Sri Kampung Corner - SKC

Sri Kampung Corner - SKC Sambalpadu

09/09/2024

1366 likes, 223 comments. “Semoga anda yang tengok video ni berjaya 1 hari nanti.”

24/12/2023

Seorang pelajar sedang membersihkan aquarium gurunya sambil memandang ikan arwana dengan takjub.

Tanpa disedari, gurunya sudah berada di belakangnya..
"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya gurunya.

"Tidak tahu". Jawab si pelajar itu..

"Cuba kamu tawarkan kepada jiran sebelah !!". Perintah gurunya.

Ia mengambil gambar ikan tersebut dan menawarkan kepada jirannya..
Kemudian dia kembali menghadap gurunya .
"Ditawarkan berapa harga?" tanya gurunya.
"RM15 ". Jawab pelajar itu.

"Cuba tawarkan p**a ke kedai ikan hiasan !!". Perintah gurunya lagi..

"Baiklah guru ". Jawab pelajar itu.
Kemudian ia pergi lah ke kedai ikan hiasan..

"Berapa ia menawar ikan itu?". Tanya gurunya..

"RM450 ". Jawab pelajar itu dengan gembira, ia mengira gurunya akan melepas ikan itu..

"Sekarang cuba tawarkan kepada Si Fulan, bawa ini sebagai bukti bahwa ikan itu sudah pernah ikut pertandingan". Perintah guru lagi..

"Baik guru ". Jawab pelajar itu.
Kemudian ia pergi menemui si Fulan yang dikatakan gurunya.
Setelah selesai, ia p**ang menghadap sang guru.

"Berapa ia menawar ikan itu ?".

"RM14,500 ".

Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang berbeza beza.

"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat..".

"Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu.. Mereka yang mengetahui nilai kamu itulah yang akan selalu menghargaimu..".

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِي نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri akan kita.

لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah-lelah agar nampak baik di mata orang lain.

يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak akan pernah tergapai.

وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai, maka tinggalkan segala upaya mencari keredhaan manusia, dan fokus saja pada redha Allah .

kredit to penulis asal.

ان شاء الله

🔴 [ 4 CARA BAGAIMANA MENGUASAI KOMUNIKASI DALAMAN ]Jika anda mahu perniagaan yang baru dibina cekap dan produktif, anda ...
07/04/2022

🔴 [ 4 CARA BAGAIMANA MENGUASAI KOMUNIKASI DALAMAN ]

Jika anda mahu perniagaan yang baru dibina cekap dan produktif, anda memerlukan asas komunikasi dalaman yang kukuh.

Malangnya, sistem komunikasi dalaman sering diabaikan keutamaan pada peringkat awal perancangan perniagaan.

Untuk memaksimumkan kejayaan perniagaan, anda perlu menjadikan komunikasi dalaman sebagai salah satu keutamaan menjalankan perniagaan walau pada peringkat permulaan.

Apa itu komunikasi dalaman?

Komunikasi dalaman adalah faktor yang dapat mempengaruhi pekerja untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

Keupayaan pengurusan atasan dan ketua jabatan berkomunikasi adalah menjadi satu keperluan.

Komunikasi dalaman juga membuktikan keberkesan penyampaian maklumat antara pekerja dan majikan,dengan perubahan sikap, saling memahami antara satu sama lain,mengeratkan hubungan di dalam sesebuah organisasi, dan mesej yang disampaikan diterima.

Komunikasi dalaman akan membawa maksud yang berbeza untuk pelbagai jenis perniagaan.

Sebelum anda boleh membangunkan strategi yang sesuai, anda perlu menilai persekitaran komunikasi perniagaan anda. Lazimnya, ia berpunca kepada tiga perkara:

1. Pejabat atau dari jauh

Bagaimanakah perniagaan anda akan beroperasi? Adakah anda akan mempunyai pejabat konvensional, adakah anda beroperasi sepenuhnya dari jauh?

Dalam suasana pejabat, komunikasi lebih mudah.

Dalam persekitaran terpencil, platform komunikasi digital adalah penting untuk kejayaan anda.

