ASB financing Banker

ASB financing Banker Asbf fimm banker

28/03/2023

*CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE*

Buka akaun ASB secara online tanpa perlu ke cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASB (Bank).

Sebelum apply ASBF, kita perlu ada akaun ASB Biasa dulu. Boleh register secara online dan masukkan duit minimum RM10 sahaja.

Jangan tersilap pilih dana sebab dalam ASNB ada banyak pilihan dana. Pastikan pilih dana yang betul iaitu *AMANAH SAHAM BUMIPUTERA*.

⚠️ _*Tips: Semasa mendaftar, bakal pelabur perlu menjawab soalan untuk menilai tahap kesesuaian dana. Sila jawab seolah2 kita newbie dan tak tahu apa-apa mengenai pelaburan. Pilih risiko yang paling rendah dan tidak mahu kehilangan modal. Supaya pilihan dana yang dicadangkan adalah ASB.*_

Kalau tersalah pilih dana, jangan risau. Boleh buat *PELABURAN BARU* dan masukkan sahaja duit ke dalam dana ASB.

Link rujukan seperti dibawah.

https://fb.watch/cX6dJ_ygyo/

*PENTINGKAH TAKAFUL DALAM ASBF??**1. Kenalpasti tujuan ASBF*Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai isu takaful dalam ASB...
27/03/2023

*PENTINGKAH TAKAFUL DALAM ASBF??*

*1. Kenalpasti tujuan ASBF*

Sebelum mengupas lebih lanjut mengenai isu takaful dalam ASBF, kita perlu mengenal pasti tujuan utama ASBF. Tujuan utama ASBF adalah *PELABURAN*. Apabila kita melabur, kita pasti menginginkan keuntungan yang maksimum dan mengurangkan risiko kerugian.

Dalam mengira untung rugi satu pelaburan, dua perkara utama yg perlu dikira adalah modal dan hasil akhir. Melanggan takaful dalam ASBF memberikan kesan terhadap kedua-dua perkara tersebut.

*2. Kesan takaful kepada ASBF*

a) _*Takaful akan menambah modal (modal yang tinggi)*_
Perlu diingatkan apabila melanggan takaful dalam ASBF, nilai bayaran takaful akan dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan. Jika pembiayaan ASB 200K, tambahan takaful lebih kurang 7K, menjadikan jumlah keseluruhan 207K. Jadi, pengiraan bayaran balik ASBF adalah berdasarkan hutang RM207K. Bayaran bulanan akan meningkat.

b) _*Pulangan hasil yang rendah*_
Takaful tidak mempengaruhi p**angan dividen tetapi takaful memberikan kesan kepada p**angan prinsipal. Jika melanggan takaful penuh, hutang bermula dengan RM207K sedangkan nilai sijil ASB hanyalah RM200K. Untuk 2 tahun pertama, bayaran prinsipal yang dijelaskan hanyalah untuk membayar prinsipal hutang takaful sahaja. Belum termasuk nilai sijil ASB.

c) _*"Denda"*_
Ada jugak yang kena bayar "denda" kepada bank apabila terminate. Sebenarnya itu bukanlah denda tapi ia adalah shortfall takaful.

Sebagai contoh, jika ASBF 200K termasuk takaful yang bernilai 7K, total pembiayaan ialah RM207K. Jika ASBF dibatalkan sebelum 2 tahun, pelabur mungkin terpaksa membayar baki nilai caruman takaful kepada bank.

Katakan selepas beberapa bulan bayaran, jumlah hutang berkurang kepada RM206K. Jika pelabur terminate ketika ini, beliau akan ada hutang sebanyak RM6K dengan bank. Tapi, beliau juga akan dapat rebate daripada syarikat takaful kerana takaful tidak digunakan sepenuhnya. Tapi jumlahnya adalah kecil berbanding caruman asal.

Katakan jumlah rebate adalah sebanyak RM4K, dan duit tersebut secara automatik akan digunakan untuk melangsaikan hutang yang bernilai RM6K tadi. Baki hutang kini tinggal RM2K. Baki ini perlu dibayar oleh pelabur secara tunai supaya nama tak blacklist.

