My Takaful Awareness

My Takaful Awareness Jangan malu-malu roger untuk HIBAH, MEDICAL CARD & INCOME REPLACEMENT ya

04/09/2022
Assalamualaikum.Coretan untuk kaum isteri dan juga suami.Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin ber...
29/12/2019

Assalamualaikum.

Coretan untuk kaum isteri dan juga suami.

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dan lain-lain.
Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)

Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. Wang tidak boleh diambil, tanah tak boleh ditukar milik.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan no kad pengenalan anak-anak. Dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta2 yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang telah meninggal akan lebih susah jika hutang dan harta tidak diurus dengan segera”.

Jika kita benar sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bln shj. Kalau lewat, hangusss)

Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk pewaris.

7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH dan IHDAD.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. Isteri hanya berhak 1/8 sahaja harta pusaka. Selebihnya milik anak, mak ayah lelaki dan penerima yang lain.

PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan takaful HIBAH untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan hibah boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*.

Wang hibah tidak tertakluk kepada faraid. Waris lain TIDAK BERHAK menuntut wang hibah. Adanya wang hibah, bolehlah isteri selesaikan tuntutan faraid dan menguruskan proses 'mencairkan' harta pusaka suami.

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Kredit: Solah Hiyah Mohd Idris

-----------------
-----------------
Persoalannya:

1. Buat para suami, apa jaminan orang lain boleh menjaga kebajikan anak isteri anda selepas menerima harta pusaka anda?

2. Buat para isteri, cukupkah anda meneruskan hidup dengan anak² dgn hanya 1/8 sahaja harta tinggalan suami?

Cadangan:

1. Jika masih hidup, hibahkanlah harta² yang ada. Dengan syarat harta itu mutlak milik anda, bukan milik bank.

2. Buat hibah takaful. Letak isteri sebagai penerima wang hibah. Duit hibah sangat membantu isteri yang dalam kesusahan kerana nilai 12.5% sangat sedikit, lagi² selepas ditolak hutang.

Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat.

Sebab 2 sapa yg ada ambil apa2 polisi digalakkan review polisi ngan ejen.... Tp kebanyakan org yg d ajak jumpa utk revie...
23/12/2019

Sebab 2 sapa yg ada ambil apa2 polisi digalakkan review polisi ngan ejen.... Tp kebanyakan org yg d ajak jumpa utk review polisi, mesti bg b*k alasan & tak nak ambil tahu pun, sebab drg rasa medikal kad yg drg ada dah ckup, 🤭

Khas untuk yang bergelar ISTERI.1. Kalau arwah suami ada tinggalkan RUMAH berharga RM300,000, bahagian anda sebagai BALU...
21/12/2019

Khas untuk yang bergelar ISTERI.

1. Kalau arwah suami ada tinggalkan RUMAH berharga RM300,000, bahagian anda sebagai BALU hanyalah RM37,500

2. Kalau arwah suami ada meninggalkan TANAH berharga RM250,000 bahagian anda sebagai BALU hanyalah RM31,250

3. Kalau arwah suami ada tinggalkan SIMPANAN RM200,000 bahagian anda sebagai BALU hanyalah RM25,000

Jika anda tidak tahu, now anda sudah tahu. Bukan cukup tak cukup yang jadi persoalan, faraid itu hukum Allah dan hukum Allah itu adil.

Tapi prosesnya agak makan masa yang panjang. Anda perlu duit yang segera untuk teruskan kehidupan anda dan anak2.

Ditambah lagi jika anda tidak bekerja dan mempunyai anak-anak yang masih kecil.

ADA JALAN PENYELESAIANNYA.

Iaitu dengan mengambil HIBAH TAKAFUL.

Kerana :

1. Jika arwah suami hibahkan RM500,000 kepada anda secara automatik RM500,000 menjadi milik anda.

2. Jika arwah suami hibahkan RM350,000 kepada anda secara automatik RM350,000 menjadi milik anda.

3. Jika arwah suami hibahkan RM2,000,000 kepada anda secara automatik RM2,000,000 menjadi milik anda.

Kerana HIBAH itu HADIAH.

