Public Gold Dealer

Public Gold Dealer Saya, Puan Dian dealer aktif membantu, memudahcara & menyampaikan ilmu berkaitan tabungan emas syarikat Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

Terperanjat buka FB rata2 page tunjuk harga minyak masak harini 1 Julai 2022. Banyak keperluan asas lain juga semakin ma...
01/07/2022

Terperanjat buka FB rata2 page tunjuk harga minyak masak harini 1 Julai 2022. Banyak keperluan asas lain juga semakin mahal. Ya Allah peliharalah keluarga kami permudahkanlah jalan mencari rezeki yang halal buat keluarga kami, mudah2an logam mulia yang kami simpan ni diizin olehMU untuk bantu kami kala sempit nanti Aaminn

Ciri Emas Perhiasan Yang BaikSalam sejahtera.Emas perhiasan atau barang kemas boleh didapati dalam pelbagai rekabentuk m...
21/06/2021

Ciri Emas Perhiasan Yang Baik

Salam sejahtera.

Emas perhiasan atau barang kemas boleh didapati dalam pelbagai rekabentuk menarik dengan ketulenan sama ada emas tulen 999 atau emas yang dialoi dengan pelbagai logam lain.

Emas perhiasan sukar dipisahkan dengan kebanyakan wanita seluruh dunia. Fitrah manusia sukakan perhiasan emas ada dinyatakan dalam kitab Al-Quran. Barang kemas boleh menjadi aksesori hiasan atau sebagai aset kekayaan.

Berikut ciri dan tips membeli barang kemas yang baik.
1. Ketulenan 916 – pilih emas dengan ketulenan 22K (916)
kerana jenis ini mudah didapati, mudah untuk urusan
jualbeli, bernilai tinggi dalam jangka waktu panjang dan
mudah dipajak gadai.
2. Mampatan padu – pilih barang kemas yang padu, kukuh,
tahan lasak dan tidak mudah patah/putus/bengkok/rosak.
Hal ini untuk memastikan spread barang kemas yang
sediada besar tidak menjadi lebih besar dek kerana emas
rosak. Elakkan membeli barang kemas yang berlubang,
berongga atau kosong di dalam atau lebih dikenali sebagai
emas hollow. Ini kerana alat ukur ketulenan Densimeter
sukar membuat bacaan tepat barang kemas jenis hollow
ini. Pajak gadai juga akan ‘downgrade’ jenis emas begini!
3. Tanpa batu permata – barang kemas berbatu permata
sukar untuk dijual balik. Harganya biasa sangat tinggi
semasa dibeli dan sangat rendah jika hendak dijual balik.
Ia lebih sesuai untuk dijadikan koleksi simpanan. Barang
kemas berbatu permata tidak akan dinilai permatanya
untuk pajak gadai.
4. Kos upah rendah – kos upah berbeza antara kedai
walaupun rekabentuknya sama. Pilih kos upah yang paling
rendah untuk penjimatan maksimum. Pastikan juga kos
upah tersebut berbaloi dengan ketelitian dan kehalusan
rekabentuk pembuatan barang kemas.
5. Harga rendah – harga berbeza antara penjual. Ia tertakluk
kepada kos pengeluaran dan kadar keuntungan penjual.
Rujuk laman web Federation of Goldsmiths And Jewellers
Associations of Malaysia (FGJAM) untuk ketahui harga
emas jualan yang dicadangkan (www.fgjam.org.my). Pilih
emas dengan tawaran harga terendah serta ambil kira juga
kos lain-lain.
6. Spread kecil – spread barang kemas memang lagi besar
berbanding emas jongkong dan syiling. Pilih penjual yang
boleh membeli balik barang kemas mereka dengan spread
yang kecil. Teliti juga syarat yang dikenakan untuk urusan
jualbeli tersebut.

Pembeli yang bijak akan melihat emas perhiasan atau barang kemas bukan sekadar perhiasan, tetapi sebagai pelaburan yang juga bernilai tinggi setanding emas pelaburan (jongkong dan syiling).

