18/10/2022
Posted • Sempena Bulan Literasi Kewangan anjuran Financial Education Network (FEN), Bank Negara Malaysia sepanjang Oktober 2022, AIBIM akan mengadakan satu sesi webinar yang bertajuk "Semak sebelum diScam". Topik ini mengajak kita untuk memahami dan mengetahui bagaimana untuk mengelakkan diri dari terkena scam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda menjadi mangsa scam. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila daftarkan diri anda untuk menyertai sesi webinar ini pada 26 Oktober 2022, jam 3:30 petang melalui aplikasi Zoom dan FB Live! Imbas kod QR tertera atau layari https://bit.ly/aibim_webinar