_Pengiraan ini adalah contoh sahaja untuk kefahaman dan konsep. Nilai sebenar mungkin berbeza._

*3. Takaful short term*

Tempoh perlindungan takaful sebenarnya boleh dipilih. Semakin pendek tempoh, semakin murah bayaran takaful. Tetapi anda kena faham, jika tempoh perlindungan takaful dipendekkan, jumlah perlindungan juga adalah kecil, bukannya 100% ikut jumlah pembiayaan. Contoh: Jika ambil ASBF 200K 30 tahun, tapi takaful cuma cover selama 5 tahun, selepas 4 tahun, nilai yang dilindungi hanyalah lebih kurang RM40K sahaja. Sedangkan baki hutang ketika itu sekitar RM187K. Bayar murah, cover pun murah la kan...

*4. Apa fungsi takaful dalam ASBF?*

Fungsi takaful dalam ASBF adalah untuk melindungi baki pembiayaan. Tetapi, takaful hanya akan melindungi baki pembiayaan secara penuh jika tempoh perlindungan takaful dilanggan sama seperti tempoh pembiayaan ASB (Takaful Full Tenure, bukan short term). Jika berlaku kematian atau cacat kekal, syarikat takaful akan membuat bayaran penuh baki pembiayaan ASB. Maka, hutang dengan bank dilangsaikan dan waris akan mendapat nilai sijil ASB secara penuh.

Jika tak ambil takaful, sijil ASBF akan dikembalikan kepada bank untuk langsaikan baki hutang. So, waris tak perlu tanggung hutang. Waris akan dapat p**angan dividen dan prinsipal. Sama macam situasi pelabur menamatkan pembiayaan. Tak ada masalah pun kalau tak ambil takaful untuk ASBF.

*5. Takaful berasingan*

Saya sarankan kepada pelabur ASB untuk ambil takaful berasingan. Kenapa takaful berasingan? Sebabnya takaful untuk perlindungan kita. Kita tak tahu bila musibah akan terjadi. Jika ambil takaful bersama ASBF, bila terminate ASBF, tiada lagi perlindungan takaful. Andai ketika terminate ASBF, umur dah meningkat, bayaran jika mahu melanggan takaful berasingan juga semakin mahal. Lebih baik ambil takaful berasingan (takaful hayat - hibah) ketika masih muda.

Pendapat Saya: Takaful tak penting sangat dalam ASBF... Ambil untuk 5 tahun sahaja sudah memadai...

⚠️ _*TAPI, kebanyakan bank sekarang memberikan profit rate yang lebih rendah jika pelanggan mengambil takaful. Contohnya jika tanpa takaful, profit rate 4.55% dan dengan takaful profit rate 4.25%. Pelanggan disarankan ambil takaful minimum untuk 5 tahun sahaja supaya jumlah bayaran bulanan lebih rendah berbanding tanpa takaful. Dalam situasi ini, kita perlulah bijak memilih dan buat keputusan.*_

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASBF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

wasap.my/60132760145/personalcoachingASBF

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

*Kumpul Deposit Rumah dalam Masa 3 Tahun*Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk beli rumah pertama. Tap...
27/02/2023

*Kumpul Deposit Rumah dalam Masa 3 Tahun*

Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk beli rumah pertama. Tapi masih belum cukup duit untuk deposit rumah 10% dan legal fee sekitar 5%. Jom kumpul deposit rumah menggunakan ASBF dalam masa 3 tahun je.

Caranya;

Apply ASBF 100K, tempoh 40 tahun. Rate 4.25%, bulanan simpan RM434. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding.

Anggaran Hasil:-

*Dividen:*

Tahun 1
5.5% x 100,000 = 5,500

Tahun 2
5.5% x 105,500 = 5,802

Tahun 3
5.5% x 111,302 = 6,121

Jumlah Dividen = RM17,423 ✓

Selepas 3 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM97,060.

*Pulangan prinsipal:*

100,000 - 97,060 = RM2,940✓

*Jumlah simpanan:*

17,423 + 2,940 = RM20,363✓

Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM434 setiap bulan, dapat kumpul sekitar RM20K.

⭐ Jika mampu simpan RM868 setiap bulan, boleh buat ASBF 200K, hasilnya sekitar RM40K dalam masa 3 tahun.

Atau pun, buat pelan simpanan suami isteri. Setiap seorang simpan RM434 setiap bulan. Selepas 3 tahun, simpanan bersama dah mencapai RM40K.

*Apa boleh buat dengan RM40K?*

Katakan harga rumah sekitar RM200K (apartment), 10% deposit + 5% legal fee dan bersamaan dengan RM30K.

