17/08/2017
Jam 11pg tadi, si ayah mesej WhatsApp. "Anak saya demam dan cirit-birit, kalau admission boleh pakai GL?"
Saya baru sahaja balik dari sekolah isteri, keretanya breakdown. Terus rasa berdebar-debar, rasanya polisi anaknya masih baru. Buka handphone dan semak detail polisi dan bayaran, polisinya cun-cun baru lepas 90 hari, dan bayaran pun okay.
"AIA bilik Prince Court berapa semalam?", tanya si ayah. Wah, hospital paling elit terus! Saya sangkakan nak ke KPJ Kajang sahaja dulu, sebab beliau tinggal di Kajang.
Saya terus membuka AIA Locator app, mencari nama dan contact number hospital dan menelefon terus ke sana. Kadar standard hospital itu adalah RM280 sehari, alhamdulillah untuk pelanggan AIA kadarnya RM180 shj. Tambahan lagi, deposit RM3000 untuk pemegang kad insuran biasa lain juga tidak diperlukan!
Selesai solat zohor, saya bergegas ke hospital. Seboleh mungkin, saya sendiri akan cuba membantu menguruskan kemasukan pelanggan ke hospital. Walaupun sebenarnya agen tidak perlu hadir kerana sistem online dan berkomputer, tetapi saya rasa kehadiran saya sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan pelanggan berkenaan proses memohon GL.
Sampai di bahagian kecemasan, adik Adi sedang menunggu giliran melalukan ujian darah. 2 jam menunggu, akhirnya disahkan ada bakteria di dalam darah beliau. Tanpa membuang masa, pihak hospital terus memulakan proses memohon GL untuk kemasukan.
Apabila nurse tengok kad perubatan masih sangat baru, beliau sendiri teragak-agak. Namun alhamdulillah, selepas tidak berapa lama, GL diluluskan. Betapa leganya saya.
Pelanggan baru membayar sumbangan bulanan berjumlah RM300+, sudah layak menggunakan perkhidmatan hospital terbaik di Malaysia ini. Setaraf hotel. Buka langsir, nampak KLCC! Yang paling utama, had tahunan RM1.5juta Insya-Allah mencukupi untuk menampung keperluan perubatan beliau sehingga dewasa kelak.
Memandu balik ke Bangi senyum sepanjang jalan. Seronok betul 😁
====================================================
Saya seorang agen takaful sepenuh masa. Misi saya adalah untuk memastikan setiap pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik dan memudahkan segala urusan mereka. Saya akan menguruskan daripada A hingga Z segala keperluan mereka.
Inilah yang membezakan saya daripada ribuan agen takaful lain. Pelanggan saya mendapat seorang agen yang penuh dedikasi!
Hubungi saya untuk mengenal saya dengan lebih lanjut.
Muhd Aizuddin Yusoff
013-2516678
Bangi
AIA Public Takaful