Dan prosesnya mengambil masa 2 minggu ke sebulan.

Dengan PAMPASAN sebanyak itu Insyallah dapat membantu anda dan anak-anak anda meneruskan kehidupan yang akan datang jika ditakdirkan ketua keluarga ditimpa musibah.

Jangan bimbang.

Hibah takaful tidak boleh ditentang oleh siapa2 pon walaupun ada yang cuba drag ke mahkamah.

Credit to Rara Rich Rahimah Abbas



Dikala kita memerlukan,  xde siapa akan sudi hulur bantuan settle bil hospital kecuali insurans, klo pg gov,  x tau bape...
20/12/2019

Dikala kita memerlukan, xde siapa akan sudi hulur bantuan settle bil hospital kecuali insurans, klo pg gov, x tau bape lama blh settle, bkn nk kondem gov, tapi utk yg urgent x urgent mcm ni la yg kita selalu fikirkan...

Alhamdulillah. client momy yg eksiden motor ( kereta langgar ) semalam dah discaj hari ni. syukur ade medical card. luka2 kaki tgn bdn lepas jatuh terus dibawa ke private hosp, cepat je urusan tanpa perlu menunggu lama utk dirawat oleh petugas dn doctor.

Gws adik client❤️

Credit to Darlynn Wafique

20/12/2019

Seru dan terbuka hati manusia nak ambil Takaful ni berbeza-beza. Sebab musabab yang biasa ada yang pelik pun ada. Salah satu contoh kenapa terbuka hati:

"Aku decide nak ambil ni bukan sebab aku dah sakit. Aku sihat. Cerita dia sebab kawan aku dulu agent jugak. Puas dia approach aku tak amik-amik. Sebab dia asik cite pasal mati. Aku rimas. Sekali dia yang meninggal weh. Aku terkesan sebab mak dia dapat pampasan banyak gila. So aku tahu yang dia tak menipu aku. Sebab tu je lah. Berapa bulan-bulan?"

Sekian.

Credit to Adzren Adnan

Ketika diri sudah tidak mampu bekerja lagi, tiada majikan yang masih sudi untuk memberikan anda gaji untuk meneruskan hi...
06/11/2019

Ketika diri sudah tidak mampu bekerja lagi, tiada majikan yang masih sudi untuk memberikan anda gaji untuk meneruskan hidup.

Kita terlalu bangga menolak ejen2 Takaful dengan mengatakan " company cover " satu family. Tapi kita lupa bahawa " company x cover " gaji kita.

Perkataan " KALAU " sudah terlalu sinonim dengan orang Melayu. Sudah terhantuk baru terngadah.

SAYANGI dan LINDUNGI GAJI ANDA

FREE consultation,
Mai
http://wasap.my/+60189187489



Credit to Darlynn Wafique

Untuk wanita2 yang s**a sangat bershopinggg xabis2 sampai medical card pon xde, dan memanjang  nak beli medical card nak...
30/10/2019

Untuk wanita2 yang s**a sangat bershopinggg xabis2 sampai medical card pon xde, dan memanjang nak beli medical card nak tanya laki, yang last nya menyusahkan korang balik tu.... Wahai wanita , baiklah xpayah fikir panjang2 .. Organ dalaman kita lain , otak dan pemikiran lagi lah lainnnnn 😘 kasar ckit pesanan arini😜

Mari Pm saya, kita mengopi sambil2 share idea untuk diri kita sendiri 😁😁😁

Credit to Fenny Riyani

FREE consultation,
Mai
http://wasap.my/+60189187489

Takaful yg kita carum ni kan konsep tolong menolong. Means portion yg kita bayar tu akan ada yg dikira sebagai caj pengu...
23/10/2019

Takaful yg kita carum ni kan konsep tolong menolong. Means portion yg kita bayar tu akan ada yg dikira sebagai caj pengurusan dan selebihnya masuk dana tabarru.

