groupthink).
- Konflik komunikasi antara ahli pasukan.
- Agihan tugas tidak seimbang.
- Kekeliruan peranan dan tanggungjawab.

🔍CABARAN MEMBENTUK KERJA BERPASUKAN
- Perbezaan pandangan dan cara bekerja.
- Komunikasi yang kurang berkesan.
- Peranan dan tanggungjawab yang tidak jelas.
- Percanggahan kepentingan atau keutamaan.

🔑 KUNCI KEJAYAAN KERJA BERPASUKAN
- Matlamat yang jelas dan dikongsi bersama.
- Peranan serta tanggungjawab yang jelas.
- Komunikasi yang terbuka dan berkesan.
- Menghargai kepakaran setiap ahli.

SUMBER: Facebook Dr. Alizi Alias, Pakar Psikologi Organisasi

Sekian, terima kasih.

✨ SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS ✨Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI mengalu-alukan k...
13/07/2026

✨ SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS ✨

Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI mengalu-alukan kehadiran Puan Amirah Sofia Saidi sebagai Pegawai Psikologi, Unit Pengurusan Psikologi di MITI.

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di Kementerian Pertahanan Malaysia dan kini meneruskan perkhidmatan di Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI.
Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh usaha penyampaian perkhidmatan psikologi serta menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.✨

✨ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA ✨Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI  merakamkan setin...
13/07/2026

✨ TERIMA KASIH & SELAMAT MAJU JAYA ✨

Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Khodrulnada Mohamad atas segala jasa, komitmen serta sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pegawai Psikologi di Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI.

Beliau akan meneruskan khidmat sebagai Pegawai Psikologi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kementerian Dalam Negeri. Semoga dipermudahkan segala urusan, terus cemerlang dalam menggalas amanah serta dikurniakan kejayaan yang berterusan di tempat baharu.

Terima kasih atas segala bakti dan dedikasi. Selamat maju jaya. ✨

🎨🖌️ KURSUS INTERVENSI PSIKOLOGI: EXPRESSIVE ART THERAPY 🖌️🎨Pada 3 Julai 2026 (Jumaat) yang lalu, Kursus Intervensi Psiko...
10/07/2026

🎨🖌️ KURSUS INTERVENSI PSIKOLOGI: EXPRESSIVE ART THERAPY 🖌️🎨

Pada 3 Julai 2026 (Jumaat) yang lalu, Kursus Intervensi Psikologi: Expressive Art Therapy telah diadakan bertempat di Bilik Seminar 1 & 2, Aras 1, Menara MITI. Program ini merupakan anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MITI. Kursus ini telah dikendalikan oleh Dr. Linda Binti Jamaludin, Pegawai Psikologi, Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta mengenai pendekatan Expressive Art Therapy sebagai salah satu intervensi psikologi, di samping memberi pendedahan kepada penggunaan medium seni sebagai saluran untuk mengekspresikan emosi, meningkatkan kesedaran kendiri serta menyokong kesejahteraan psikologi.

Sepanjang kursus, para peserta berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu, aktiviti seni secara individu dan berkumpulan serta sesi refleksi yang memberi pengalaman pembelajaran secara interaktif dan bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah serta semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan kursus ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkukuh kesejahteraan mental serta diaplikasikan dalam persekitaran kerja dan kehidupan seharian. 🤍

📌 SESI BIMBINGAN INISIATIF COACHING ON POLICY COPE SKPPSM 2026Pada 24 Jun 2026 (Rabu) yang lalu, Bahagian Pengurusan Psi...
06/07/2026

📌 SESI BIMBINGAN INISIATIF COACHING ON POLICY COPE SKPPSM 2026

Pada 24 Jun 2026 (Rabu) yang lalu, Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) JPA telah melaksanakan sesi bimbingan di bawah inisiatif Coaching On Policy Enhancement (COPE) kepada Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), MITI. Sesi bimbingan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lily, Aras 23, BPSM, Menara MITI.

Inisiatif ini merupakan langkah intervensi kepada agensi kerajaan berkenaan dalam mengenal pasti punca kelemahan serta jurang ketidakpatuhan terhadap kriteria SKPPSM untuk ditambahbaik pada masa hadapan. Pelbagai aspek telah dibincangkan sepanjang sesi, termasuk penambahbaikan dokumentasi, pelaksanaan program, pelaporan, pengurusan data, inovasi serta pengukuhan pelaksanaan empat aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia. Sesi ini turut memberi panduan dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan psikologi di MITI terus diperkasakan.

Semoga sesi bimbingan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan Unit Pengurusan Psikologi MITI dalam memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi kepada warga MITI.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pengurusan Psikologi MITI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unit Pengurusan Psikologi MITI:

Shortcuts

Share