Koperasi Islah Malaysia Berhad

Call Directions Website Contact the business

Koperasi Islah Malaysia Berhad Koperasi Islah Malaysia Berhad telah diluluskan pendaftarannya pada 21 Januari 1994 di bawah Suruhan

📢 KIMB BERSAMA HIMMAH ‘26!Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera!Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) akan turut se...
31/10/2026

📢 KIMB BERSAMA HIMMAH ‘26!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera!

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) akan turut serta membuka booth sempena Program himmah IKRAM Muda ‘26.

📅 Tarikh: Sabtu, 31 Oktober 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang
📍 Lokasi: Dynasty Hotel, Kuala Lumpur

Kami menantikan kehadiran anda!

’26 KoperasiPilihan

🏓 KIMB MENYERTAI PERTANDINGAN PICKLEBALL ANJURAN SKM WILAYAH PERSEKUTUANAlhamdulillah, Koperasi Islah Malaysia Berhad (K...
27/10/2026

🏓 KIMB MENYERTAI PERTANDINGAN PICKLEBALL ANJURAN SKM WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) berbesar hati menerima jemputan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan untuk menyertai pertandingan pickleball yang berlangsung di Arena Pickleball Temerloh.

KIMB diwakili oleh tiga orang peserta, iaitu:

🔹 Muhammad Fikri bin Ahmad – Pengerusi KIMB
🔹 Farhan – Wakil warga kerja KIMB
🔹 Haziq – Wakil warga kerja KIMB

Pertandingan ini turut disertai oleh 4 wakil iaitu dari:

🏆 SKM Pahang
🏆 SKM Wilayah Persekutuan
🏆 SKM Ibu Pejabat (HQ)
🏆 KOSITE – Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh Berhad

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SKM Wilayah Persekutuan atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada KIMB untuk turut serta dalam program ini.

KIMB — Teman Muamalat Anda. 💙💛

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT KIMB SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGORAssalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan b...
24/10/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT KIMB SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN SELANGOR

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan bahawa pejabat Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) akan ditutup pada Isnin, 26 Oktober 2026, sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

📌 Maklumat penutupan pejabat:
📅 (Isnin) 26 Oktober 2026

Pejabat KIMB akan beroperasi semula seperti biasa pada
27 Oktober 2026.

Dalam kesempatan ini, KIMB mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta mengurniakan pemerintahan yang terus cemerlang, adil dan diberkati demi kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Sembah takzim daripada seluruh warga KIMB. 💛❤️

5-8 Oktober 2026 I Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah menghadiri IBINA Melaka, sebuah program yang berlangsung ...
23/10/2026

5-8 Oktober 2026 I Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah menghadiri IBINA Melaka, sebuah program yang berlangsung selama empat hari dan telah menghimpunkan usahawan dari seluruh Asia Tenggara.

Turut hadir ke program tersebut ialah Pengerusi KIMB, Encik Muhammad Fikri, bersama dua Anggota Lembaga KIMB, iaitu Dr. Ahmad Zainuddin dan Encik Abdul Halim, serta Pengurus Kanan KIMB, Encik Zainal Abid.

Program anjuran UPE dengan kerjasama APECX ini menjadi platform bagi KIMB untuk memperkukuh jaringan strategik di peringkat antarabangsa serta bertukar pandangan dengan usahawan daripada pelbagai industri.

Sepanjang program, para peserta turut mengikuti sesi latihan bersama jurulatih perniagaan yang membincangkan strategi, perancangan serta pelbagai pendekatan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan daya saing usahawan.

Diharapkan ilmu, pengalaman dan jaringan yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk terus memperkasa KIMB serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

02/10/2026

Korang rasa penting ke tak spend untuk takaful atau hospital kerajaan pun dah okay?

SOCIAL MEDIA CONTENT TRAININGKoperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah menjemput Encik Aqil J sebagai trainer bagi ses...
01/10/2026

SOCIAL MEDIA CONTENT TRAINING

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah menjemput Encik Aqil J sebagai trainer bagi sesi Social Media Content Training yang telah diadakan pada 23 September 2026.

Menariknya, Encik Aqil J juga merupakan anggota KIMB sendiri. Beliau ialah seorang Content Creator dengan lebih 270K pengikut dan 8.5 juta likes di media sosial, serta merupakan pengasas dan Content Strategist bagi Candraloka Creative Agency.

Melalui sesi ini, KIMB berpeluang mempelajari pelbagai ilmu baharu dalam menghasilkan kandungan yang lebih kreatif dan menarik. Antaranya termasuk 4 elemen penting dalam konten yang diperlukan untuk menjadikan kandungannya lebih ke hadapan dan KING! 👑
1. Strong Existence
2. Consistency
3. Editing
4. Content Structure

Turut diadakan sesi audit konten media sosial KIMB yang sedia ada bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dan strategi yang boleh diketengahkan.

Terima kasih kepada Encik Aqil J atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat! 🙌🏻 KIMB akan terus komited menambah baik konten dan memastikan setiap perkongsian selari dengan keperluan dan trend semasa.

Berminat untuk buat sesi training bersama KIMB? PM kami sekarang!

  ke Seminar Pembekalan Bahan Binaan & Barangan HardwareKoperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) berkesempatan menghadiri S...
28/09/2026

ke Seminar Pembekalan Bahan Binaan & Barangan Hardware

Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) berkesempatan menghadiri Seminar yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pada 11 & 12 September 2026.

Seminar ini menerangkan inisiatif kerjasama antara ANGKASA dan Koperasi Puncak Menara Malaysia Berhad (KPMMB) dalam memperkukuhkan peluang perniagaan serta akses pembiayaan dan pembekalan kepada koperasi.

