Simpan Emas Mudah

Simpan Emas Mudah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Simpan Emas Mudah, Investing Service, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Halaman ini dikendalikan oleh dealer sah Public Gold; Aini Fazlinda Zainudin (PG 00114041) yang akan berkongsi maklumat tentang cara untuk menyimpan emas dengan mudah dan hanya di hujung jari.

Assalamualaikum rakan dan sahabat yang dihormati.Sharing PG Mall hari ini. Jadilah kaki shopping yang terer buat duit de...
09/12/2021

Assalamualaikum rakan dan sahabat yang dihormati.

Sharing PG Mall hari ini.

Jadilah kaki shopping yang terer buat duit dengan shopping!!!
sebut ajer shopping mesti cakap, perabis duit la...boroslah!
Shopping tu bukannya bermaksud kita beli benda-benda yang hanya untuk enjoy, beli beras pun shopping jugak
Sebenarnye shopping stok barang dapur rumah secara online ni happy tau bila berkotak-kotak sampai depan pintu rumah posmen hantar. Alang-alang tu selit jugal sehelai dua tudung, alat kecantikan diri bila ada offer best.
Dengan konsep perkongsian ekonomi consumerchant PGMall, kita boleh ajak orang lain sama-sama shopping dan dapat bina income dari shopping. Ini baru betul shoppaholic yang bijak!
PGMall membuka era baru, dimana shopping pun boleh buat duit. Tukar perbelanjaan jadi pendapatan!
Gambar- borong sabun dan dapat less RM35 sebab beli atas RM100 di pgmall, best! jimat dan dapat cash back lagi

Bagaimana cara?
1) Download apps PG Mall
2) Klik link https://osini.co/mbZLzYK0vBkr dan sign in

Platform jual beli yang mudah dan murah kepada pengguna yang bijak. Selamat mencuba!!!

19/10/2021

Buat sesuatu perlu ada ILMU. Memasak pun perlu faham dan tahu resepi apatah lagi menyimpan emas. MELABUR EMAS JANGAN IKU...
10/10/2021

Buat sesuatu perlu ada ILMU. Memasak pun perlu faham dan tahu resepi apatah lagi menyimpan emas.

MELABUR EMAS JANGAN IKUT-IKUTAN PERLU ADA ILMU.

Orang yang membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikutan biasanya tidak konsisten dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik.

Ini kesilapan yang kak Linda pernah lakukan dan perlu untuk kak Linda kongsikan agar orang lain tidak melakukan perkara yang sama.

Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya. Ada 5 sebab kenapa penyimpan emas berilmu konsisten menyimpan:

1. Membaca Buku

Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah beberapa buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

2. Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang

Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh. Setiap tahun nilainya akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 – 5 tahun.

3. Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas

Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika anda ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.

4. Emas Adalah Duit

Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas.

5. Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko

Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi kak Linda di

http://www.wasap.my/60196465190/nak_simpan_emas

Jom sembang-sembang sambil tambah ilmu emas di Channel Telegram

https://t.me/fazlindaticeremas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Setiap daripada kita punya impian dan keperluan yang ingin diutamakan dalam hidup. Nak jadi kaya tak salah nak berjaya d...
10/10/2021

Setiap daripada kita punya impian dan keperluan yang ingin diutamakan dalam hidup. Nak jadi kaya tak salah nak berjaya dalam hidup juga tak salah. SIMPAN EMAS UNTUK KAYA?

Bukan emas yang menjadikan sesorang itu kaya, tetapi ilmu. Maka…Tanpa ilmu, kita akan memiliki banyak ketakutan terutamanya bagi penyimpan emas kategori “newbies”.

1. Takut Kena Zakat

Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab.

2. Takut Dirompak dan takut kehilangan

Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan.

Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan. Jangan bimbang, saya boleh bantu anda mendaftarkan akaun emas GAP.

3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas

Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

4. Anggap Emas Seperti Saham

Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.

5. Takut Scammer Emas

Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.

6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang

Bimbang jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu PM je saya.

Jom sembang-sembang sambil tambah ilmu emas di Channel Telegram

https://t.me/fazlindaticeremas

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

Kepada sahabat facebook sama ada yang lama atau yang baru. Kak Linda ingin perkenalkan diri sekali lagi dan secara rasmi...
30/09/2021

Kepada sahabat facebook sama ada yang lama atau yang baru. Kak Linda ingin perkenalkan diri sekali lagi dan secara rasminya,sebagai Authorised Public Gold Dealer; dealer aktif di bawah bimbingan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis dan blog emas paling menjadi rujukan di Malaysia, iaitu www.mohdzulkifli.com.

Kak Linda mula membeli dan menyimpan dari 2012. Menjadi penyimpan emas bersama Public Gold sejak 2017. Adalah sedikit pengalaman melakukan kesilapan dan mendapat faedah daripada simpanan emas dengan beberapa syarikat serta kedai-kedai emas. In sya Allah. Boleh dikongsikan bersama sahabat semua.

