06/08/2022
ALK DAN ANGGOTA PERLU SAMA-SAMA BERPERANAN MAJUKAN KOPERASI
Sesebuah koperasi hendaklah bergerak berlandaskan prinsip-prinsip koperasi yang menjadi pegangan setiap anggota yang berpegang kepada nilai sadik, amanah dan telus.
Anggota koperasi menjadi tulang belakang yang berperanan menyokong setiap aktiviti kerana koperasi dimiliki dan dikawal secara demokrasi oleh anggota yang menjadi pelanggan utama dalam koperasi.
Masa depan koperasi bergantung kepada sejauh mana keberkesanan anggota
memainkan peranan masing-masing. Maju mundur sesebuah koperasi terletak pada sumbangan dan penyertaan anggotanya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 Koperasi Warga Bukit Perah Terengganu Berhad bertempat di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu pada hari ini (6 Ogos 2022).
Katanya lagi, kemajuan sesebuah koperasi terletak pada komitmen dan tanggungjawab yang dimainkan oleh anggota serta barisan pengurusan koperasi.
"Pentadbiran koperasi haruslah dikendalikan oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik oleh anggota dalam Mesyuarat Agung. Lembaga koperasi bertanggungjawab melaksanakan segala dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Koperasi.
Koperasi juga perlu mempunyai kepimpinan yang jujur, dinamik dan progresif dan mampu
membawa koperasi ke tahap lebih tinggi dengan mengamalkan kaedah terbaik (best practices) dalam setiap aspek koperasi", jelas beliau.
Menurutnya lagi, dalam keadaan ekonomi pasca COVID-19 dengan harga barangan keperluan asas semakin meningkat, koperasi perlu mengambil langkah proaktif dan merebut peluang perniagaan berimpak tinggi yang mampu menjana ekonomi koperasi.
Perkara tersebut boleh dilakukan melalui jalinan kerjasama dengan koperasi-koperasi maju atau bekerjasama dengan organisasi perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mengikut perangkaan SKM sehingga Disember 2021, bilangan koperasi berjumlah 14,834 buah di seluruh negara yang melibatkan jumlah keanggotaan individu seramai 7,079,119 juta orang manakala modal syer p**a berjumlah RM 16,544.66 juta dan aset sebanyak RM154,983.01 juta yang menjana
perolehan sehingga RM37.895.62 juta.
Sebagai makluman, sehingga Julai 2022, bilangan koperasi yang menjadi anggota
ANGKASA berjumlah 10,554 buah daripada 14,834 yang berdaftar dengan SKM. Manakala di Terengganu, sebanyak 658 buah koperasi menjadi anggota ANGKASA daripada 774 bah koperasi yang berdaftar dengan SKM.
Sebagai badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa bersedia membantu koperasi menjalankan aktiviti dan perkhidmatan yang dapat memberi p**angan sosio ekonomi bermanfaat untuk anggota dan koperasi.
Program pembangunan ekonomi gerakan koperasi oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah bermula sejak 2019 bagi mencapai matlamat ekonomi dan anggota koperasi khususnya dalam sektor pemborongan dan peruncitan.
Projek BA100 diperkasakan dengan matlmat untuk menurunkan kos sara hidup rakyat, membantu koperasi dan IKS memasarkan barangan koperasi dan IKS, membentuk gerakan koperasi yang kuat menerusi ekosistem yang lengkap di samping menambah peluang pekerjaan kepada anggota koperasi khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Pada tahun 2022, projek BA100 mensasarkan perolehan sebanyak RM7.2 bilion melalui pembekalan kepada 3,000 kedai koperasi dan anggota koperasi yang menjalankan aktiviti. Selain BA100, banyak lagi projek berimpak tinggi dan pelan perniagaan komprehensif yang dirancang ANGKASA melalui sektor-sektor sedia ada. ANGKASA juga membuka peluang kepada koperasi-koperasi yang berpotensi untuk terlibat dalam jaringan perniagaan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berharap mesyuarat agung kali ke-12 ini boleh membantu anggota membuat perancangan sebaiknya agar dapat menggerakkan koperasi ke arah yang lebih produktif, inovatif dan berdaya saing.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah ADUN Telemong, Dato’ Haji Rozi Hj Mamat dan Pengerusi Koperasi Koperasi Warga Bukit Perah Terengganu Berhad, Haji Baharudin BL Diah.
Cnp page ANGKASA