Financial Amir Farid

Financial Amir Farid Specialist in Amanah Saham Bumiputera Financing. Direct Bank.

BERAPA AMOUNT YANG SESUAI UNTUK APPLY ASBF? Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan...
30/05/2022

BERAPA AMOUNT YANG SESUAI UNTUK APPLY ASBF?
Berapa amount yang sesuai perlu tengok kepada bajet sendiri. Jumlah simpanan bulanan perlulah ikut kemampuan dan keselesaan sendiri.
Contoh situasi:
1. Abu mampu simpan bulanan RM400. - Apply ASBF 100K (Bulanan RM385)
2. Ali mampu simpan bulanan RM600. - Apply ASBF 150K (Bulanan RM577)
3. Ajib mampu simpan bulanan RM800 - Apply ASBF 200K (Bulanan RM769)
4. Leman mampu simpan bulanan RM200. Tapi ada simpanan cash RM5,000. - Apply ASBF 150K (2 sijil berasingan. Sijil pertama 50k buat compounding, bulanan RM194. Sijil ke2 100k buat rolling dividen. Modal setahun cuma RM4,620) Teknik Hybrid berlaku serentak.
5. Husin tak mampu simpan bulanan sebab komitmen dah tinggi. Tapi ada simpanan cash RM10,000. - Apply A$BF 200k teknik rolling dividen. Modal setahun cuma RM9,228. Setiap orang berbeza situasi dan kemampuan masing-masing. Jadi buatlah pelaburan ikut kemampuan diri sendiri. Jangan ikut orang lain.
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASBF. Untuk khidmat perundingan dan personal coaching ASBF secara PERCUMA, boleh terus wasap ke:

www.wasap.my/60169964030/TeknikASBF2022 www.wasap.my/60169964030/TeknikASBF2022
www.wasap.my/60169964030/TeknikASBF2022

🔺APA ITU FINANCIAL TRIANGLE? 🔺Financial triangle atau segitiga kewangan adalah satu konsep untuk memastikan kita mempuny...
30/05/2022

🔺APA ITU FINANCIAL TRIANGLE? 🔺
Financial triangle atau segitiga kewangan adalah satu konsep untuk memastikan kita mempunyai tahap kewangan yang baik. Terdapat banyak versi financial triangle, tetapi yang ingin saya huraikan di sini adalah asas kewangan bagi rakyat marhaen seperti kita.
Terdapat 3 komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam segitiga kewangan iaitu Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan (Rujuk Gambar). Keutamaan setiap komponen bermula dari komponen yang berada di bahagian bawah segitiga.
✅ Perlindungan
🔴 Perlindungan adalah komponen yang berada di dasar segi tiga kewangan. Perlindungan adalah komponen yang penting kerana jika tapak segitiga tidak kukuh, maka komponen yang berada di atas juga akan terjejas.
🔴 Perlindungan adalah penting untuk melindungi kita daripada pelbagai musibah yang tak diduga seperti;
😵‍💫 Mati terlalu awal
💸 Hilang pendapatan (Sakit kritikal, hilang upaya kekal)
🩺 Masalah kesihatan/kemalangan
🔴 Jika kita tiada perlindungan, kita terpaksa menggunakan komponen di atas iaitu simpanan dan pelaburan untuk menghadapi musibah yang datang.
🔴 Contohnya, kita disahkan menghidap penyakit yang perlu dibedah. Kos pembedahan dan rawatan menelan belanja RM100K.
❓Mahukah kita menghabiskan simpanan yang disimpan bertahun-tahun untuk satu perkara sahaja?
❓Macam mana dengan matlamat kita yang lain?
❓Sudah pasti impian yang lain akan terkubur disebabkan wang simpanan habis digunakan untuk perbelanjaan perubatan sahaja.
🔴 Solutionnya, peruntukkan sebahagian daripada pendapatan kita untuk perlindungan supaya dapat melindungi kekayaan/simpanan yang telah dibina bertahun-tahun.
✅ Simpanan
🔴 Saya percaya ramai yang dah ada simpanan, sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji untuk tujuan kecemasan. Kalau belum ada, kena cepat-cepat mulakan simpanan. Simpanan ini penting untuk matlamat jangka masa pendek dan panjang.
🔴 Antara matlamat simpanan adalah untuk berkahwin, beli rumah, beli kereta, persaraan, pendidikan anak, dana percutian dan lain-lain.
🔴 Platform yang sesuai untuk simpanan adalah ASB, Tabung Haji, Unit Amanah dan ASBF. Platform ini mempunyai risiko yang rendah dan sesuai untuk individu yang tak nak pening-pening kepala untuk melabur.
✅ Pelaburan
🔴 Pelaburan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding simpanan, dan potensi keuntungan juga lebih tinggi. Bagi individu yang sudah lengkap keperluan asas kehidupan, bolehlah mula melabur.
🔴 Pelaburan ini lebih kepada untuk mengandakan kekayaan atau harta yang ada. Jika belum mempuyai simpanan yang cukup, jangan terus melabur kerana takut modal kita terjejas jika pelaburan tersebut gagal.
🔴 Antara platform pelaburan adalah Hartanah, Saham, Emas, dan unit amanah ekuiti. Untuk melabur, pastikan ada ilmu yang cukup. Selok belok pelaburan lebih berliku, jika salah percaturan kita boleh kehilangan modal atau mengalami kerugian.

Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.Pastikan...
30/05/2022

Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB.
Pastikan anda telah muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan dengan aplikasi myASNB, sila layari portal myASNB untuk melakukan urus niaga, melihat baki akaun dan lain-lain.
Teruskan bersama ASNB dan nantikan ciri baharu aplikasi myASNB dalam masa terdekat.
Klik di sini untuk langkah-langkah pendaftaran akaun secara dalam talian: https://youtu.be/a2-GTQgytgQ

" Lama sangat la nak kumpul 200K dalam masa 40 tahun. Saya target umur 50 dah ada cash 200K. Kalau boleh nak buat 20 tah...
30/05/2022

" Lama sangat la nak kumpul 200K dalam masa 40 tahun. Saya target umur 50 dah ada cash 200K. Kalau boleh nak buat 20 tahun je..."
Sebenarnya, kalau ikat tempoh 40 tahun, kita tak perlu tunggu 40 tahun pun untuk dapat 200K. Malah tak sampai 20 tahun pun boleh kumpul simpanan sebanyak 200K.
Contoh pengiraan (berdasarkan dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.):
ASBF 200K
▪️Tempoh maksimum 40 tahun
▪️Bulanan RM775
▪️Game plan Compounding selama 13 tahun.
Selama 13 tahun (156 bulan) simpan setiap bulan RM775. Jangan usik dividen.
Hasil simpanan;
▪️Dividen = RM177,129
▪️Prinsipal (Sijil 200K tolak baki hutang)
200,000 - 162,000 = RM38,000
▪️Jumlah = RM215,129✓
So dalam masa 13 tahun dah boleh kumpul lebih daripada 200K.
Tapi mesti akan ada suara sumbang yang akan cakap "takkan dalam masa 13 tahun tu tak usik dividen langsung?".
Mungkin ada yang usik, mungkin ada yang tak usik. Itu masing-masing punya hal la. Duit sendiri, s**a hati la nak buat macam mana pun.
Cuma yang tak usik dividen, cepatlah kumpul 200K. Yang usik dividen, lambat la sikit. Saya cuma tunjukkan caranya sahaja. Tuan/puan yang perlu ambil tindakan.
Semakin cepat kita bermula, semakin cepat kita dapat capai target simpanan. Semakin banyak duit yang kita simpan setiap bulan, semakin cepat juga dapat capai target simpanan. Jadi simpanlah secepat mungkin dan sebanyak mungkin yang kita mampu. Amalkan konsep simpan dahulu sebelum berbelanja.
Kalau tak mampu buat sijil 200K, boleh start kecil-kecil dulu. Yang penting MULAKAN SIMPANAN✓
📌 Untuk mulakan simpanan Asbf, boleh klik link di bawah. Saya akan guide ikut kemampuan tuan/puan.
wasap.my/60169964030/apply-ASBF
wasap.my/60169964030/apply-ASBF
wasap.my/60169964030/apply-ASBF

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumi...
30/05/2022

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022.
ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta, bersamaan 4.30 sen seunit kepada 481,030 pemegang unit yang kini memiliki 11.96 bilion unit, dan ASM mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta, iaitu bersamaan 4.00 sen seunit kepada 567,904 pemegang unit dengan pegangan 22.09 bilion unit.
Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB bagi kedua-dua dana tersebut telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 31 Mac 2022 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan. Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2022.
Kenyataan akhbar, layari https://asnb.my/KAMac22

Specialist in Amanah Saham Bumiputera Financing
30/05/2022

Specialist in Amanah Saham Bumiputera Financing

Address

Menara Ambank, No 8 Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur
50450

Telephone

+60169964030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Financial Amir Farid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Financial Amir Farid:

Share