Suhaimi Al Hakimi

Suhaimi Al Hakimi Lets join us

31/03/2026

Client umur 27. Gaji RM2,000

Ambil hibah 1 juta, monthly RM176

Asked him why...
He said,
"Saya ada adik-beradik lelaki. Kalau saya pergi dulu,
ikut faraid mereka tetap ada hak.
Saya tak nak isteri saya jadi tetamu dalam rumah sendiri."

That hit deep.

Hibah bukan lawan faraid,
tapi untuk pastikan orang yang kita cinta tak hilang tempat berteduh.

12/03/2026

Check out abukhaleef2’s video.

✨Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H. ✨Hari penuh barakah ini mengingatkan kita tentang perjuangan dan pengorbanan Ra...
05/09/2025

✨Selamat menyambut Maulidur Rasul 1447H. ✨

Hari penuh barakah ini mengingatkan kita tentang perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam. Marilah kita menghayati sirah baginda dengan mencontohi kepimpinan, kesabaran, kasih sayang serta akhlak mulia baginda agar hidup kita sentiasa berada dalam redha Allah SWT

SAH 🌸

INSURANS TAK BAYAR EARLY CRITICAL ILLNESS ?Dekat bawah ini, melaporkan Ms Theresa Tan ada 3 polisi insurans, tapi dia ta...
26/08/2025

INSURANS TAK BAYAR EARLY CRITICAL ILLNESS ?

Dekat bawah ini, melaporkan Ms Theresa Tan ada 3 polisi insurans, tapi dia tak dapat satu pun pampasan atas tuntuntan sakit kritikal waktu tu.

Dengan membayar SGD 600 (RM 1,970) sebulan tanpa culas, syarikat insurans gagal bayar any pampasan kepada beliau selepas dia terkena penyakit kanser Karsinoma-in-situ di peringkat awal atau bahasa lain nya DCIS (Ductal carcinoma-in-situ) cancer at early stage.

Untuk pengetahuan sahabat sekalian, standard polisi Insurans dan Takaful hanya melindungi STANDARD penyakit kritikal pada tahap 3 dan 4 sahaja, maksudnya standard polisi ini memang tak akan cover LOW SEVERITY cancer yang doctor kesan pada tahap awal 1 dan 2 tadi tu.

Benefit (pampasan) sakit kritikal ini tidak ada dalam medical card, tetapi dalam medical kad memang ada untuk cover kos rawatan sakit kritikal tadi tu. Ramai yang salah faham dengan pampasan dan rawatan.

Rawatan :
pesakit dapat rawatan ketika pesakit di dalam hospital SAHAJA,

Pampasan :
pesakit dapat SEJUMLAH WANG atas sebab pesakit dapat penyakit yang mana boleh tampung keperluan hidup selepas pesakit itu tidak dapat meneruskan pekerjaan lagi akibat sakit yang dihidapinya

Sebab itu, banyak dah syarikat takaful yang introduce manfaat tambahan (optional) EARLY CRITICAL ILLNESS and off course ada tambahan kos dari NILAI ASAS premium tadi.

PAPARAN skrin AIA yang cover melindungi peringkat awal kanser (low severity)

Balik ni, cuba review polisi masing masing, mana mana yang ada gap yang anda rasa PENTING untuk diri anda, upgrade polisi atau subscribe polisi baru.

Lihat screenshot standard 36 critical illness does dekat bawah ni NOT COVER SPECIFIC severity vs Early Critical illness coverage.

Disclaimer

Saya tak pasti untuk produk syarikat lain tentang perkara ini tetapi di AIA ada rider untuk early critical care (ECC).

Kalau standard critical illness rider, pelanggan hanya mendapat pampasan penuh bila disahkan severity atau tahap penyakit tersebut. Biasanya tahap atau high severity of illness, kanser contohnya, tahap 3-4 baru policy will delivery its benefit.

Jelas ke?.

Credit : Reen Ellina

03/12/2024

📌HIBAH/TPD (accident) / Coma RM300,000
📌Elaun ICU RM1,500 / Day
📌Out-patient Fisio RM3,000
RM72/mth (40thn kebawah)

02/12/2024

🧕: “saya tak nak tuntut apa pun kalau arwah dah takda”

Bukan masalah nak tuntut atau tidak, tapi selepas kematian arwah semua harta arwah akan beku dan perlu melalui proses undang2

11:00am : Client inform sudah sakit sejak beberapa hari lepas.Kita advice client pergi ke klinik dan dapatkan saringan a...
20/11/2024

11:00am :
Client inform sudah sakit sejak beberapa hari lepas.
Kita advice client pergi ke klinik dan dapatkan saringan awal doktor di klinik.