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Jenis EmasSalam sejahtera.Emas ialah logam yang bernilai tinggi. Banyak kegunaannya sama ada untuk pelaburan, industri d...
20/06/2021

Jenis Emas

Salam sejahtera.

Emas ialah logam yang bernilai tinggi. Banyak kegunaannya sama ada untuk pelaburan, industri dan penghasilan barang kemas. Merupakan unsur kimia dalam Jadual Berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79.

Emas dinilai dalam berat Troy Ounce (Oz) dan apabila ia dialoi dengan logam lain, perkataan Karat digunakan untuk menunjukkan bahagian emas dalam aloi daripada 24 bahagian. Ketulenan emas dikira dengan kaedah ‘Millesimal Fineness’ iaitu unit bahagian perseribu oleh j***m bahan logam.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Merawat Penyakit BorosSalam sejahtera.BOROS! Anda mengaku anda boros? Ya, saya mengaku saya juga ada sikap boros berbela...
19/06/2021

Merawat Penyakit Boros

Salam sejahtera.

BOROS! Anda mengaku anda boros? Ya, saya mengaku saya juga ada sikap boros berbelanja mengikut kemahuan bukan keperluan. Bila ada duit lebih sikit je, mulalah belek Sho p*e belek La zada ajak suami jalan ke mall kononnya untuk cuci mata je. Kumpul duit kononnya untuk kecemasan. Sedikit je yang tinggal untuk kecemasan, selebihnya kreatif je otak ni berfikir eh sofa ni dah buruk la, eh belum ada periuk saiz ni la, eh tudung color ni macam belum ada. Hahaha macam-macam idea kreatif keluar, maklumlah orang perempuan ada 9 nafsu. Bila habis duit, kumpul lagi, kreatif lagi. Bila pon tak bertambah duitnya, asyik bocor sahaja.

Rata-rata penyimpan emas di bawah bimbingan saya punyai masalah yang sama. Penyakit boros. Tetapi, sejak menabung emas, saya dan rakan-rakan boros lain berubah. Mindset kami tertumpu cara hendak mencari duit untuk menambah gram emas kami. Penyakit boros kami semakin pulih. Tiba-tiba ada yang jadi kreatif berniaga p**a semata untuk mengumpul kekayaan, menambah emas sediada. Tahniah kepada rakan yang berjaya merawat penyakit boros.

Terbukti menabung emas dapat merawat penyakit boros. Saya sarankan anda mulakan tabungan emas GAP Public Gold, serendah RM100 anda boleh memiliki gram emas berketulenan 999. Akaun GAP ini bertindak seperti ‘safety box’ yang menyimpan emas anda secara percuma. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Beza Emas 999 dan Emas 916Salam sejahtera.Emas merupakan aset yang sentiasa tinggi nilainya. Memiliki dan menyimpan emas...
18/06/2021

Beza Emas 999 dan Emas 916

Salam sejahtera.

Emas merupakan aset yang sentiasa tinggi nilainya. Memiliki dan menyimpan emas adalah sandaran kepada wang kertas, malah ianya menjadi pelindung harta.

Pelbagai jenis emas boleh didapati dalam pasaran. Emas yang biasa diburu dan banyak dipasaran tentulah emas 999 dan emas 916. Apakah perbezaan di antara kedua jenis emas ini?

Kesimp**an yang dapat dibuat berdasarkan perbezaan ini jelas menunjukkan bahawa emas 999 lebih sesuai untuk tujuan pelaburan manakala emas 916 adalah direka untuk tujuan perhiasan.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Kriteria Pilih Emas PelaburanSalam sejahtera.Emas ada pelbagai jenis. Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Ha...
17/06/2021

Kriteria Pilih Emas Pelaburan

Salam sejahtera.

Emas ada pelbagai jenis. Bukan semua emas sesuai untuk tujuan pelaburan. Hanya emas yang berketulenan 995 ke atas sahaja sesuai untuk dijadikan pelaburan. Sudah tentunya emas 24K 999 adalah emas yang paling baik dan banyak dipasaran.