2. Budaya organisasi

Seterusnya, anda perlu memikirkan tentang budaya organisasi dalam nilai yang anda mahu dalam persekitaran tempat kerja anda.

Bagaimanakah anda mahu orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain?

Adakah anda cenderung kepada formaliti atau tidak formal?

Bagaimanakah konteks interaksi mengubah dinamik ini?

3. Rancangan masa hadapan.

Akhir sekali, anda perlu memikirkan rancangan anda untuk masa hadapan.

Mengurus komunikasi dalaman apabila pasukan anda hanya mempunyai tiga orang adalah mudah.

Tetapi apa yang berlaku apabila anda mempunyai 100 pekerja pada akhir tahun? Atau 1,000 pekerja pada penghujung tahun depan?

Strategi komunikasi yang membawa anda kepada kejayaan dengan tiga orang perlu diubah. Anda akan memerlukan rancangan untuk mengubahnya.

Setelah mengambil kira 3 perkara di atas, bagaimana nak menguasai komunikasi dalaman?

1. Pilih dan sepadukan rangkaian alat komunikasi

Salah satu strategi terbaik ialah memilih dan menyepadukan pelbagai alat komunikasi yang berbeza.

Dalam persekitaran perniagaan yang dominan secara digital hari ini, tiada saluran komunikasi tunggal yang berfungsi sama baik untuk semua aplikasi.

Untuk berjaya, anda memerlukan gabungan panggilan telefon tradisional, e-mel, mesej segera, interaksi platform seperti WhatsApp dan telegram.

Sebahagian daripada tanggungjawab anda ialah memilih platform yang sesuai untuk keperluan anda, mengoptimumkan kecekapan dan mengurangkan kos.

Anda juga perlu memastikan pekerja anda dapat menggunakan alatan ini dengan cepat dan mudah.

Tetapi tanggungjawab yang sama akan memastikan alat komunikasi ini disepadukan dengan betul. Dalam erti kata lain, adakah orang ramai tahu bila untuk menggunakan setiap alat dengan sewajarnya?

Sehubungan itu, anda perlu menetapkan piawaian untuk mendokumentasikan penggunaan yang sesuai bagi setiap saluran yang anda gunakan.

2. Dokumen aliran komunikasi dan amalan terbaik

Selaras dengan ini, anda perlu mendokumenkan aliran komunikasi dan beberapa amalan terbaik untuk berkomunikasi secara dalaman. Bergantung pada budaya organisasi dan bilangan pekerja yang anda miliki.

Sekurang-kurangnya, anda harus menerangkan falsafah komunikasi anda dan menyenaraikan nilai teras komunikasi dalaman. Ini boleh termasuk perkara seperti ringkas, keterusterangan, saling menghormati dan organisasi yang berkesan.

3. Beri contoh

Cara terbaik untuk menggalakkan tabiat komunikasi yang lebih baik dalam pasukan ialah dengan menunjukkan contoh.

Sama ada anda sedar atau tidak, orang ramai akan melihat kepada anda sebagai pemimpin.

Sebagai pemimpin, tunjukan keyakinan anda, berkomunikasi dengan baik dan mesra.

Nada yang kena pada tempat dan situasi.

4. Mengumpul dan mengedarkan maklum balas

Akhir sekali, jangan abaikan kuasa maklum balas. Maklum balas mungkin merupakan alat yang paling diperlukan dalam usaha meningkatkan komunikasi dalaman.

Mengumpul maklum balas pekerja akan membantu anda memahami kebimbangan terbesar pasukan dan halangan komunikasi.

Hasil daripada maklum balas ini, anda boleh melakukan perubahan positif.

Komunikasi yang lebih baik tidak berlaku dalam sekelip mata. Cuba untuk tidak berkecil hati jika strategi komunikasi dalaman awal anda tidak berjaya seperti yang anda harapkan.

