Online TV Malaysia

Online TV Malaysia Pihak Online TV Malaysia tidak bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis

Kylian Mbappé memberikan tanda sokongan moral pada Achraf Hakimi selepas tamat permainan FIFA World Cup semi final.
16/12/2022

Kylian Mbappé memberikan tanda sokongan moral pada Achraf Hakimi selepas tamat permainan FIFA World Cup semi final.

Kegilaan Emak-emak zaman sekarang. Emak-emak jangan ikutkan sangat. Ahhh.... sudah...... Admin pun pening tengok hahaha
16/12/2022

Kegilaan Emak-emak zaman sekarang. Emak-emak jangan ikutkan sangat. Ahhh.... sudah...... Admin pun pening tengok hahaha

02/12/2022

Terbaik Shannon dari Papua New Guinea menyanyi lagu dalam bahasa Malaysia dendangan Allahyarhamah Adibah Noor 'Terlalu Istimewa'. Tahniah juga Penganjur Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) yang memartabatkan bahasa Melayu melalui Pertandingan Nyanyian Bahasa Melayu Antarabangsa yang dibuka pada bukan Melayu menyertainya.

APA YG DIMAKSUDKAN DENGAN KERAJAAN PERPADUAN?Maksud kerajaan perpaduanKerajaan perpaduan bermaksud kerajaan yang dibentu...
24/11/2022

APA YG DIMAKSUDKAN DENGAN KERAJAAN PERPADUAN?

Maksud kerajaan perpaduan

Kerajaan perpaduan bermaksud kerajaan yang dibentuk melalui kerjasama parti-parti politik yang berseteru sebelumnya.

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan pembentukan kerajaan perpaduan. Ini termasuk keadaan darurat akibat peperangan, bencana alam atau krisis ekonomi; parti yang memerintah tidak mempunyai sokongan majoriti dan keperluan untuk menangguhkan pilihan raya.

Dalam kerajaan perpaduan, dua atau lebih parti yang tidak sehaluan akan membentuk kerjasama dan menganggotai kerajaan secara bersama.

Contoh kerajaan perpaduan di seluruh dunia

Greece
Pada November 2011, Lucas Papademos, seorang pakar ekonomi dilantik sebagai Perdana Menteri Greece bagi mengeluarkan negara itu dari krisis ekonomi. Antara syarat yang diletakkan Papademos ialah pembentukan kerajaan yang terdiri daripada pemimpin kedua-dua parti politik utama Greece, iaitu New Democracy dan Panhellenic Socialist Movement (PASOK).

Afghanistan
Pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2014 berhadapan kebuntuan apabila dakwaan penipuan menyelubungi kemenangan Ashraf Ghani ke atas Abdullah Abdullah. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan yang akhirnya dipersetujui kedua-dua calon. Asyraf dilantik sebagai Presiden manakala jawatan baharu, Ketua Eksekutif diwujudkan dan diberikan kepada Abdullah.

Israel
Israel antara negara yang kerap menubuhkan kerajaan perpaduan. Sejak 1967, negara itu telah mempunyai 10 kerajaan perpaduan yang dibentuk. Kerajaannya ketika ini, iaitu kerajaan ke-36 atau turut dikenali sebagai Kerajaan Bennet-Lapid dikatakan sebagai kerajaan perpaduan paling rencam yang pernah ditubuhkan di Israel dengan penyertaan parti berhaluan kanan, tengah, kiri dan juga satu parti Islam.

Itali
Kabinet ke-67 Itali yang dikenali sebagai Kabinet Draghi ditubuhkan bagi menghadapi cabaran krisis kesihatan, ekonomi dan sosial akibat penularan wabak Covid-19. Kabinet itu diketuai bekas Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi selepas peletakan jawatan Giuseppe Conte. Kabinet ini disifatkan sebagai Kabinet teknokrat dengan penyertaan ramai teknokrat bebas selain pemimpin dari pelbagai parti politik berbeza haluan.

