22/09/2026
JOM MERIAHKAN SEHARI BERSAMA KOPETRO DI KOTA KINABALU, SABAH!
Buat julung kalinya di Sabah, KOPETRO membawakan Sehari Bersama KOPETRO, sebuah program yang menghimpunkan pelbagai produk, perkhidmatan, promosi eksklusif serta aktiviti menarik dalam satu acara khas untuk anggota KOPETRO.
📅 29 & 30 September 2026
⏰ 8:00 pagi – 4:00 petang
📍 Lobby Menara 1, Menara PETRONAS Carigali, Kota Kinabalu, Sabah
Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai keanggotaan KOPETRO, produk pembiayaan, takaful,serta pelbagai lagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Lebih menarik, anggota juga berpeluang menikmati kadar pembiayaan istimewa 4.5% yang ditawarkan khas di lokasi.
Turut memeriahkan acara adalah penyertaan pelbagai vendor dan rakan strategik yang menawarkan produk, perkhidmatan serta promosi menarik merangkumi sektor hartanah, automotif, pendidikan, telekomunikasi, perancangan harta pusaka, gaya hidup dan banyak lagi.
Tidak lengkap tanpa ganjaran istimewa, orang ramai yang hadir juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang disediakan sepanjang program.
Ini peluang terbaik untuk mengenali lebih dekat produk dan perkhidmatan KOPETRO sambil menikmati pelbagai tawaran menarik dalam suasana yang santai dan meriah.
Jumpa anda di Sehari Bersama KOPETRO Sabah!