Antara perkongsian utama termasuk model Revolving Fund RM2.5 juta, kemudahan pembelian secara kredit, pengurusan pembekalan dan logistik, serta peluang koperasi untuk terlibat dalam projek-projek pembinaan berskala lebih besar.

Turut dikongsikan pada hari kedua ialah panduan pembelian bersama KPMMB serta proses mendapatkan Sijil dan Kad Hijau CIDB bagi kontraktor dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM).

KIMB komited untuk terus meneroka dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu yang berpotensi untuk dikembangkan demi memperkukuh perkhidmatan serta manfaat kepada anggota.

💡 Ada peluang atau idea bisnes yang anda rasa sesuai untuk KIMB terokai?

📩 Komen atau Hubungi KIMB hari ini. Mana tahu, idea anda boleh menjadi peluang baharu untuk kita bangunkan bersama!

KIMB TERUS MEMANTAU PERKEMBANGAN PELABURAN & PERNIAGAAN17 Ogos 2026  I Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah menga...
24/09/2026

KIMB TERUS MEMANTAU PERKEMBANGAN PELABURAN & PERNIAGAAN

17 Ogos 2026 I Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) telah mengadakan pertemuan bersama BAV, diketuai oleh pengasasnya, En. Seleman, bersama Dr. Zamri dan CEO - Pn. Shazreena.

Turut dihadiri oleh barisan KIMB yang terdiri daripada Dr. Ahmad dan En. Marwan selaku Anggota Lembaga serta pasukan operasi, En. Zainal Abid dan Haziiq.

Ini merupakan pertemuan penting bagi meneliti perkembangan semasa BAV susulan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) pada November 2025. Sesi ini merupakan usaha KIMB dalam memantau perkembangan pelaburan dan perniagaan demi manfaat anggota.

BAV telah memulakan jualan di dalam negara dan antara kliennya ialah FELDA. Kini, BAV berada dalam fasa pengujian dan mendapatkan kelulusan untuk pasaran luar negara. Fokus utama diberikan kepada Indonesia memandangkan iklimnya yang paling hampir dengan Malaysia. InsyaAllah, jika tiada aral, jualan di Indonesia dijangka bermula pada suku pertama (Q1) 2027.

MEMPERKASA JARINGAN ANTARABANGSA MELALUI SINERGI STRATEGIK 13 September 2026| Koperasi Ibnu Affan (KIA) telah menganjurk...
22/09/2026

MEMPERKASA JARINGAN ANTARABANGSA MELALUI SINERGI STRATEGIK

13 September 2026
| Koperasi Ibnu Affan (KIA) telah menganjurkan satu sesi bersama anggotanya yang turut membuka ruang kerjasama strategik antara *KIMB, BerryPay dan KIA* di Restoran Wan Suraya, Kampung Baru.

Dalam sesi ini, KIMB bersama Berrypay berkesempatan membantu hampir *30 orang profesional Thailand yang bekerja di Kuala Lumpur*, khususnya dalam bidang IT Support dan Customer Service, untuk SignUP serta memahami penggunaan *BerryPay App*.

Para peserta turut dibimbing mengenai penggunaan aplikasi serta digalakkan menggunakan *Referral Code KIMB – KIMB01* sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan jaringan dan manfaat bersama.

KIMB diwakili oleh *Hj Badrul Selaku ALK dan En Zainal Abid Pengurus Kanan KIMB*, manakala BerryPay diwakili oleh *En. Azrin, GCEO - En. Suhaimi, Managing Partner dan Pn. Ikma - Business Consultant*.

Turut hadir mewakili KIA ialah *Dr. Rashid Chema, Ust. Maslan Tayata, Dr. Ghazali serta seluruh pasukan KIA*.

Semoga jaringan antarabangsa ini terus diperkasa dan diperluaskan melalui *sinergi serta kerjasama yang kukuh*, demi membuka lebih banyak peluang dan manfaat bersama pada masa akan datang.

🤝 *JOM DOWNLOAD BERRYPAY APPS DENGAN MENGGUNAKAN KOD : KIMB01*

KerjasamaKoperasi JaringanAntarabangsa KIMB01

KIMB TEROKAI PELUANG KERJASAMA BERSAMA GULA CAKERYKIMB terus melangkah aktif meneroka peluang kerjasama dan pengembangan...
17/09/2026

KIMB TEROKAI PELUANG KERJASAMA BERSAMA GULA CAKERY

KIMB terus melangkah aktif meneroka peluang kerjasama dan pengembangan perniagaan bersama pemain industri tempatan yang berjaya.

Baru-baru ini, KIMB berkesempatan mengadakan kunjungan ke Gula Cakery, sebuah jenama kek tempatan milik anak muda Melayu Islam yang berjaya berkembang secara komersial sehingga mempunyai 16 outlet di pusat beli-belah dan pasar raya terkemuka.

Kunjungan ini turut disertai Bendahari, Setiausaha dan barisan ALK KIMB untuk turun padang melihat sendiri operasi serta memahami model perniagaan Gula Cakery.

Terima kasih kepada Tuan Syed Abdul Muiz (SAM), Director Gula Cakery, atas kesudian menerima kunjungan dan berkongsi pengalaman.

Turut berkesempatan melawat Central Kitchen yang menjadi antara kunci memastikan kualiti dan rasa kekal konsisten di setiap outlet.

Dan kalau belum cuba… Pavlova Gula Cakery memang wajib try! 😋

KIMB - Teroka. Belajar. Berkolaborasi. Berkembang.

Address

Lot 300. 1, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601120816036

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Islah Malaysia Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Islah Malaysia Berhad:

Shortcuts

Share