Kenya
Pada 2008 hingga 2013, Kenya diperintah kerajaan perpaduan kebangsaan yang disertai dua parti seteru, Gerakan Demokratik Oren (ODM) dan Parti Perpaduan Kebangsaan (PNU). Rundingan antara kedua-dua parti berlaku bagi menamatkan krisis politik akibat Pilihan Raya Presiden pada 2007.

Kerajaan perpaduan di Malaysia

Ini bukanlah kali pertama isu kerajaan perpaduan dibangkitkan di Malaysia. Pada 2009, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah bermodelkan kerajaan perpaduan Indonesia semasa pentadbiran Presiden B.J. Habibie.

Menurut Wafdi Auni Mohamed (2019) , model kerajaan perpaduan tanpa pembangkang itu didasari empat perkara, iaitu:

BN yang merupakan gabungan parti politik pemerintah berkongsi kuasa dengan gabungan parti politik pembangkang iaitu PR di peringkat persekutuan.
Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar perlu ditentukan secara politik permuafakatan.
Kedudukan PR dalam kerajaan perpaduan bukan bermaksud berada di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi.

Parti kerajaan dan parti pembangkang akan membentuk pasukan pemerintahan dalam mengurus pentadbiran negara tanpa perlu mengorbankan ideologi parti masing-masing.
Walau bagaimanapun, cadangan kerajaan perpaduan tersebut ditolak, terutamanya oleh rakan PAS dalam PR, iaitu PKR dan DAP.

Pada 2020, disebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim ketika itu turut mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

Ia bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara akibat peristiwa yang dikenali sebagai Langkah Sheraton. Cadangan itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan ahli-ahli Parlimen lain.

Pada November tahun sama, Dr. Mahathir sekali lagi mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi menghadapi pandemik Covid-19. Sekali lagi, cadangan itu tidak mendapat sambutan.

Kali ini, disebabkan tiada gabungan atau parti yang meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sekali lagi diutarakan.
* Kredit to Azmie Bugis - AB

Abang Bomba Hot & Sexy... itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut ramai yang melihat. Rupa-rupanya bukan di Malaysia ...
23/11/2022

Abang Bomba Hot & Sexy... itulah kata-kata yang terkeluar dari mulut ramai yang melihat. Rupa-rupanya bukan di Malaysia sahaja viral tentang Abang Bomba, tapi juga di luar negara hingga figura mereka dijadikan kalender p**a. Yang bestnya, setiap Abang Bomba yang hot dan sexy ini digandingkan dengan kucing-kucing yang Comel.
* Photo Credit to Australian Fire Fighter page.

Pesanan komuniti. Dah pesan dah, masa mengundi tu....kalau hidung gatal, biarkan dulu...kasi tahan dulu hahaha
19/11/2022

Pesanan komuniti. Dah pesan dah, masa mengundi tu....kalau hidung gatal, biarkan dulu...kasi tahan dulu hahaha

KONSERT PERTAMA GEGAR VAGANZA 8 BELUM BERMULA...TAPI DAH ADA 'GEGARAN' Semalam telah keluar kisah di Harian Metro tentan...
21/11/2021

KONSERT PERTAMA GEGAR VAGANZA 8 BELUM BERMULA...TAPI DAH ADA 'GEGARAN'

Semalam telah keluar kisah di Harian Metro tentang seorang Fashion Designer yang merasa kecewa bajunya di tolak. Belumpun bermula Konsert Pertama.... dah mula ada 'gegaran' berlaku. Pereka Fesyen tempatan yang berasal dari Tawau, Sabah telah menarik diri dari menyiapkan pakaian salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke 8. Ianya gara-gara insiden semasa Sidang Media yang telah berlangsung baru-baru ini. Kerana insiden tersebut, beliau telah merasa kecil hati dan terkilan.