2:00pm :
Clinic beri refer letter kerana client ada symptom PNEUMONIA

6:00pm :
Client daftar masuk via Emergency lane due to hospital post-time

7:40pm : Water drip dan X-ray

10:16pm :
Doctor fill up form dan submit GL ke AIA

10:38pm :
AIA request X-Ray report to investigate before issue approved GL

To be continued..

 BOLEHKAH SUAMI HIBAHKAN RUMAH (MASIH ADA HUTANG) KEPADA ISTERI?Apa akan jadi kalau pemilik rumah meninggal dunia tanpa ...
07/10/2024



BOLEHKAH SUAMI HIBAHKAN RUMAH (MASIH ADA HUTANG) KEPADA ISTERI?

Apa akan jadi kalau pemilik rumah meninggal dunia tanpa sempat rumah dihibahkan?

Rumah merupakan aset yang mempunyai nilai yang tinggi.

Sekiranya pemilik harta mempunyai hasrat untuk bagi rumah kepada waris-waris, sebagai contoh hendak berikan bahagian lebih kepada isteri atau anak perempuan sahaja, solusi perancangan harta yang boleh dibuat adalah dengan hibahkan rumah.

Rumah adalah harta tidak alih dan dari segi fizikalnya ianya susah untuk dibahagi-bahagikan kepada waris-waris faraid berbanding harta alih seperti duit.

Apa yang akan berlaku sekiranya rumah tidak dihibahkan?

Apabila berlaku kematian dan rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut pecahan faraid.

Setiap orang mempunyai struktur faraid yang berbeza bergantung kepada siapa waris yang masih ada ketika arwah meninggal dunia.

Sebagai contoh,

Ahmad meninggalkan seorang anak lelaki, ibu bapa yang masih hidup dan seorang isteri.

Bahagian waris faraid Ahmad adalah:

1) Ayah 4/24
2) Ibu 4/24
3) Isteri 3/24
4) Anak Lelaki 13/24

Andaikata harta pusaka yg ditinggalkan oleh Ahmad adalah sebuah rumah, maka rumah tersebut perlu dikongsi bersama oleh waris faraid seperti pecahan di atas.

Antara kesan daripada keadaan ini, sebarang transaksi atau aktiviti ke atas rumah tersebut seperti ingin didiami, dijual atau disewakan perlu mendapat keizinan semua waris-waris di atas.

Pernah ada kes yang mana anak dan isteri terpaksa membayar sewa kepada waris-waris yang lain mengikut bahagian mereka.

Contoh kedua p**a ialah Ali Chan seorang mualaf dan meninggalkan:

1) Ibu (Bukan Islam)
2) Ayah (Bukan Islam)
3) Isteri

Bahagian waris faraid Ali adalah:

1) Isteri 1/4
2) Baitulmal 3/4

Namun begitu, isteri boleh mohon tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah sekiranya ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Mahkamah yang akan putuskan berapa kadar (%) yang akan diterima selepas melihat bukti sumbangan pasangan yang menuntut ke atas perolehan harta yang dituntut.

*Bolehkah rumah yang masih dalam pinjaman dihibahkan?*

Boleh.

Hibah rumah dalam pinjaman boleh dilaksanakan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Antara syaratnya ialah rumah yang hendak dihibahkan dilindungi oleh takaful untuk melangsaikan hutang rumah sekiranya ada lagi baki pinjaman.

Sebaiknya semak semula takaful gadai janji rumah anda supaya baki pinjaman rumah dapat dilunaskan sepenuhnya oleh Syarikat Takaful dan waris tidak terbeban dengan hutang rumah tersebut.

*Bagaimana sekiranya berlaku kematian jika rumah yang mempunyai 2 nama?*

Kebiasaannya pemilikan rumah adalah sama rata.

Sebagai contoh, bahagian pemilikan suami adalah 50% dan isteri adalah 50%.

Sekiranya suami meninggal dunia, rumah tersebut bukan milik isteri sepenuhnya.

Ini adalah kerana bahagian pemilikan suami 50% perlu dibahagikan mengikut faraid.

