23/09/2026
🧬🦠 Tahukah anda?
Para saintis semakin banyak menemui bahawa eczema mungkin melibatkan lebih daripada apa yang berlaku pada permukaan kulit sahaja.
Istilah “gut–skin axis” merujuk kepada komunikasi dua hala antara mikrobiom usus, sistem imun dan kulit — dan ia kini menjadi salah satu bidang penting dalam kajian eczema.
Trilion mikroorganisma yang hidup dalam sistem pencernaan kita boleh menghasilkan pelbagai compounds yang berinteraksi dengan sel imun dan mempengaruhi proses keradangan dalam badan.
Kajian juga mendapati terdapat perbezaan pada gut microbiome individu yang mengalami atopic dermatitis, termasuk perubahan dalam kepelbagaian bakteria dan kump**an mikroorganisma tertentu.
Satu hubungan yang menarik ialah melibatkan short-chain fatty acids (SCFAs).
SCFAs terhasil apabila bakteria usus menapai dietary fiber. Ia boleh mempengaruhi immune regulation dan intestinal barrier — memberikan satu kemungkinan hubungan antara pemakanan, gut microbiome dan keadaan yang berkaitan dengan inflammation.
🧪 Menariknya, satu systematic review dan meta-analysis pada tahun 2025 yang diterbitkan dalam Indian Journal of Dermatology menganalisis 7 randomized controlled trials melibatkan orang dewasa dengan atopic dermatitis.
Kajian tersebut mendapati probiotic supplementation secara signifikan mengurangkan SCORAD, iaitu ukuran klinikal untuk tahap keterukan eczema, berbanding placebo.
Analisis tersebut turut menunjukkan pengurangan beberapa inflammatory markers termasuk IL-4 dan TARC.
Namun begitu, kajian-kajian lain menunjukkan hasil yang berbeza-beza bergantung kepada strain bakteria, dos, tempoh penggunaan, umur dan keadaan microbiome individu.
Maksudnya…
Hubungan antara gut dan skin memang semakin menarik untuk dikaji, tetapi ia jauh lebih kompleks daripada sekadar “ambil probiotic, eczema terus hilang”.
💡 Jadi apa yang boleh kita buat?
Kita boleh support gut microbiome melalui pemakanan yang pelbagai dan kaya dengan fiber — seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, whole grains, nuts dan seeds.
Fermented foods juga boleh menjadi pilihan sekiranya sesuai dan boleh diterima oleh tubuh kita.
Yang paling menarik ialah…
🧬 Kulit mungkin menjadi tempat eczema kelihatan, tetapi sebahagian signal biologi yang mempengaruhi inflammation mungkin melibatkan “conversation” antara gut, sistem imun dan skin barrier.
Jadi, adakah pemahaman tentang gut–skin axis ini akan mengubah cara kita melihat dan mengurus eczema pada masa akan datang?
Menarik kan? ❤️