Jadi ada balance RM10K. Balance ini boleh digunakan untuk beli kelengkapan atau minor renovation rumah tu.

Tinggi sebenarnya kos untuk masuk rumah baru ni. So standby lah simpan duit seawal yang mungkin. Kurangkan belanja-belanja yang bukan keperluan. Tahan dahulu kehendak diri.✔️

*Kira-kira adalah berdasarkan Dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.25%. Hasil sebenar mungkin berbeza.*

Bagi sesiapa yang dah ready nak buat simpanan, boleh terus wasap saya di;

wasap.my/60132760145/TabungDepositRumah

*Cover 1 Malaysia* 🇲🇾

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

*SOALAN: BELI RUMAH ATAU BUAT ASB FINANCING DULU?*Bagi anak muda, ramai yang masih keliru sama ada nak buat ASB Financin...
02/02/2023

*SOALAN: BELI RUMAH ATAU BUAT ASB FINANCING DULU?*

Bagi anak muda, ramai yang masih keliru sama ada nak buat ASB Financing atau nak beli rumah dahulu. Sebelum membuat keputusan, kenali dulu kekuatan kewangan diri sendiri.

*Persediaan sebelum membuat ASBF*

Sebelum membuat keputusan untuk apply ASBF, pastikan kita mempunyai sumber kewangan untuk membayar installment kepada bank setiap bulan. Sama ada menggunakan gaji bulanan atau menggunakan simpanan sedia ada. Pastikan amount yang dipohon sesuai dengan kemampuan bayaran bulanan masing-masing. Buat ikut kemampuan diri sendiri, jangan ikut orang lain.

Bagi ASBF, anda tak perlu terlalu risau jika tak dapat bayar ansuran bulanan kerana jika tertunggak 2 bulan, bank akan terus terminate (jual) sijil ASB anda. Memang dalam rekod ccris anda akan ada rekod gagal membayar bulanan, tapi selepas anda setelkan tunggakan tersebut, rekod tersebut akan dipadamkan oleh pihak bank. Jadi, tak terteban sangat pun sebab 2 bulan saja tunggakan.

Bagi individu yang telah lama membayar ansuran, jika bank terminate sijil ASB anda, kemungkinan besar tiada tunggakan kerana interest bank akan dibayar menggunakan prinsipal terkumpul. Jadi nama anda akan clear daripada rekod ccris setelah selesai penjualan sijil.

Bagi ASBF, jika anda sudah selesaikan bayaran selama 12 bulan, secara tak langsung komitmen anda sudah selesai kerana jika tak dapat nak buat bayaran bulanan, anda boleh bayar menggunakan dividen (Guna teknik rolling dividen dan nikmati pendapatan pasif).

*Persediaan Sebelum Membeli Rumah*

Membeli rumah adalah lebih rumit berbanding ASBF. Katakan anda ingin membeli rumah yang berharga RM200K, anda perlu sediakan deposit 10% dan legal fee 5%. Keseluruhan 15% bersamaan RM30K.

Bagi rumah undercon, biasanya pemaju akan beri Rebate 10% untuk deposit, dan pembeli hanya perlu sediakan duit booking RM1K. Tapi legal fee perlu disediakan juga oleh pembeli sekitar bergantung kepada harga rumah. Masalahnya, rumah undercon (apartment) kebiasaannya berharga sekitar RM300K minimum bagi area Lembah Klang. Ramai yang tak layak berdasarkan gaji.

So pointnya:
1. Nak beli rumah subsales kena standby cash yang banyak.
2. Nak beli rumah undercons harga p**ak mahal dan susah nak lepas loan.

Perkara ini menjadi penghalang bagi golongan muda untuk memiliki rumah.

Selain itu, kecairan rumah juga adalah rendah. Proses jual beli rumah memakan masa yang lama berbanding penjualan sijil ASB. Jika anda gagal membayar ansuran bulanan rumah anda terpaksa berdepan dengan risiko rumah dilelong. Oleh itu, sebelum membeli rumah, pastikan anda betul2 mampu memberikan komitmen bulanan yang bakal ditanggung selama berpuluh tahun. Sebelum beli rumah juga, pastikan anda ada simpanan emergency 6 bulan gaji.