Ramai yang menjangkakan dan memilih emas 22K 916 atau barang kemas untuk simpanan pelaburan. Barang kemas kurang sesuai dijadikan pelaburan kerana harga dan spreadnya yang sangat tinggi. Ia dibuat untuk tujuan perhiasan, bukan pelaburan. Jika anda tetap mahu memilih barang kemas sebagai medium pelaburan maka anda memerlukan jangka waktu pelaburan yang lebih panjang untuk dapat keuntungan yang maksima.

Semak 7 kriteria ini secara pakej sebelum membeli emas pelaburan. (1) Jenis emas
– pilih emas berketulenan 999 sama ada jongkong (bar),
syiling (coin) atau matawang dinar (currency)
– pilih perak berketulenan 999 sama ada jongkong (bar),
syiling (coin) atau matawang dirham (currency)
(2) Harga rendah
– bandingkan harga per gram dengan beberapa
kedai/syarikat emas supaya dapat memiliki gram yang lebih
banyak
(3) Spread kecil
– semak harga jual atau sell (harga kedai/syarikat jual kepada
pelanggan) dan harga beli atau buy (harga kedai/syarikat
beli dari pelanggan). Penting untuk mengetahui adakah
kedai/syarikat akan membeli balik emas mereka kerana
kebiasaannya spread akan jadi lebih tinggi jika kita menjual
emas di kedai/syarikat lain. Spread akan menentukan
berapa cepat dan berapa besar keuntungan yang bakal
diperolehi. Lagi kecil spread, lagi cepat dan besar
keuntungan pelaburan.
(4) Stok banyak
– kesediaan stok mencukupi antara kriteria penting dalam
pemilihan pelaburan terbaik. Ini untuk memastikan kita
dapat membeli pada bila-bila masa terutamanya ketika
harga emas rendah.
(5) Reputasi kedai/syarikat
– pastikan berdaftar, kukuh dan dipercayai. Mempunyai
cawangan yang banyak. Mudah untuk dapatkan
perkhidmatan urusan jualbeli. Lebih baik jika urusan dapat
dibuat dalam talian 24 jam.
(6) Syarat jualbeli jelas
– teliti syarat jualbeli yang dikenakan. Juga jaminan yang
diberikan.
(7) Kos nyata
– pastikan tiada kos tersembunyi. Bebas GST atau tax.
Semak kos seperti kos upah, caj premium, caj simpanan,
caj penghantaran, caj pentadbiran atau lain-lain caj atau
kos.

Pertimbangan secara pakej ini penting untuk menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada pelaburan tersebut. Hal ini kerana harga yang rendah tidak semestinya stok banyak, stok banyak tidak semestinya nilai spread kecil. Buatlah pilihan bijak secara pakej.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Abaikan NasihatSalam sejahtera.Sering kali kita mendengar ayat momok ‘saya tak minat emas’ ‘saya tak nak manabung emas s...
16/06/2021

Abaikan Nasihat

Salam sejahtera.

Sering kali kita mendengar ayat momok ‘saya tak minat emas’ ‘saya tak nak manabung emas sebab untungnya ciput’ ‘lambatlah nak dapat untung emas ni’ ‘mahal la nak beli emas’ ‘lebih baik saya melabur dalam pelaburan ASB lagi cepat untungnya lagi cepat kaya’.

Inflasi adalah fakta ya sahabat. Hakikat adalah realiti saban tahun matawang kita rakus ditelan inflasi. Dalam simpanan dan pelaburan, minat bukan lagi keutamaan bagi rakyat marhaen seperti kita. Jangan kita hipokrit pada diri. Asal dapat dividen tahunan kita mula berbelanja kononnya untuk ‘self reward’. Jika dividen 7%, kita guna 5% kekayaan tersebut untuk self reward, hanya berbaki 2%. Tolak dengan inflasi saban tahun? Adakah akan semakin kaya?

