Public Gold by Rosda Ayu

Public Gold by Rosda Ayu Investment
Gold saving

Alhamdulillah, setiap kali menerima gaji, jangan lupa panjatkan doa agar rezeki yang kita terima sentiasa berkat dan men...
25/09/2025

Alhamdulillah, setiap kali menerima gaji, jangan lupa panjatkan doa agar rezeki yang kita terima sentiasa berkat dan mencukupi.

✨ Rezeki yang berkat lebih utama daripada rezeki yang banyak.

Semoga gaji yang kita terima menjadi asbab kebaikan untuk diri, keluarga dan ummah.

Rasulullah ﷺ bersabda:“Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada en...
17/09/2025

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin lalu mereka meminta-minta daripada manusia.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maksudnya:
-Lebih mulia seorang ayah/ibu berusaha meninggalkan harta atau bekalan rezeki yang cukup untuk waris.
-Supaya selepas kematiannya, keluarga tidak perlu hidup meminta-minta.
-Islam menekankan keseimbangan , bersedekah itu baik, tapi jangan sampai keluarga terabai.

SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAHAlhamdulillah, saya berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah apabila terpilih hadir ke ...
24/08/2025

SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH

Alhamdulillah, saya berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah apabila terpilih hadir ke Master Dealer Conference (MDC) 8.0 – program latihan terbesar dalam sejarah Public Gold yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

MDC 8.0 kali ini menghimpunkan lebih 2,600 dealer aktif dari seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura dengan membawa satu misi besar: .

Saya bergabung tenaga bersama ribuan insan hebat yang datang dengan impian besar untuk mengubah kehidupan masing-masing.

Sesungguhnya kejayaan itu boleh dijangka, dengan usaha yang konsisten dan bimbingan yang betul. Sama-sama kita doakan kejayaan semua peserta yang hadir, dan insyaAllah kita akan bertemu di puncak kejayaan nanti. 🤲🏻

Rosda Ayu Mohamad
Master Dealer


ISNIN | 28.07.2025Hangatnya yang perlahan-lahan kedinginan.Mata yang tertutup tidak akan terbuka kembali.Tangan yang ter...
03/08/2025

ISNIN | 28.07.2025

Hangatnya yang perlahan-lahan kedinginan.
Mata yang tertutup tidak akan terbuka kembali.
Tangan yang terlangkup di dada tak akan tertadah semula mendoakan kebaikan dunia dan akhirat kami.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

Liang lahadnya cantik digali — luas dan kemas, terletak di bawah teduhan pohon besar yang rimbun. Dahannya menaungi bumi, lebat dedaunnya yang berzikir memuji Tuhan. Walaupun hasrat kami adalah agar ibu dikebumikan di sisi kubur arwah abah, namun tiada ruang tersedia. Allah Yang Maha Mendengar lebih mengetahui — kerana ibu pernah menyuarakan keinginannya untuk ‘berehat’ di bawah pohon yang besar dan sejuk. Dan di situlah akhirnya Allah pilih beliau dibaringkan, di tempat yang tenang dan redup, penuh ketenteraman.

Mandi jenazah disempurnakan oleh kami 10 beradik, dengan penuh adab dan kasih, dibimbing oleh Cik Mah yang menyantuni ibu dan kami dengan lembut dan sabar. Tiada yang tergesa-gesa, tiada p**a yang berlengah, tepat pada kadarnya sehingga sempat yang ke-11 yang dari jauh tiba dengan selamat— semuanya mengalir dengan tenang, seiring dengan kasih yang tidak pernah pudar buat insan yang telah membesarkan kami sedari kecil.

Jenazah tiba di masjid sebelum waktu Asar. Solat jenazah dilakukan sejurus selepas solat Asar — dua kali, satu diimamkan oleh adik lelaki kami, dan satu oleh cucu sulung lelaki. Saf-saf solat memanjang, melebihi tujuh barisan penuh, oleh insan-insan yang menyayanginya dan ingin menghantarnya p**ang dengan doa.

🌙 Salam Aidiladha 1446H 🕋“Pengorbanan adalah kunci kebebasan sebenar.”Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi ...
07/06/2025

🌙 Salam Aidiladha 1446H 🕋
“Pengorbanan adalah kunci kebebasan sebenar.”

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, hari yang mengingatkan kita tentang erti ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan — bukan sekadar pada ibadah korban, tetapi juga dalam kehidupan harian kita.

Buat semua kenalan yang dikasihi, terutamanya:

✨ Para penyimpan emas — kalian adalah insan luar biasa yang telah berkorban kesenangan jangka pendek demi kestabilan kewangan jangka panjang.
✨ Bakal penyimpan emas — moga Aidiladha ini menjadi turning point untuk mula merancang masa depan dengan lebih bijak.

Dalam semangat Hari Raya Korban, marilah kita terus belajar erti berkorban demi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik — baik dari segi kewangan, masa, tenaga mahupun emosi.