*Risiko & Keuntungan*

Setiap pelaburan mematuhi konsep _High Risk High Return_. Pelaburan hartanah adalah lebih menguntungkan (jika membuat pembelian yang betul dan diuruskan dengan betul) tapi risiko mengalami kerugian juga lebih tinggi. ASBF p**a lebih rendah risiko dan keuntungan tidaklah setinggi keuntungan hartanah, tetapi lebih tinggi keuntungannya berbanding medium simpanan yang lain.

*Pilihan anak muda*

Bagi anak muda yang sudah bersedia untuk membeli rumah, anda digalakkan untuk membeli rumah seawal yang mungkin. Tapi bagi yang masih belum bersedia, saya sarankan anda layan dulu ASBF 2-3 tahun...

_*Kenapa perlu layan ASBF dulu?*_

1. Kumpul deposit rumah dan dana kecemasan.
2. Belajar bayar komitmen bulanan.
3. Cipta rekod ccris yang baik.
4. Belajar dokumentasi pembiayaan.
5. Cari ilmu pelaburan hartanah dahulu.

Bila dah bersedia nanti, boleh terminate ASBF dan apply loan rumah p**ak.

_Nak beli rumah, pastikan beli rumah yang betul. Dapatkan ilmu pasal hartanah. Kalau salah beli rumah, merana selama-lama. Bukan senang nk jual atau cairkan hartanah. Kebanyakan Agent hartanah pasti cakap setiap rumah yang dia nak jual terbaik, pelaburan yang menguntungkan, lagi 5 tahun harga pasti naik, nanti jual dapat keuntungan berganda dan lain-lain. Semuanya semudah ABC. Sebabnya, dia nak jual rumah tersebut. Sebagai pembeli, pastikan anda buat kajian sendiri dan jangan percaya 100%.Timba ilmu pasal hartanah terlebih dahulu. Jangan terburu-buru kalau belum bersedia. Biar lambat sedikit beli rumah, asalkan beli rumah yang betul._

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

🔸 *High komitmen boleh lulus kalau nak bayar lump sum setahun.*

🔸 *CCRIS PTPTN boleh lulus.*

🔸 *CTOS kurang dari RM3000 boleh lulus.*

Tekan link di bawah untuk permohonan 👇👇👇

wasap.my/60132760145/SubmitASBF

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

*CARA KUMPUL RM100K DALAM MASA 4 TAHUN* Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tan...
31/01/2023

*CARA KUMPUL RM100K DALAM MASA 4 TAHUN*

Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga, membeli rumah, nak kumpul modal bisnes, nak beli kereta, nak pergi umrah & haji dengan keluarga, dan lain-lain matlamat.

Ikut langkah di bawah;

✔️ Apply sijil ASBF 200K.
✔️ Rate 4.25%.
✔️ Tenure 40 tahun.
✔️ Bayaran bulanan RM868
✔️ TEKNIK COMPOUNDING.
✔️ Simpan setiap bulan RM868
✔️ JANGAN USIK DIVIDEN.

Anggaran dividen 5.5%:

Tahun 1 - 5.5% x 200,000 = RM11,000
Tahun 2 - 5.5% x 211,000 = RM11,605
Tahun 3 - 5.5% x 222,605 = RM12,243
Tahun 4 - 5.5% x 234,848 = RM12,916

*Jumlah dividen terkumpul:*

RM11,000 + RM11,605 + RM12,243 + RM12,916 = RM47,764✔️

*Jumlah prinsipal terkumpul:*

Prinsipal = Nilai Sijil - Baki Hutang

Nilai Sijil = RM200,000
Anggaran Baki Hutang = RM191,800

RM200,000-RM191,800 = RM8,200✔️

*Jumlah simpanan:*

RM47,764 + RM8,200 = RM55,964✔️✔️✔️

Seorang dah dapat kumpul RM55K dalam tempoh 4 tahun. Macam mana nak bagi jadi RM100K?

Ajaklah pasangan anda juga menyimpan.

RM55K X 2 = RM110K ✔️✔️

Kan dah dapat kumpul lebih daripada 100K.

Tak lama pun, cuma perlu konsisten dan sabar selama 4 tahun sahaja. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun. Lepas 4 tahun dah berjaya kumpul 100K, macam-macam kita boleh buat. Terp**ang kepada matlamat masing-masing.

Tak mustahil kita juga mampu lakukannya.