Sebaliknya, cuba cari di mana titik kegagalan anda dan buat strategi baharu untuk mengatasinya.
- Kredit RichWorks -

07/04/2022

Kalau tinggalkan anak dalam kereta, matikan enjin sebaiknya.
Sumber TT Oh Bulan

🔴 [ 10 KUIH RAYA YANG HAMPIR PUPUS DI MUSIM RAYA ]Anda mesti tak tahu kan kuih kuih yang dah nak hampir pupus dah spesis...
07/04/2022

🔴 [ 10 KUIH RAYA YANG HAMPIR PUPUS DI MUSIM RAYA ]

Anda mesti tak tahu kan kuih kuih yang dah nak hampir pupus dah spesisnya. Kuih kuih tu sedap tau. Ni kami kongsikan kuih apa yang dah nak pupus tu dengan resepinya dan cara nak buat sekali.
Mana tau raya ni bolehlah buat kan.

Bagi anda yang pandai buat kuih kuih macam 10 jenis kuih yang dah nak pupus ni atau kuih kuih jenis lain, anda sebenarnya boleh jual dan jana pendapatan lebih. Baca kat link ni:
https://www.butterkicap.com/kitchen-lab/10-kuih-raya-yang-hampir-pupus

Nak jual di mana? Kedai pun tak ada? Nak jual online tak reti.

Tak apa. SKC sebenarnya buka peluang untuk anda yang nak berniaga dan tambah pendapatan di bulan puasa ni. Anda boleh letak kuih anda di kedai SKC. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi 01111487707 (Fahmi)

Jom gandakan pendapatan anda di bulan Ramadhan ni bersama SKC>

🔴 [ INGATLAH! AYAH DAN IBU MU]
07/04/2022

🔴 [ INGATLAH! AYAH DAN IBU MU]


🔴 [ 5 CARA MULA PERNIAGAAN WALAU TIADA BAJET ]Anda mempunya idea untuk memulakan perniagaan dan sedia membawanya lebih t...
06/04/2022

🔴 [ 5 CARA MULA PERNIAGAAN WALAU TIADA BAJET ]

Anda mempunya idea untuk memulakan perniagaan dan sedia membawanya lebih tinggi.

Namun, bajet p**a sedikit. Adakah situasi itu akan membantutkan impian mahu jadi bangsa usahawan yang berjaya.

Jangan putus asa terlalu awal.

Ingin tahu bagaimana perniagaan anda berjalan lancar dengan bajet yang sedikit?

1. Bermula dari rumah

Kita hidup dalam dunia digital. Perkara utama: anda mempunyai pilihan dalam hal perniagaan.

Bergantung pada jenis perniagaan yang anda mulakan, anda mungkin tidak memerlukan kerja keras.

Kini, 50% perniagaan dijalankan dari rumah.

Oleh itu, satu cara untuk mengurangkan perbelanjaan permulaan dan berpegang pada bajet kecil anda adalah dengan bermula dari rumah anda.

Pemilik terkenal di sebalik syarikat besar seperti Amazon, Facebook, Microsoft dan Disney semuanya bermula dari rumah.

Tindakan ini menyelamatkan anda daripada kos menyewa.

2. Pengorbanan peribadi

Jenis pengorbanan yang perlu anda lakukan untuk perniagaan bergantung pada jumlah simpanan peribadi anda dan jumlah pendapatan tambahan yang dibawa oleh isi rumah anda.

Namun, jika kita menyelak kisah bangsa usahawan, ada yang menggadaikan barang kemas dan menjual kenderaan demi kelangsungan perniagaan masing-masing.

Apa pun bentuk pengorbanan anda, pastikan pengorbanan ini berbaloi dan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

3. Kumpul dan banding

Luangkan masa anda untuk kumpul dan bandingkan harga untuk perkara seperti inventori, penghantaran, insurans perniagaan, peralatan, bekalan, dan kenderaan perniagaan.

Sebelum anda bekerjasama dengan pembekal atau melabur dalam kereta syarikat baharu, lakukan penyelidikan untuk mengetahui sama ada terdapat tawaran yang lebih baik.

Berbincang dengan penjual yang berbeza untuk mengetahui seberapa banyak maklumat yang anda boleh.

Namum ingatlah, perhubungan adalah kunci dalam perniagaan, kekal saling menghormati dan membuat perjanjian dalam keadaan yang harmoni. Mungkin akan ada kerjasama jangka masa panjang.

4. Jangan Abaikan Pemasaran

Tiada wang untuk mengeluarkan iklan besar? Tidak mengapa. Tetapi, anda tidak boleh menghapuskan semua jenis pemasaran.

Pemasaran adalah perkara penting untuk memastikan pelanggan mengetahui tentang anda, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Terdapat beberapa strategi pemasaran kos rendah yang boleh anda lakukan seperti pemasaran kandungan (blog), emel, media sosial dan mulut ke mulut.

5. Pembiayaan luar

Di Malaysia, kerajaan dan organisasi tertentu menawarkan pelbagai pembiayaan perniagaan kepada bangsa usahawan seperti pinjaman, pelaburan, kredit, atau geran.

Sebelum anda memutuskan untuk menggunakan pembiayaan luar, pertimbangkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan.

Tanya diri anda banyak soalan dan dapatkan jawapan untuk setiap soalan!

Contohnya, adakah anda ingin membuat pinjaman dengan faedah tinggi atau talian kredit?

Jadi, rancanglah sebaiknya perniagaan anda. Hari ini banyak ilmu dan kaedah untuk anda menguruskan perniagaan dengan berkesan.

Gunakan modal yang ada sesuai dengan tahap dan skala perniagaan anda.

Nak berniaga tanpa modal pun boleh, anda boleh bermula dengan dropship. Ada memulakan perniagaan hasil untung bisnes secara dropship.

Jika anda mempunyai modal, guna modal itu sebaiknya dan tak silap percaturan bagi mengelakkan anda mengalami kerugian.
- Kredit RichWorks -

06/04/2022

Terduduk dalam periuk besi berisi minyak panas. Kita sama sama doakan untuk adik Rayyan semoga cepat sembuh. Kredit TT Siti Raya Food (Bangkit Cheese)

🔴 [ NAK BERNIAGA TAPI TAK ADA TEMPAT ]Suri rumah yang pandai buat kuih dan makanan, nak berniaga di bulan Ramadhan ni ta...
06/04/2022

🔴 [ NAK BERNIAGA TAPI TAK ADA TEMPAT ]

Suri rumah yang pandai buat kuih dan makanan, nak berniaga di bulan Ramadhan ni tapi tak ada kedai atau tak ada tempat nak jual barang jualan tersebut?

Nak sewa kedai dah mahal. Lepas tu nak kena luang masa p**a nak menjual. Buat kuih dan makanan tu je dah berapa banyak masa di gunakan. Buang masa lagi nak mengadap jalan jem lepas tu nak kena buka kedai lagi. Semua tu akan menyebabkan anak, suami da urusan rumah terabai.

Anda jangan buat semua kerja dan dah tak perlu risau lagi pasal semua tu sebab SKC buka peluang untuk berniaga bersama. Anda boleh letak jualan kuih dan makanan anda di kedai SKC.

Bulan Ramadhan yang lepas juga ada beberapa penjual yang letak kuih dan makanan di kedai SKC. Alhamdulillah, memang laju habis. Permintaan kali ni agak tinggi jadi SKC buka peluang bersama ingijn kongsi rezeki di bulan yang mulia ini.

Anda boleh hubungi 01111487707 (Fahmi) untuk maklumat lanjut.

Jom jana pendapatan bersama SKC di bulan Ramadhan.

06/04/2022
🔴 [ CIRI HARTA YANG TIDAK BERKAH ]
06/04/2022

🔴 [ CIRI HARTA YANG TIDAK BERKAH ]


🔴 [ 5 LANGKAH MUDAH PANTAU TREND INDUSTRI ]Momentum pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dijangka akan berterusan selepa...
05/04/2022

🔴 [ 5 LANGKAH MUDAH PANTAU TREND INDUSTRI ]

Momentum pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dijangka akan berterusan selepas lebih banyak jenama serta perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan operasi mereka.