Dana tabarru’ ni yg digunakan utk bayar claim hospital dan pampasan.

Setiap tahun, prubsn akan kira balik drpd collection tabarru tu, lepas bayar semua bil hospital dan pampasan, bila ada lebih akan dipulangkan balik kepada setiap peserta takaful.

Saya tinggalkan kawan nak masuk ke McD, katanya ada barang nak diambil dari kawannya yang makan di situ. Jalan di situ k...
16/10/2019

Saya tinggalkan kawan nak masuk ke McD, katanya ada barang nak diambil dari kawannya yang makan di situ. Jalan di situ kecil dan saya pun terus sahaja meluru untuk masuk ke kawasan parking.

Elok sahaja di tengah-tengah perjalanan, ada sebuah kereta masuk dari arah depan dan menghon saya suruh saya berundur, sedang di belakang ada 2 kereta lagi mengikuti saya.

Dia keluarkan tangan dan lambai cara menghalau, suruh undur. Saya pun buat benda sama suruh dia undur kerana dia sebuah sahaja manakala kami ada 3 kereta bersusun.

Dia keluar dari kereta dan marah saya. Cakap “undurlaaaahhh! Bodohlah bawa kereta besar perangai macam babi!” Saya tergamam.

Saya pun masuk gear undur dan syukur sangat kereta lain ikut undur. Ikutkan jalan itu 2 hala, namun orang parking kiri kanan menyebabkan hanya 1 kenderaan sahaja boleh lalu pada satu-satu masa,

Kami semua berjaya undur dan wanita itu menunjukkan jari tengah apabila berjaya lalu di situ. Saya marah sendirian. Masuk parking dan terlepas cakap “semoga orang begini lekas-lekaslah mati azab kena langgar ke, kena panah petir ke.”

Kawan saya call dan tanya saya di mana saya pun beritahu saya diparking. Kami teruskan perjalanan dan cerita itu habis begitu sahaja namun setiap pagi lalu McD nak pergi ke office, saya pasti akan teringat kisah itu dan masih mendoakan wanita itu yang buruk-buruk.

Selang beberapa minggu, saya duk perhati jualan kami tak cantik. Di office tegang sesaja. Kalau di rumah, ada sahaja benda tak best.

Saya tak tahu apa punca, ramai orang kata cek solat, cek sedekah, cek emak ayah, cek keluarga, cek kebaikan, cek hati. Saya duk termenung apa bendalah yang tak ok kali ini.

Sampailah itu hari pergi makan kedai, jumpa owner sebuah restoran. Rupanya beliau follower tegar saya. Beliau minta izin nak duduk sekali memandangkan saya sedang makan seorang diri.

Saya tanya beliau sales berapa dalam sehari, katanya boleh dapat RM11-13k. Bergantung juga tengok waktu. Time gaji boleh dapat sebanyak itu. Kalau tak, dalam RM4k-RM7k.

Saya ternganga. Bestnya ada restoran yang sentiasa orang datang. Dia cakap,

“Setiap hari, maafkan semua orang Encik Khairul. Konsep mengampunkan orang ini, walau kita betul, walau kita tak salah, walau kita kena dera, walau kita kena khianat, walau kita kena teruk dengan berbagai hal, adalah konsep ketenangan ya membawa kepada banyaknya rezeki.

Contoh mudah, saya pernah kena sihir. Hanya sebab saya berhentikan dia kerja kerana dia mencuri.

Saya tak boleh bangun 2 minggu, macam-macam benda keluar dari badan, kedai saya busuk, hancing, badan saya busuk, kerja tak boleh, bergaduh sana sini, partner saya pasang cctv, dapat tengok jelas budak ini setiap hari without miss dia akan kencing depan dan belakang kedai, kemudian akan gantung kain yang dibuat macam tali di pili depan dan belakang.

