01/02/2023
BAHAYA PELABURAN
Elakkan melabur dengan syarikat yang dikategorikan di bawah:
1. Practice Note 17 (PN17)
PN17 merupakan peraturan ketat yang dikenakan oleh Bursa Malaysia terhadap syarikat-syarikat yang didagangkan di Main market (pasaran utama) yang mempunyai masalah daripada segi kewangan serta berisiko tinggi untuk delisted iaitu terkeluar dari Bursa Malaysia
2. Guidance Note 3 (GN3)
GN3 juga sama seperti PN17 namun ianya adalah peraturan untuk syarikat-syarikat yang didagangkan di dalam Ace Market. Syarikat ini kebanyakannya berada dalam keadaan financial loss atau masalah kewangan.
Tekan link ini untuk lihat senarai terkini syarikat PN17 dan GN3 - https://lnkd.in/g9EP8RdB
Ada banyak kriteria yang Bursa akan lihat dan analisis sebelum mengumumkan syarikat-syarikat ini berada dalam kategori PN17 atau GN3. Syarikat-syarikat ini mesti memberikan regularization plan kepada Bursa sebagai langkah risk mitigation. Jadi sebagai pelabur kita perlu tahu yang syarikat ini mempunyai risiko tinggi dan jika tidak bernasib baik, apabila syarikat tersebut delisted, duit saham yang kita beli pun akan burn jika kita belum sempat jual.
Jadilah pelabur yang bijak yang membeli saham syarikat yang mempunyai asas fundamental yang kukuh. Semak dan lihat financial statement syarikat sebelum anda membeli.
Hope this little info helps π