05/10/2022
๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ญ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ ๐๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐ฐ๐๐ค๐๐ง, ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข๐ญ ๐๐ข๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐ซ ๐๐
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan dasar monetari ketatnya pada masa hadapan.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.6460/6495 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6470/6500, yang merupakan paras terendah baru 24 tahun berbanding dolar AS.
Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata masih terdapat dua mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di Amerika Syarikat sebelum akhir tahun dan jangkaan 2022 akan berakhir dengan kadar faedah AS antara 4.25 peratus dan 4.75 peratus. Kadar semasa ialah pada 3.25 peratus.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM AS bagi September turun 1.9 peratus kepada 50.9 peratus, mencerminkan unsur ketidaktentuan terhadap kesihatan ekonomi AS.
Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, harga minyak yang lebih tinggi akan menutup sebarang kelemahan ringgit, terutamanya berbanding rakan serantau yang merupakan pengimport minyak.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.2653/2693 daripada 5.1963/1996 pada penutup semalam dan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2462/2491 daripada 3.2354/2379.
Ia susut berbanding yen Jepun pada 3.2108/2136 daripada 3.2015/2040 dan susut berbanding euro kepada 4.5652/5686 daripada 4.5355/5384 semalam.
๐๐๐ข๐๐๐๐ฎ๐๐๐ฃ ๐๐ค๐ฃ๐ฉ๐ง๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ฃ / ๐ผ๐๐๐ฃ๐จ๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ฃ: https://ikhtiarfactoring.com