Agen AIA Takaful/Hibah Kuala Kangsar

Agen AIA Takaful/Hibah Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Agen AIA Takaful/Hibah Kuala Kangsar, Insurance Agent, Kuala Kangsar.

10/10/2022
25/09/2022

*11 Golongan Perlukan Hibah Takaful*
=========================

1) Ada Anak Perempuan Sahaja

2) Ada Anak Angkat

3) Pasangan Yang Tiada Anak

4) Individu Yang Belum Berkhawin

5) Individu Yang Berpoligami

6) Mualaf Yang Ingin Berikan Kepada Ahlinya Yang Belum Islam

7) Ada Anak Lelaki & Anak Perempuan dan Ingin Berikan Harta Sama Rata

8 ) Individu Yang Berkhawin Semula Selepas Kematian Pasangan Asal

9) Memberi Harta Secara Bersama

10) Ahli Perniagaan

11) Individu Ingin Berikan Hartanya Kepada Sesiapa Yang Diingini

Semoga bermanfaat.

“Dah lama kan takde program atau bengkel macam mana nak urus kewangan?”“Mana nak cari seminar kewangan yang boleh ajar m...
24/09/2022

“Dah lama kan takde program atau bengkel macam mana nak urus kewangan?”

“Mana nak cari seminar kewangan yang boleh ajar macam mana nak labur dan simpan duit yang paling basic?”

“Barang naik, semua benda naik. Macam mana aku nak hadapi semua ni? Takde sapa ke yang boleh bimbing aku?”

Anda tidak perlu risau dan tercari-cari lagi!

Buat julung-julung kalinya pasca pandemik COVID-19, HM Group membawakan kepada anda Seminar Kewangan 101 & Peluang Kerjaya yang menampilkan ramai tokoh dan pakar kewangan daripada pelbagai latar belakang dan bidang.

Kami akan kongsikan kepada anda pelbagai topik pengurusan kewangan yang menarik dan komprehensif dalam satu hari sahaja. Ia adalah satu peluang yang anda tidak mahu lepaskan!

Menampilkan:

1. Anuar Zamil - Konsep Asas Kewangan
2. Tuan Shahri Zain (Paladium Trustee) - Pengurusan Harta Pusaka
3. Akhtar Syamir aka Bro Ohsem - Takaful & Perlindungan
4. Aliff Hamid - Pelaburan Hartanah
5. Razif Adnan (Ambank) - ASB Financing
6. Razzaaq Roslan aka Cikgu Ajaq - Peluang Kerjaya

Selain itu, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan tokoh media sosial yang sudah bersama-sama dengan HM Group seperti Khairul Ezuwan (KEY), Harith Faisal, BroOhsem, Taufiq Razif dan Imam Muda Hassan.

Butiran Seminar Kewangan 101 & Peluang Kerjaya ini adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 1 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa: 9.30am - 4.00pm
Tempat: Menara AIA, Capsquare Tower
Yuran pendaftaran: RM10 sahaja (makanan disediakan)

Simpan tarikh dan masa anda sekarang juga. Anda wajib hadir ke seminar ini!

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di:

tinyurl.com/Kewangan101
tinyurl.com/Kewangan101
tinyurl.com/Kewangan101

Tempat terhad kepada 50 orang peserta sahaja!!

Jumpa anda di sana!

Sebaiknya dibaca bersama pasangan.Kalau nak jadi janda kaya, kau buat hibah takaful untuk laki kau dan letak nama kau se...
24/09/2022

Sebaiknya dibaca bersama pasangan.

Kalau nak jadi janda kaya, kau buat hibah takaful untuk laki kau dan letak nama kau sebagai penerima hibah. Kau bayar sendiri.

Sepatutnya laki kau yang kena bayar hibah takaful tu. Tapi dah dia asyik tak cukup duit, maka kau kena berkorban sikitlah.

Kau bukan mata duitan, tapi sebagai persediaan! Kaya bukan untuk diri sendiri, tapi untuk masa depan anak-anak kau juga.

Wahai suami, berbaktilah kat anak dan bini, walau jasad kita sudah dikebumi. Jangan tinggalkan mereka sampai meraih simpati.

Kau buatlah hibah takaful daripada mana-mana ejen takaful yang kau percayai. Pastikan cukup belanja 10 tahun selepas kita mati.

Nota: Kalau nak jadi duda kaya, kau buat hibah takaful untuk bini kau dan letak nama kau sebagai penerima hibah. Kau bayar sendiri juga lah. Ha!