Menurut Kos Serani, sepatutnya dia menjadi Pereka Fesyen sepanjang Artis berkenaan berada di Pentas mingguan GV8 termasuklah untuk Majlis Sidang Media. Tetapi Kos Serani merasa kesal kerana baju rekaannya telah ditolak oleh pihak produksi kata pengurus Artis tersebut sedangkan Jaket rekaannya itu adalah Leather Jacket sesuai dengan genre Artis tersebut dan mengikuti tema Black & Pink yang telah diumumkan pada semua sebelum itu.

Apa yang beliau kesalkan adalah kerana beliau telah mengeluarkan modal besar untuk membeli material iaitu Leather dan Aksesori untuk Jaket tersebut. Beliau juga mendakwa bersengkang mata dan hanya tidur sejam sahaja pada malam sebelum Sidang Media demi untuk menyiapkan 'final touch up' Jaket berwarna Black & Pink tersebut.

Yang beliau lebih kesalkan adalah kerana tiada alasan kukuh mengapa baju rekaan beliau di tolak sedangkan tiada siaran langsung dan hanya sekadar Sidang Media, sedangkan konsep baju seperti itu pernah keluar secara langsung di TV3 semasa ABPBH kump**an VIP mengiringi persembahan Datuk Sri Siti Nurhaliza membuat persembahan dan juga semasa Anugerah AIM Astro siarkan secara langsung dimana kump**an Prince Of Pop ( Pop ) tercalon sebagai TOP 5 mengenakan pakaian seperti itu.


29/07/2021

KEHADIRAN RATUSAN WARGA ASING DI PVV KLCC MEMBUAT WARGA KOTA RESAH.
Kehadiran ratusan warga asing hari ini berbaris panjang untuk mrndapatkan Vaksin di PPV KLCC meresahkan warga tempatan sekitar Kuala Lumpur. Kelihatan juga tiada penjarakan sosial membimbangkan akan terjadi kluster baru atau penambahan kes p**a nanti.

CHINA SEMAKIN GALAK MENDUDUKI PULAU SPRATLY YANG 540 KM DARI PANTAI SABAH? Pulau Spratly yang lebih dekat dengan Malaysi...
16/06/2021

CHINA SEMAKIN GALAK MENDUDUKI PULAU SPRATLY YANG 540 KM DARI PANTAI SABAH?

Pulau Spratly yang lebih dekat dengan Malaysia ( Sabah ) dan Filipina bukan sahaja menjadi rebuatan kedua negara... tetapi juga negara China dan Vietnam. Kep**auan spratly atau Gugusan Semarang Peninjau merupakan sebuah kump**an kep**auan yang terdiri daripada 750 Terumbu ( Shaol ), Palil ( Islet ) dan Atol. Ianya adalah p**au karang yang terletak di Laut Cina Selatan. Kep**auan ini terletak di kawasan perairan di Malaysia ( Sabah ) dan Filipina. Pulau ini berjeluasan kurang dari 4 kilometer ataupun lebih kurang 200 hektar bersamaan 490 ekar.

Tiap tahun ada saja fesyen baju Raya yang pelik dan mengarut. Siapalah nak pegi beraya pakai Kurta dengan seluar pendek?
12/04/2021

Tiap tahun ada saja fesyen baju Raya yang pelik dan mengarut. Siapalah nak pegi beraya pakai Kurta dengan seluar pendek?

03/01/2021

Demi Madu. Memang benar khasiat Madu sangat baik dari segi kesihatan dan perubatan, tapi adakah cara lain....selain memusnahkan sarang mereka? Apa perasaan kita jika rumah kita dan makanan yang kita kumpulkan untuk keperluan kita dimusnahkan dan dirampas? Fikir-fikirkanlah. Credit to BeutyMag Tips
https://www.facebook.com/713458685421106/posts/3159457120821238/

Address

Kuala Lumpur
50050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Online TV Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share