04/06/2022
Kenderaan PUSAKA
Apa akan jadi pada kereta/motor yang ditinggalkan oleh si mati?
Akan berlaku beberapa situasi bergantung kepada fakta kes, secara ringkasnya sebagaimana berikut;
1. Jika si mati ada ambil insuran auto life, maka baki pinjaman sewa beli akan dilunaskan oleh pihak insuran kepada bank. Kereta akan jadi harta pusaka bebas hutang. Ini jarang berlaku sebab ramai yang tidak ambil auto life. Sebab kerajaan pun tidak wajibkan, macam biasa, ramai orang buat tidak tahu sahaja. Tidak seperti rumah yang mana pinjaman akan datang serentak dengan pakej mrta atau mrtt.
2. Jika si mati tidak ambil auto life dan masih meninggalkan baki pinjaman, maka kereta tersebut adalah harta yang bercampur antara aset dan hutang. Jika nilai kereta melebihi nilai hutang, nilai yang lebih itu adalah aset pusaka. Jika nilai hutang lebih tinggi dari nilai kereta, maka kereta itu adalah liabiliti.
Ini yang banyak berlaku. Waris si mati ada beberapa pilihan sama ada melunaskan hutang si mati dan membayar hak waris lain atas kereta tersebut supaya kereta tersebut menjadi milik waris yang inginkannya. Jika ada waris bawah umur, maka wang tebusan tadi hendaklah disimpan oleh wali mal (penjaga harta) bagi kanak-kanak tersebut.
Jika waris tidak mampu untuk membayar tunai baki hutang, ini yang biasa berlaku, mana hendak cari wang sedepuk, maka waris boleh sama ada sambung bayar ansuran bulanan tanpa menghiraukan tentang nama arwah pada geran kereta.
Selalunya waris lain yang ada hak buat tidak kisah sebab diaorang tidak menggunakan kereta dan tidak bayar bulanan pun kereta tu.
Cuma, masalah akan berlaku tentang isu cukai jalan yang mana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya membenarkan pembaharuan cukai jalan selama tidak lebih 5 tahun, dan pembaharuan hanyalah untuk setiap 6 bulan. Inilah yang selalu berlaku sehingga kereta jadi besi buruk.
Jika waris hendak bayar bulanan pun tidak mampu, bank akan tarik balik kereta dan lelong. Jika ada baki hasil lelongan, itulah harta pusaka yang akan diserahkan kepada pentadbir si mati. Jika ada lagi baki hutang kerana lelongan yang murah, ia menjadi liabiliti si mati yang mana pentadbir kena lunaskan dari aset pusaka yang lain.
3. Kereta memang sudah habis bayar bank dan bebas hutang. Ini adalah aset harta pusaka. Selalunya akan ada waris yang menebus hak waris yang lain. Atau dijual kepada pihak ketiga dan sebagainya. Ini memerlukan rundingan sebab tidak mungkin kereta sebuah hendak dikerat-kerat sebab hendak dibahagi ikut faraid p**a.
Ada juga waris yang tidak masukkan kereta yang sudah habis bayar ini dalam senarai aset menjadikannya tidak boleh dibuat pindahmilik. Ini satu kecuaian yang perlu dielak.
CnP dari Ahmad Termizi Abdullah
Petikan dari buku
Soal Jawab Pusaka (Siri II)
www.pustakamizi.com
p.s: Gambar sekadar hiasan