Jika pemilik harta mempunyai sebuah rumah sahaja dan demi kemashalatan isteri dan anak-anak selepas ketiadaan pasangan, solusi yang boleh diambil adalah suami dan isteri dicadangkan agar membuat dokumen pengisytiharaan hibah.

Iaitu suami hibah rumah kepada isteri dan isteri hibahkan rumah kepada suami.

*Apa akan terjadi jika pemilik harta tidak buat apa-apa perancangan harta?*

Jika tiada membuat apa-apa perancangan harta, pembahagian kepada waris-waris perlu dibuat mengikut pecahan faraid.

Lebih perit lagi, apabila rumah yang menjadi tempat isteri dan anak-anak berteduh terpaksa dijual.

Kita tidak boleh merubah apa yang telah terjadi. Namun, anda sebagai pemilik harta perlu membuat keputusan sebaiknya.

Keputusan anda adalah penentu masa depan orang-orang tersayang.

Mengapa perlu ambil risiko sekiranya anda boleh mengubahnya sekarang.

'Rancang Mengikut Syariat. Keluarga Mendapat Berkat.'

Perlukan Lebih banyak info berkaitan hibah rumah?

atau klik link di bawah:

http://www.wasap.my/601118797696/hibahrumah

Usah bertangguh, hibahkan rumah anda untuk yang tersayang.

𝐀𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐃 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘 𝐏𝐀𝐂𝐊𝐀𝐆𝐄 𝐄𝐗𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃 𝐔𝐍𝐓𝐈𝐋 𝐄𝐍𝐃 𝐎𝐅 𝐉𝐔𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟒 ‼️PROMOSI ALL IN ONE( MEDICAL CARD + HIBAH + SIMP...
13/06/2024

𝐀𝐅𝐅𝐎𝐑𝐃𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐑𝐃 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘 𝐏𝐀𝐂𝐊𝐀𝐆𝐄 𝐄𝐗𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃 𝐔𝐍𝐓𝐈𝐋 𝐄𝐍𝐃 𝐎𝐅 𝐉𝐔𝐍𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟒 ‼️
PROMOSI ALL IN ONE( MEDICAL CARD + HIBAH + SIMPANAN) 😱😱😱
Pelan Medical Card Mampu milik untuk bujang dan keluarga. Sangat berbaloi!!!
__________
[ BENEFIT AIA MEDICAL CARD ]
__________
📌 Limit tahunan Medical Card lebih dari RM1.5 juta
📌 Tiada had seumur hidup
📌 Pakej Hibah kematian dari RM50,000 termasuk simpanan Ward cash RM1000 sehari
📌 Tidak perlu bayar polisi jika diagnosis penyakit kritikal
📌 Ganjaran tunai bagi Claim Card - RM1500 setiap tahun
📌 Lebih 90 panel Hospital Swasta
📌 Aplikasi "AIA LOCATOR" pada nombor telefon
📌 Segala kos rawatan ditanggung sepenuhnya
Dengan kos rawatan yang semakin meningkat...Kenapa tak biarkan syarikat insurans yang bayarkan bill hospital kita? Duit yang kita susah payah kumpul tu lebih baik gunakan untuk bercuti, hantar anak masuk U atau untuk simpanan hari tua nanti 😉
Kalau nak saya kongsikan maklumat ini dengan anda senang je. Tekan je button dibawah dan saya akan buatkan quotation untuk anda
👇🏻👇🏻👇🏻
Suhaimi Al Hakimi
011-1879 7696
ASISTANT UNIT MANAGER
AIA

30/05/2024

Alhamdulillah, all praise be to Allah. Thank you for your continuous support.


30/05/2024
07/05/2024

Kami dengan bangganya mengalu-alukan AIA PUBLIC Takaful Berhad AIA PUBLIC Takaful sebagai penaja Diamond untuk Takaful Star Award 2024.

Acara ini akan berlangsung pada 11 Mei 2024, Sabtu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.

Acara tahunan ini menghargai pencapaian industri Takaful pada peringkat kebangsaan tahun 2024, serta memberikan pengiktirafan kepada usaha dan dedikasi mereka dalam memajukan industri ini di negara kita. Selain itu, acara ini juga menghargai peranan penting yang dimainkan oleh industri Takaful dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat, serta kemajuan kewangan Islam di Malaysia.




Address

Kuala Lumpur

Telephone

+601118797696

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suhaimi Al Hakimi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share