18/10/2022
Ada orang call kami dan tanya;
"Saya baru beli rumah lelong, lepastu apa saya kena buat?"
Penting untuk kita buat persediaan dari awal!
Jika kita buat pembelian rumah lelong sendiri,
sila pastikan kita ada ilmu dan ada asas untuk beli rumah lelong.
Asas di sini adalah proses lelong yang perlu kita ambil tahu lebih awal.
Apa kita perlu tahu dan lakukan dari proses;
1⃣ Sebelum nak beli rumah lelong apa yang perlu kita buat dan lakukan.
2⃣ Semasa pergi lelong dan bida rumah lelong, apa p**a yang perlu elak dan sediakan.
3⃣ Selepas menang lelong apa p**ak nak kena buat dan lakukan.
3 perkara di atas adalah asas penting sebelum kita ambil keputusan untuk beli rumah lelong.
Jika kita tidak mahu tahu perkara asas, anda boleh dapatkan khidmat nasihat & rundingan dari pihak ejen @ mereka yang biasa dengan selok belok lelongan.
Jika kita melantik ejen lelong, pastikan dia telah jelaskan kepada kita proses asas ini atau akan bantu kita melalui proses ini.
Maaf jika kami kata, kita belum boleh beli rumah lelong kalau tak ambil tahu tentang perkara asas ini.
Ibarat kita terjun dalam kolam tapi tak tahu kedalaman kolam tu.
Kalau bernasib baik ok. Kalau tak, anda lebih tahu akibat dia.
Jadi Asas dia, kalau kita dah ambil tahu dulu, tahap kedalaman, apa ada dalam kolam, kat mana sesuai untuk terjun dan di mana untuk naik, maka kita boleh elak perkara yang tak diingini.
Jadi, Inilah asas.
Kalau kita nak tahu lebih advance, mungkin kita tak nak terjun cara biasa, Kita nak guna teknik-teknik terjun yg berbeza.
Contoh nak terjun guna tali, terjun dr helikopter.. Atau nak terjun dengan macam2 gaya.
Atau nak terjun dr bukit yg paling tinggi.
Ini semua nak kena ada teknik dan kena belajar advance.
Tapi, sebelum advance, perkara asas itu tetap jadi yang paling penting.
Hope anda nampak apa yg ingin saya sampaikan. Sebab banyak teknik & strategi dalam lelong dan hartanah ni.
Tapi perkara asas pun tak nak ambil tahu, memang nahas! Bahaya tau!