Mana-mana cabang yang anda pilih untuk bertahan ketika gawat ada kelemahan dan kekuatannya. Saya sarankan anda masukkan juga sedikit cabang tabungan emas untuk melindungi kakayaan anda. Tahukah anda fakta sejarah, jutawan wang menjadi papakedana akibat kejatuhan matawang. Banyak negara juga pernah melingkup ekonomi kerana kerapuhan matawang. Hanya emas satu-satunya matawang yang mampu mengekalkan nilai sejak beribu tahun dahulu hingga akhir dunia ini. Bacalah entry Sejarah Emas dan Matawang (https://www.facebook.com/104819781709952/posts/120974956761101/) untuk lebih informasi.

Nasihat saya, kita yang sekadar rakyat marhaen ni marilah sama-sama menabung emas. Anda boleh abaikan nasihat ini atau anda boleh pilih untuk memulakan tabungan emas anda sedikit-dikit, InsyaAllah akan membukit. Usaha tangga kejayaan.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Panik Harga Emas JatuhSalam sejahtera.Mereka yang kurang ilmu emas sememangnya akan menggelabah bila lihat harga emas ja...
15/06/2021

Panik Harga Emas Jatuh

Salam sejahtera.

Mereka yang kurang ilmu emas sememangnya akan menggelabah bila lihat harga emas jatuh. Rasa rugi. Rasa sesal beli emas. Tiada p**angan keuntungan lumayan.

Mereka dalam golongan ini belum faham konsep tanda aras (benchmark). Anda perlu menetapkan tanda aras anda dahulu. Mulakan pembelian/simpanan sekarang. Boleh mulakan dengan minimum RM100 atau 1 gram emas untuk menetapkan tanda aras anda. Tanda aras di sini adalah merujuk kepada harga semasa pembelian anda. Mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie selalu berkata ‘buat dahulu faham kemudian’. Jika anda mulakan sekarang maka anda akan faham p**a maksud pemurataan harga.

Ya, selepas anda menetapkan tanda aras anda boleh buat pemurataan harga p**a. Saya sebagai sahabat emas anda akan membantu anda memulakan langkah sebagai ‘Gold Saver’ yang berilmu kerana bukan emas yang menjadikan anda kaya tetapi ilmu yang lebih bermanfaat menjadikan anda tidak miskin.

Simpan emas rugi? Untung lumayan ke? Anda memang akan fikir begini selagi anda tidak mengetahui faktor inflasi dan risiko kejatuhan matawang. Harga emas sentiasa turun naik dalam tempoh jangka masa pendek tetapi mengekalkan nilai dan meningkat dalam jangka masa panjang. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang dan berisiko rendah. Sebagai contoh, harga emas pada 15 Mac 2020 ialah RM223. Pada 17 Mac 2020 ialah RM220, mencatat penurunan jangka masa pendek. Manakala pada 15 Mac 2021 ialah RM248, mencatat kenaikan jangka masa panjang. Kenaikan adalah sebanyak 11% dalam tempoh masa setahun. *Harga yang dipapar adalah merujuk harga jual sebenar GAP Public Gold.

Anda mahu ilmu dan bimbingan? Saya akan membantu anda pelajari banyak lagi ilmu tentang emas agar anda tidak panik lagi apabila lihat harga emas jatuh.

Puan Dian www.wasap.my/60127676507

Spread Table 2021Salam sejahtera.Spread dalam jualbeli emas bermaksud perbezaan antara harga jualan dan harga belian ema...
14/06/2021

Spread Table 2021

Salam sejahtera.

Spread dalam jualbeli emas bermaksud perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas.

Rata-rata orang membeli emas untuk simpanan jangka panjang dan mendapatkan keuntungan. Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi. Lebih kecil nilai spread, lebih baik.

Formula kiraan nilai spread,
Contoh : 10gram PG Sell PG Buy
2576 2344

(i) Beza dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM)
Harga Jual – Harga Beli = Spread (RM)
2576 – 2344 = RM232 / 10gram

(ii) Beza dalam bentuk peratus (%)
(Harga Jual-Harga Beli) / (Harga Jual) × 100 = Spread (%)
( 2576 - 2344 ) / ( 2576 ) × 100 = 9%

Spread yang baik untuk pelaburan adalah

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60127676507

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Dealer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold Dealer:

Share