Sijil 200K sekadar contoh sahaja. Boleh bermula dengan jumlah yang lebih kecil ikut kemampuan masing-masing.

[Pengiraan adalah berdasarkan Dividen 5.50% dan Kadar Keuntungan Bank 4.25%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

*Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.*

📌 Bagi sesiapa yang nak mula menyimpan boleh submit permohonan sekarang.

Klik je link di bawah;

wasap.my/60132760145/Saving2023

Cover 1 malaysia🇲🇾

Business Account

Salam semua. Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan pada awal bulan 3 (bermula gaji Februari) dah boleh apply sekarang. ...
18/01/2023

Salam semua. Bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan pada awal bulan 3 (bermula gaji Februari) dah boleh apply sekarang. Klik link di bawah untuk pendaftaran;

wasap.my/60132760145/RegisterASBF

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Jom apply asbf rate sekarang 4.25% Sila klik link whatsapp utk info lanjut
18/01/2023

Jom apply asbf rate sekarang 4.25%
Sila klik link whatsapp utk info lanjut

Business Account

Dividen 2023
22/12/2022

Dividen 2023

*Berapa kadar minimum dividen ASB 2022 supaya kita tak rugi?*Seperti yang kita semua sedia maklum, pelaburan ASB financi...
22/12/2022

*Berapa kadar minimum dividen ASB 2022 supaya kita tak rugi?*

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelaburan ASB financing melibatkan bank profit (interest) yang dikenakan oleh pihak bank. Jadi kadar dividen vs interest adalah faktor utama yang menentukan untung rugi pelaburan kita.

Interest ASBF pelabur adalah berbeza-beza. Jadi agak sukar untuk buat kiraan secara tepat. Saya buat perbandingan secara umum sahaja. Contohnya bagi pelabur yang bermula dari Januari hingga Disember 2022.

Pada bulan Januari, kadar interest bersamaan 3.45%. Kemudian bank negara telah menaikkan OPR sebanyak 0.25% pada bulan Mei, Julai, September dan November. Berikut adalah kadar mengikut bulan;

Januari 2022 = 3.45%
Februari 2022 = 3.45%
Mac 2022 = 3.45%
April 2022 = 3.45%
Mei 2022 = 3.70%
Jun 2022 = 3.70%
Julai 2022 = 3.95%
Ogos 2022 = 3.95%
September 2022 = 4.20%
Oktober 2022 = 4.20%
November 2022 = 4.45%
Disember 2022 = 4.45%

Purata;
46.40 ÷ 12 bulan = 3.87%.

Purata interest bank pada tahun 2022 bagi pelabur yang bermula pada Januari 2022 adalah sebanyak 3.87%.

Jadi jika interest yang diumumkan lebih tinggi daripada 3.87%, bermakna pelabur sudah untung. Cuma sama ada untung banyak atau untung sedikit.

*Nota: Pulangan ASB Financing adalah dalam bentuk dividen dan prinsipal. Jangan lihat dividen semata-mata. Lihat juga pengurangan hutang pokok (prinsipal) dalam tempoh setahun.*

Untuk pendaftaran ASB Financing 2023 boleh terus tekan link di bawah;

wasap.my/60132760145/RegisterASBF2023

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Dapatkan segera simpanan asbf anda!! Pm saya.. Kadar rate terendah 4.10% ❌ syarat!!*️⃣Age dari 18 🆙 to 65 thn boleh appl...
21/11/2022

Dapatkan segera simpanan asbf anda!! Pm saya..

Kadar rate terendah 4.10% ❌ syarat!!

*️⃣Age dari 18 🆙 to 65 thn boleh apply
*️⃣Gov & swsta boleh apply!!
*️⃣SSM PON BOLEH✅
*️⃣ CTOS PON BOLEH APPLY!!
*️⃣ komitmen tinggi pon boleh apply!!
*️⃣ cover 1 MALAYSIA!!

Kadar ASBF kami

50k RM 212 (5 tahun dah ada 18k)
100k RM 424 (5 tahun dah ada 36k)
150k RM 636 (5 tahun dah ada 54k)
200k RM 848 (5 tahun dah ada 72k)

Gandakan simpanan anda!!💰

Dapatkan segera hubungi saya ezah banker anda 📞
http://www.wasap.my/60132760145/ASBFbanker

Address

Kuala Lumpur
50000

Telephone

+60132760145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASB financing Banker posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share