Dari sudut pengalaman kak Linda berguru dengan ramai mentor di dalam G100 Network dan keluarga kami memiliki ratusan ribu penyimpan emas diseluruh Malaysia dari pelbagai latar.

Bersihkan hati agar membuahkan tindakan dan fikiran yang baik serta hebat.

Luruskan niat untuk belajar dan menimba ilmu emas serta kongsikan dengan masyarat supaya dapat memberi manfaat walaupun sekecil zarah.

Kak Linda doakan semoga kita semua diberi ilmu dan kefahaman yang bermanfaat agar dapat disalurkan kepada lebih ramai orang.

Simpan emas bukan untuk kaya, simpan emas sebagai dana pendidikan anak-anak dan dana persaraan di masa hadapan.

Emas dapat membantu mereka yang memerlukan serta kita semua umumnya untuk menyelesaikan masalah kewangan, antaranya:

1. Kerja bertahun-tahun tapi masih tiada wang simpanan yang cukup.
2. Penyelesai masalah wang simpanan sentiasa bocor dan mengurangkan masalah boros berbelanja.
3. Simpan duit nak naik haji bertahun-tahun tapi masih tak cukup, dengan emas segalanya tidak mustahil

Jangan risau… Bimbingan kak Linda adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membayar satu sen pun kepada saya. Tiada potongan daripada belian emas kalian semua untuk saya kerana syarikat Public Gold yang memberi royalti (insentif) kepada kak Linda.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi kak Linda

http://www.wasap.my/60196465190/nak_simpan_emas

‘Save Gold Today, It Will Save You Tomorrow’

Yang sentiasa memberi manfaat,
Aini Fazlinda binti Zainudin
Authorised Dealer Public Gold,
PG00114041

29/09/2021

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas,  tanpa a...
29/09/2021

Kenapa barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan. Ada waktu, kita terlalu bersemangat untuk melabur dalam emas, tanpa asas ilmu emas. Ini amatlah merugikan. Apabila sudah terbeli barang kemas untuk pelaburan memang tidak boleh buat apa- apa. Teruskan menyimpan emas dan tidak akan rugi selagi tidak menjualkan nya. Cumanya untuk mendapatkan keuntungan, terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk dapatkan keuntungan disebabkan faktor utama:

1. Harga per gram lebih mahal
Harga barang kemas yang ditetapkan oleh persatuan kedai emas rata rata 10 hingga 15 peratus lebih mahal berbanding harga emas pelaburan 999. Ini adalah biasa kerana adanya kos upah design emas perhiasan itu sendiri.

2. Kadar spread sangat tinggi
Kadar susut nilai akan menentukan berapa banyak dan berapa cepat kita dapat menjana keuntungan daripada emas yang kita beli itu kalau kenaikan harga emas. Spread barang kemas rata ratanya sekitar 25 hingga 40% berbanding emas pelaburan 999 kurang dari 10%.

3. Kos upah yang dimanipulasi
Kos upah bergantung kepada kehalusan reka bentuk barang kemas. Lagi halus dan lagi seni cantik seni buatannya , lagi mahal kos upah yang dikenakan. Jika harga emas mahal, mereka boleh rendahkan kos upah, manakal jika harga emas turun rendah, mereka boleh naikkan caj ini. Maksudnya kalau harga emas sedang rendah kita tetap membayarnya pada harga yang mahal.

4. Semakan harga sangat lambat
Biasanya, harga emas dunia naik, harga barang kemas terus naik! Tetapi jika harga emas turun, biasanya kedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa minggu. Hanya jika berlaku perubahan harga ketara emas dunia barulah disemak.

Solusinya? Anda boleh mula menabung emas pelaburan 999 yang memiliki spread tiga kali lebih rendah, malah ada jaminan belian balik bagi emas jenama Public Gold. Pastikan pilih jenama yang diakui kukuh di dalam pasaran ya.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di link

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!


Fokus simpanan untuk jangka masa panjangAda yang bertanya pada kak Linda. Boleh tak simpan dan keluar dalam masa setahun...
27/09/2021

Fokus simpanan untuk jangka masa panjang

Ada yang bertanya pada kak Linda. Boleh tak simpan dan keluar dalam masa setahun?

Kak Linda jawab, NO. kalau nak keluar sebab terpaksa tiada masalah. Tapi kalau keluar dengan expectation untuk dapat untung ribu ribu dalam satu tahun, LUPAKAN EMAS dan cari pelaburan lain yang dapat offer seperti yang kita harapkan.

Kak Linda share bukan sebab nak untung sahaja. Tapi sebarkan maklumat dan ilmu. Nak tengok penyimpan dapat kebaikan. Tak banyak mudahan ada sedikit yang dapat manfaat.
You buka akaun, beli RM100 emas, you dapat RM100 emas. TAK masuk akaun kak Linda. TAK potong 2-3% jadi komisen kak Linda.
You simpan you untung, in sya Allah. Tapi bukan dalam setahun!!!🔅

Address

Jalan Gombak
Kuala Lumpur
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Simpan Emas Mudah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Simpan Emas Mudah:

Share