GMUM KUALA LIPIS

GMUM KUALA LIPIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GMUM KUALA LIPIS, Kuala Lipis.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayangسنة حلوةSanah Helwah. Sakina...
01/10/2018

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah

Selamat Hari Lahir. YAB DATO SERI WAN ROSDY. Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan.

Kami warga gmum kuala lipis berharap Tok Wan terus dipanjangkan usia, disihatkan tubuh badan, terus waras akal fikiran, bijaksana, terus diberi petunjuk dan hidayah untuk memimpin negeri Pahang ke tahap yang lebih makmur aman dan sejahtera.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair

Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kamu di dalam kebaikan.

Aamiinann

02/08/2018

Penggunaan Perkataan MACAI POLITIK ditujukan kpd pemimpin belia di Malaysia suatu yg melampau..MOHON MAAF & TARIK BALIK

31/07/2018

Selamat menyambut Hari Pahlawan kepada semua anggota keselamatan yang sedang berkhidmat, veteran tentera dan polis serta ahli keluarga kepada wira-wira negara yang terkorban ketika mempertahankan tanah air tercinta ini.

Terima kasih kerana sanggup bermandi darah serta tidak gentar pertaruhkan batang tubuh dan nyawa ketika berdepan dengan musuh durjana termasuk pengganas komunis, demi memastikan keamanan dan kedaulatan negara ini kekal terpelihara.

Sumbangan dan jasa kalian akan sentiasa kami kenang sampai bila-bila.

Salam takziah buat pahlawan dan perajurit yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita. Moga Allah SWT merahmati perjuangan suci mereka. Alfatihah.

22/07/2018

Asalamualaikum semoga dipermudahkan segala urusan adik2 tahun 6 yang akan menduduki exam percubaan UPSR esok
Ikhlas dari gmum lipis

Tahniah Dato lokman noor adam,moga berjaya...aamiinWe ♥BN
20/07/2018

Tahniah Dato lokman noor adam,moga berjaya...aamiin
We ♥BN

Tahniah YAB MENTERI BESAR PAHANG DATO' SRI Wan Rosdy Wan Ismail Diatas  Perlantikan Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Neger...
14/07/2018

Tahniah YAB MENTERI BESAR PAHANG DATO' SRI Wan Rosdy Wan Ismail Diatas Perlantikan Sebagai Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pahang semoga UMNO Pahang Maju Dan Terus Maju.







09/07/2018

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

30/06/2018

KENYATAAN MEDIA

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam Pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini.

2. Tidak ada yang kalah dalam proses ini. YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu Umno. Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO.

3. Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak MERAKYATKAN UMNO.

4. Bagi yang menyokong saya, jutaan terima kasih diucapkan dan tahniah juga kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya.

5. Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya. Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti.

6. Pemilihan terbuka ini memaparkan UMNO sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian.

7. Marilah kita merapatkan barisan dan bersama-sama berusaha menjadikan UMNO sebuah parti yang membela kepentingan rakyat.

8. Rakyat amat mengharapkan UMNO terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

9. Percayalah, ini simbol penyatuan kita dan ahli yang ada sekarang adalah orang Umno. Kita akan terus bergerak seiring dan sejalan.

10. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi secepat mungkin untuk membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden.

AHMAD ZAHID HAMIDI
Kuala Lumpur
30 Jun 2018

30/06/2018

JANGAN BEKUKAN AKAUN BANK PARTI POLITIK DAN MENGGANGU KEBANGKITAN PEMBANGKANG YANG KONSTRUKTIF -NAJIB

Saya amat sedih dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan akaun bank pelbagai parti pembangkang termasuk UMNO dan SUPP.

Malah, seorang ahli parlimen Pakatan Harapan turut menggesa kerajaan membekukan akaun bank parti politik lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Berdasarkan kepada pelbagai kenyataan dan laporan media, tindakan kerajaan baharu membekukan akaun UMNO dan SUPP dibuat kerana mengesyaki parti politik ini telah menerima dana dari 1MDB sebelum PRU13 dan wang ini didakwa kononnya dibelanjakan untuk pilihanraya umum.

PRU13 diadakan lima tahun lalu.

Untuk itu, membenarkan akaun bank parti politik terbabit beroperasi seperti biasa tanpa dibekukan, tidak akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan. Bukankah rekod transaksi akaun bank terbabit mudah diperolehi jika diperlukan penyiasat.

Parti politik tidak bersalah. UMNO dan SUPP tidak bersalah. Sebagaimana parti politik lain termasuk parti di dalam gabungan Pakatan Harapan, adalah satu kelaziman untuk menerima derma politik. Di bawah undang-undang ketika ini, tiada peruntukan perundangan yang menyatakan pembiayaan politik adalah salah.

Bagaimana sesebuah parti politik dapat mengesahkan sumber dana yang diperolehi? Bolehkah PPBM atau DAP mengesahkan derma yang diterima mereka tidak datang dari penderma yang terlibat dalam aktiviti haram atau kegiatan ekonomi gelap (black economy)?

Memandangkan Pakatan Harapan telah berkempen untuk PRU14 dengan mendakwa saya terlibat dalam pelbagai salah laku, saya mengalukan siasatan terhadap saya namun jangan jadikan parti politik sebagai mangsa.

Tindakan tidak wajar membekukan akaun bank akan menjejaskan aktiviti parti dan pembinaan semula parti pembangkang. Ia juga akan memberi kepayahan kepada kakitangan serta keluarga mereka yang digajikan parti.

Selain itu, tindakan ini juga akan menjejaskan aktiviti kemasyarakatan yang berterusan dilakukan parti terutama membantu rakyat yang masih memerlukan dan jasa parti politik seperti UMNO ini tidak boleh dinafikan sama sekali.

Membekukan akaun bank terhadap parti terbesar ini akan menjejaskan kebangkitan pembangkang yang efektif dan dapat dilihat sebagai serangan dan penafian terhadap asas demoraksi.

[KEPUTUSAN RASMI]Secara rasminya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  adalah Presiden UMNO yang ketujuh.Selamat menjalank...
30/06/2018

[KEPUTUSAN RASMI]

Secara rasminya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang ketujuh.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Datuk Seri. Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

[KEPUTUSAN RASMI]Secara rasminya, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan  adalah Timbalan Presiden UMNO yang baru.Selamat menjal...
30/06/2018

[KEPUTUSAN RASMI]

Secara rasminya, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan adalah Timbalan Presiden UMNO yang baru.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada Datuk Seri. Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

30/06/2018

Assalamualaikum saya ingin berpesan kapade semua hormat lah pemimpin kita jangan lah nak salah n nak tunjuk yang kita ni besar kepala kalau macam bila kita nak bersatu.ingat kita ada misi untuk tawan balik hati orang muda n Putrajaya bukan nak bermusuh sama sendiri

Address

Kuala Lipis

Telephone

0108997298

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GMUM KUALA LIPIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share