🌾 Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf zahir & batin daripada saya,
Rosda Ayu binti Mohamad @ Muda
Dealer Sah Public Gold | PG00457948




“Simpan emas…”(baca dengan nada Yusuf Taiyoob 😌)Bunyi macam kelakar, tapi mesej dia serius.Kenapa ramai yang senyap-seny...
07/06/2025

“Simpan emas…”
(baca dengan nada Yusuf Taiyoob 😌)

Bunyi macam kelakar, tapi mesej dia serius.

Kenapa ramai yang senyap-senyap dah mula simpan emas?
Sebab mereka sedar — duit kertas makin susut nilainya, tapi emas makin kukuh nilainya.

✅Gaji naik sikit je, tapi harga barang? Meroket.
✅ Bonus habis sekelip mata — tapi emas, makin disimpan, makin tenang hati.
✅ Simpan duit dalam bank = mudah cair.
✅ Simpan emas = susah cair, tapi itulah yang menyelamatkan kita dari kebocoran kewangan.

Saya bukan jual mimpi.
Saya bantu anda realistik & sistematik capai simpanan emas pertama.

Tak kisah anda gaji RM1,500 atau RM15,000 — yang penting, mula.

Simpanan pertama boleh serendah RM100 sahaja.
Akaun emas patuh syariah, tiada yuran tahunan, dan boleh diwariskan.

📲 DM saya “SAYA NAK SIMPAN EMAS”, dan saya akan bantu buka akaun serta bagi panduan langkah demi langkah.

📍Portal khas untuk anda:
👉🏻 nakdinar.com/rosda
(klik, baca, & terus boleh mula simpan)







Asbab ibunya buka akaun emas untuknya dan adik beradiknya yang lain, adik ini yang masih di bawah umur 18 tahun actively...
03/04/2025

Asbab ibunya buka akaun emas untuknya dan adik beradiknya yang lain, adik ini yang masih di bawah umur 18 tahun actively menyimpan duit simpanan nya dalam bentuk yang lebih baik iaitu emas berketulenan tinggi.

Memang sejak dari awal, beliau beritahu kepada ibu nya, beliau ingin uruskan sendiri akaun emas. MaashaaAllah tabaarakAllah. Moga matlamat kewangan yang baik tercapai melalui simpanan emas berketulenan tinggi.

Tahniah adik! Dan tahniah ibu dan bapa sekalian!

Pagi tadi ada seorang bapa bertanya, perlu bayar apa-apa tak untuk buka akaun emas? Tidak perlu ya Tuan dan Puan, pendaftaran akaun emas percuma sahaja.

Link di profile bio. Saya bantu sebaiknya.

1 Syawal 1446HTAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM WA AHALAHULLAHU ’ALAIK“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu s...
31/03/2025

1 Syawal 1446H

TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM WA AHALAHULLAHU ’ALAIK

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian, dan semoga Allah menyempurnakannya atasmu.”

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Tuan Puan, sahabat, dan kenalan yang sentiasa menyokong saya.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan Tuan Puan semua. Saya amat menghargainya dan semoga kita terus berjaya bersama, dunia dan akhirat.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan rezeki yang melimpah buat kita semua.

✨ Gemersik takbir mengundang tiba,
✨ Salam diutus tanda ingatan,
✨ Syawal dinanti menjelang tiba,
✨ Tulus kemaafan pohon dihulurkan.

Andai ada tutur kata yang mengguris hati atau khilaf yang tidak disedari, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan.

Salam Aidilfitri 1446H
🤝 Maaf Zahir & Batin 🤲

Ikhlas daripada,
Rosda Ayu Mohamad
Pembimbing Emas Aktif
Dealer Sah Public Gold

Simpanan Emas Untuk Anak👶🏻Sebagai ibu ayah, tentu saja kita nak yang terbaik buat anak-anak terutama tentang masa depan ...
31/03/2025

Simpanan Emas Untuk Anak👶🏻

Sebagai ibu ayah, tentu saja kita nak yang terbaik buat anak-anak terutama tentang masa depan mereka.

Kalau nak tahu, anak-anak pun boleh simpan emas. Ramai ibu ayah dah mula sedar kepentingan menabung emas untuk anak-anak alhamdulillah.

✅Simpanan Emas Akaun Emas Junior boleh dibuka seawal usia.

✅Emas yang ditabungkan adalah emas berketulenan tinggi.

✅Sifat emas, kalis bocor. Dorongan ibu ayah untuk menabung buat anak-anak.

Apabila mereka dewasa nanti, nilai emas yang ditabungkan insyaAllah dapat membantu sebagai dana pelajaran mereka!

Untuk dapatkan info-info tentang Public Gold dan simpanan emas, boleh klik link di bio.🥰

.
03/01/2025

.


07/10/2024

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold by Rosda Ayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold by Rosda Ayu:

Share