Solusi takaful suami isteri.Ini solusi dan alternatif untuk situasi dan persoalan yang saya utarakan semalam; sejauh man...
24/09/2022

Solusi takaful suami isteri.

Ini solusi dan alternatif untuk situasi dan persoalan yang saya utarakan semalam; sejauh mana hibah takaful secure.

Isunya ialah, jika isteri berjaya pujuk suami yang tidak ada kesedaran takaful untuk langgan polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah, ada kebarangkalian;

1. Selepas beberapa lama, suami tak bayar polisi sama ada terlupa, terlepas pandang atau sengaja - sehingga polisi lapse

2. Suami tukar penama hibah tanpa pengetahuan isteri. Mungkin isteri baru?

Jadi, solusi terbaik ialah dengan cara "Loving Couple Policy" takaful.

Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful dengan kaedah berikut;

👩 Isteri sebagai pemegang polisi
🧑 Suami sebagai orang dilindungi

Dengan kata lain;

Polisi atas nama isteri manakala suami sebagai orang dilindungi.

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Polisi atas nama suami dan nama isteri diletakkan dalam penama hibah.

Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan isteri sebagai penama atau hibah kerana isteri sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik isteri yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama isteri sebagai hibah yang bila-bila masa suami sebagai pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan isteri selaku pemilik polisi.

6) Apabila berlaku kematian suami, pampasan akan diperoleh kepada isteri secara langsung selaku pemilik polisi.

7) Manakala jika isteri meninggal, bayaran polisi tersebut boleh "waive" (dengan syarat letak manfaat waiver pembayar pada polisi).

Sebab itulah ia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Amacam, best tak?

.Wanita.. ketahuilah hak anda!Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul ...
24/09/2022

.
Wanita.. ketahuilah hak anda!
Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul menuntut harta pusaka suami yang dah meninggal. Jangan sampai maruah anda dipijak hanya kerana anda tak tahu nak membela dan mempertahankan hak anda sendiri!
Saya membelek senarai dokumen yang diserahkan seorang wanita yang baru setahun kematian suami. Saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena. “Kamu dah uruskan insurans, akaun bank dan kereta ni semua?”
“Sudah puan.. saya sudah uruskan semuanya. Hampir 10 bulan saya uruskan tapi tak selesai-selesai lagi. Sekarang ini rumah p**ak nak kena mohon. Urus pusaka memang macam ni ye puan? Saya dah penat..”
Saya menggeleng.. rasa terkilan sebab masih ramai wanita yang tak dapat maklumat yang lengkap untuk mengurus harta pusaka dengan betul. “Boleh ceritakan apa urusan yang puan dah buat?” Tanya saya sekadar nak tahu sejauhmana laluan ‘berliku’ yang dah dilaluinya..
“Suami ada tinggalkan wang simpanan di bank. Saya pergi ke bank untuk keluarkan duit. Pihak bank suruh saya pergi ke Amanah Raya untuk dapatkan surat Arahan. Saya pergi ke Amanah Raya. Pihak Amanah Raya p**a suruh saya ke Mahkamah Syariah untuk mohon sijil faraid. Saya ke Mahkamah Syariah p**a untuk mohon sijil faraid. Dah dapat sijil faraid saya hantar ke Amanah Raya. Saya pun dah ke JPJ untuk urusan yang sama. Dalam surat JPJ ada minta beberapa dokumen dan saya pilih untuk uruskan dengan Amanah Raya sahaja”.
Kalau dah berurusan di sana, kenapa baru sekarang puan nak jumpa peguam?
“Sebenarnya saya dah tanya ramai orang..kat mana saya nak uruskan harta pusaka ni. Tapi jawapan mereka berbeza-beza. Ada yang suruh saya ke pejabat tanah. Jadi saya ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah suruh saya buat carian persendirian tanah tu di pejabat tanah negeri p**a (sebab hakmilik tanah adalah HS.(D)). Saya dah buat carian dan pergi semula ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah dah bagi saya borang permohonan pusaka..”
Kemudian? Kenapa tak teruskan permohonan? Tanya saya semakin tak sabar..
“Puan.. anak saya masih kecil. Suami cuma tinggalkan rumah ini sahaja untuk saya. Mak ayah mertua dah dapat pampasan insurans suami. Tak ada cara ke macamana saya boleh dapatkan rumah ini untuk saya dan anak? Sebab mak ayah mertua dah pernah bagitau.. rumah yang saya duduk ni atas nama anak mereka... “
Tak sempat habiskan ayat dia dah keluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Merambu air matanya. