24/03/2022
Thailand Haramkan Pembayaran Guna Mata Wang Kripto
🪙 Thailand akan mengharamkan penggunaan mata wang kripto untuk pembayaran barangan dan perkhidmatan.
🪙 Hal ini kerana, Thailand berpendapat penggunaan mata wang kripto secara meluas akan mengancam sistem kewangan dan ekonomi negara.
🪙 Penggunaan aset mata wang selain daripada Baht Thailand akan menggurangkan tahap efisien polisi monetari dan kos aktiviti ekonomi.
🪙 Bank Thailand juga hanya dapat membantu dalam bentuk Thailand Baht sekiranya berlaku sebarang krisis kecairan.
🪙 Namun begitu, peraturan baru ini tidak melibatkan pelaburan dalam aset digital.
🪙 Trend aset digital semakin meluas terutamanya dalam kalangan pengguna muda di Thailand sejak akhir-akhir ini.
🪙 Ramai anak muda beralih kepada kripto kerana memberikan pulangan lebih lumayan dalam keadaan ekonomi semasa yang merundum pasca-pandemik ini.