Kami pernah tertanya kain apa halus yang diikat begitu. Semua tak tahu. Apabila jadi sakit berpanjangan, berubat, baru tahu kena sihir.

Saya fokus berubat. Semua orang nasihat kasi sihat dulu baru bisnes.

Namun dalam hati dendam sangat kuat. Walau dah sihat, orang itu pun dah tak ada apabila kami buat report polis dan pasang alarm serta lampu yang ada sensor, dia dah tak buat, hati saya tak keruan selagi orang ini tak kena bala dari Allah.

Sales teruk, orang makin kurang, kerap sangat bergaduh dengan staff, sampai ke tahap chef-chef lari. Dekat rumah, ada ja benda tak kena. Salah sana salah sini.

Satu hari, partner saya cakap, “bersihkan hati kau. Kau banyak dendam sangat. Tu semua menjauhkan rezeki. Macam mana Allah nak bagi kita lebih kalau kita tak boleh nak maafkan orang.

Kau betul, kau baik, namun kau kena maafkan. Bab dia jahat, dia celaka, Allah akan sediakan bala serta hukuman untuk dia. Kau tak payah fikir benda itu, itu Allah dah ada janji-janjinya.”

Dan akhirnya saya pun bangun malam, solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat dan solat hajat supaya segala gelisah, semua benda dendam serta kesumat itu Allah hilangkan dalam hati. Serta terus memaafkan segalanya.

Rupanya saya sendiri jadi tenang. Pergi kerja, okey. Urus restoran, okey. Customer datang, okey. Keluarga pun semakin okey.

Sekarang, inilah! Alhamdulillah!”

Saya angguk sahaja. Habis makan, saya bayar, bersalam dan beredar.

Saya duk fikir apa benda dendam tak selesai sampai susahnya saya nak buat sales. Sampailah esok pagi saya lalu di tepi McD, baru saya ingat inilah dia.

Saya masih terbayang wajah wanita yang marah dan angkat jari tengah tersebut.

Pagi itu, saya tekad, masuk pejabat, duduk atas kerusi diam-diam, pejam mata dan cakap saya dah maafkan dia. Saya cakap juga dalam hati semoga dia mendapat keampunan dari Allah.

Masa solat zohor, saya buat ikut apa yang abang itu cakap, solat hajat supaya Allah bantu tenangkan hati.

Dan sungguh memang berjaya.

Hasilnya, semasa ebook Personal Branding dan Penulisan Viral keluar, kami 8 orang buat sales, dan saya bukanlah orang yang paling ramai follower yang ada. Namun Allah bantu saya untuk dapat jadi nombor 1 dalam challenge tersebut. Sales 5 hari adalah yang diluar jangka.

Syukur sangat.

***

Sungguhlah kawan-kawan,

Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita rasa tak sepatutnya. Lalu hati kita bertitik hitam hanya kerana nak sangat bencana datang kepada orang itu sedangkan kalau benar kita baik, kita akan doakan kebaikan untuk dia.

Kita takkan jadi sama macam dia kalau kita bertindak baik.

Dan itu antara punca bagaimana kita nak dapat ketenangan. Aura itu bermula dari hati. Dibawa ke wajah dan perlakuan kita semua.

Lalu Allah menyapa dengan angin, hujan, panas dan banyaknya makhluk yang membawa kebaikan kita itu naik ke langit.

Ia untuk dicurahkan rezeki atau dihantar kesusahan kepada kita. Rupanya, kita yang pilih semua itu sama ada sedar atau tidak.

Sudah tersentak, ubahlah. Untuk diri, untuk semua yang tersayang di sisi.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Mari merdekakan diri dari dendam.

Address

G-29, Block A, Ground Floor, Damansara Intan, No. 1, Jalan SS20/27
Kuala Lumpur
52100

Telephone

+60189187489

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Takaful Awareness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to My Takaful Awareness:

Share