Cara pengguna membeli dan membayar telah banyak berubah, khususnya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia dilihat semakin yakin dengan kemajuan teknologi dalam penyelesaian pembayaran kerana mereka amat pantas menerima serta mengiktiraf faedah menggunakan penyelesaian pembayaran digital.

Sebagai bangsa usahawan, perubahan trend industri perlu dipantau.

Berikut 5 langkah mudah untuk memantau trend dalam industri.

1. Luangkan lebih banyak masa di media sosial

Bukan luangkan masa untuk perkara yang tak berfaedah ya.

Media sosial boleh menjadi alat yang hebat untuk terus mendapat maklumat tentang berita dan arah aliran industri.

Sesuaikan news feed akaun media sosial anda supaya anda boleh melihat topik sohor kini (trending) seperti isu harga minyak, harga barang naik dan nilai ringgit.

Jangan lupa juga mengikuti pemimpin industri yang dihormati dan berpengetahuan.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca artikel simpan pautan untuk membacanya kemudian.

2. Sediakan makluman Google (Google alerts)

Makluman Google membolehkan anda mengautomasikan carian kata kunci dan menerima pemberitahuan pada selang waktu yang sesuai dengan anda.

Anda juga boleh mendapat maklumat untuk mengawasi pesaing utama anda.

3. Langgan newsletters dan penerbitan perdagangan

Bangsa usahawan jangan ketinggalan, bangsa usahawan mesti ada pengetahuan dan peka dengan keadaan semasa.

Surat berita (newsletter) daripada persatuan industri, penulis blog berpengetahuan dan berpengaruh dalam industri amat berguna.

Mereka menyediakan ringkasan berita yang boleh anda baca mengikut kadar anda sendiri.

Penerbitan perdagangan adalah sumber maklumat yang sama berguna yang biasanya memberikan analisis mendalam yang berharga tentang arah aliran industri.

Ia biasanya tersedia dalam format digital dan kebanyakan penerbitan mempunyai tapak web yang membolehkan pembaca mengulas pada artikel serta berinteraksi dengan pengarang atau pakar.

4. Network, network, network

Menghadiri persidangan, kursus latihan dan seumpamanya adalah lebih daripada sekadar belajar tentang industri anda.

Ia mengenai bertemu rakan sekerja, pesaing dan pakar industri.

Rangkaian perniagaan anda ialah sumber berita penting untuk arah aliran, sama ada daripada sesuatu yang semudah artikel yang dikongsi ahli rangkaian anda dengan anda atau sesuatu yang rumit seperti kenalan yang meminta bantuan untuk menganalisis masalah kawal selia rumit yang anda hadapi sebelum ini.

5. Bercakap dengan pelanggan, vendor, rakan dan kakitangan

Kadang kala kita terlepas pandang rangkaian perniagaan yang paling penting iaitu pelanggan, vendor, rakan dan kakitangan di sekeliling kita.

Pelanggan mungkin menyebut tentang kesukaran untuk mencari produk atau vendor mungkin menyebut permintaan yang semakin meningkat untuk produk.

Seorang kakitangan muda mungkin telah membaca artikel dan ingin anda menjelaskan perkara teknikal kerana perkara itu tidak pernah mereka temui sebelum ini.

Semua interaksi ini boleh membawa kepada mengenal pasti arah aliran industri sebelum orang lain melakukannya.

Memantau arah aliran industri adalah penting untuk kejayaan perniagaan.

Apabila anda mengenal pasti arah aliran itu lebih awal, maka anda boleh bertindak balas dengan berkesan dan pantas.

Apa sahaja kaedah pemantauan yang anda pilih, kekalkan kaedah tersebut untuk mengelak daripada anda ketinggalan dalam industri.
- Kredit RichWorks -

Address

Sri Kampung Corner/SKC, Gerai No. G16, Medan Selera Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa
Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 06:30 - 11:30
Tuesday 06:30 - 11:30
Wednesday 06:30 - 11:30
Thursday 06:30 - 11:30
Friday 06:30 - 11:30
Saturday 06:30 - 11:30
Sunday 06:30 - 11:30

Telephone

+601111487707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sri Kampung Corner - SKC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share