04/08/2026
KISAH SAYA DAN PUBLIC GOLD
Masuk bulan Ogos, teringat kisah saya mengenali Public Gold.
Sebelum mengenali Public Gold, saya selalu baca dan dengar berita tentang orang ramai yang kena scam dalam pelaburan emas.
Berita tersebut menjadikan saya sangat berhati- hati terutamanya bila perkara yang berkaitan emas.Saya sekadar membeli sedikit barang kemas 916 untuk perhiasan dan kalau terdesak barang kemas tersebut boleh dijual atau dipajak.
Saya pernah juga jual barang kemas yang saya beli tu bila terdesak. Ketika jual, saya sendiri pun tidak ingat sama ada barang kemas tersebut untung atau rugi.Sebab saya tidak tahu sangat tentang spread@susut nilai.
Saya tidak tahu andai nak jual barng kemas tersebut sekurang- kurangnya perlu ambil masa dalam tempoh 3 atau 4 tahun ke atas.Sebab spread@ susut nilai barang kemas boleh mencecah 20-40%.
Pada tahun 2024, saya bertukar tempat kerja. Kebetulan, saya duduk disebelah rakan yang merupakan seorang Dealer aktif Public Gold.
Saya selalu dengar, beliau bercerita tentang Public Gold. Tapi saya sekadar mendengar sahaja. Lama kelamaan, saya mula berminat bila beliau menceritakan bahawa sebelum beliau kenal Public Gold, beliau ada terlibat dengan pelaburan emas lain.
Kata beliau, Public Gold antara Syarikat Emas yang betul-betul menjalankan perdagangan emas yang boleh dipercayai.
Public Gold ditubuhkan pada tahun 2008.
Kini Public Gold mempunyai 23 cawangan, 18 cawangan di Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia. Sehingga kini, penyimpan emas yang berdaftar di Public Gold mencecah 2.4 juta (mungkin juga sudah lebih sebab setiap hari ada sahaja penyimpan emas baru).
Penyimpan emas Public Gold bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Pada bulan Ogos 2024, saya bermula sebagai penyimpan emas dan terus upgrade kepada Dealer Public Gold dengan asbab untuk berkongsi dengan masyarakat tentang ilmu dan kelebihan sebenar menabung emas dan membantu masyarakat dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
Kini, masuk 2 tahun saya bersama Public Gold. Dengan Public Gold, saya bukan sekadar penyimpan emas biasa, tapi saya penyimpan emas yang berilmu. Kata mentor saya, Tn Haji Mohd Zulkifli Shafie “ Bukan Emas yang menjadikan kita kaya, tapi Ilmu yang menjadikan kita kaya”.
saya
Nazmah Yusoff
PG01356933