Banding Takaful Online

Banding Takaful Online Pening nak pilih plan MEDICAL CARD dan HIBAH dari syarikat takaful yang mana ? Jom buat perbandingan dari pelbagai operator takaful dengan kami.

AiA Public Takaful, PruBSN Takaful, Great Estern Takaful dll. Harga rendah, coverage tinggi

21/09/2023
20/09/2023

92.1K likes, 1732 comments. “Bila hidup rasa tersekat, ujian datnag bertimpa-timpa, ini yang kita kena buat. Dengar perkongsian Tok Abah ini.”

Terdapat 3 faktor utama mengapa anda tiada simpanan wang.1.Perbelanjaan tidak terkawalAnda membeli barang atau kehendak ...
23/01/2023

Terdapat 3 faktor utama mengapa anda tiada simpanan wang.

1.Perbelanjaan tidak terkawal
Anda membeli barang atau kehendak melebihi daripada duit gaji anda

2. Tiada perancangan kewangan
Anda tidak merancang kewangan anda setelah anda menerima duit gaji anda.

3. Tiada kesedaran tentang simpanan
Anda tidak mengetahui tentang pentingnya simpanan untuk masa depan anda.

Rancang kewangan anda hari ini dan bina kewangan yang sihat.

See less

Kita sudah masuk ke bulan Oktober, bererti kita ada 3 bulan lagi sebelum masuk ke tahun 2023. Bangkit semua! Ingat 5 hal...
19/10/2022

Kita sudah masuk ke bulan Oktober, bererti kita ada 3 bulan lagi sebelum masuk ke tahun 2023.

Bangkit semua! Ingat 5 hal ini:

1. Kita tak perlu jadi genius untuk berjaya dan hebat. Apa yang kita perlukan adalah yakin pada diri sendiri dan terus bertindak!

2. Akui kelemahan diri dan cabar diri sendiri untuk perbaiki dan tukarkan ia menjadi kekuatan diri sendiri.

3. Masalah orang kita ni biasanya s**a meletakkan kegagalan itu sebagai ketentuan potensi diri.

Kegagalan adalah biasa, yang bezanya adalah bagaimana kita bertindak untuk belajar dan mengubahnya kepada kejayaan.

4. Elakkan daripada s**a membandingkan diri sendiri dan ’kesempurnaan’ di luar terutama di media sosial.

Kita hanya boleh buat perbandingan antara diri kita pada hari ini dengan diri kita yang semalam sahaja.

5. Sentiasa dekatkan diri kita kepada Allah SWT. Solat sentiasa awal waktu. Kerapkan solat taubat, Dhuha dan Tahajud.

Cabaran semakin kuat di masa hadapan, maka tiada cara lain untuk menghadapinya melainkan jadi kuat sama.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tetap kuat dan teguh!


Amalkan membaca doa ini pada waktu pagi dan petang setiap hari kerana siapa yang membaca doa ini pada waktu pagi, dia ak...
27/09/2022

Amalkan membaca doa ini pada waktu pagi dan petang setiap hari kerana siapa yang membaca doa ini pada waktu pagi, dia akan dipelihara oleh Allah sehingga ke petang, dan siapa yang membacanya pada waktu petang, Allah akan memeliharanya sehingga ke pagi.

Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan diselamatkan dari segala musibah dan keburukan, Amin Ya Rabbal 'Alamin.




Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:Abu Sa...
22/07/2022

Terbeban dengan hutang?

Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

Sumber: JAKIM

Address

Entire
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Banding Takaful Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share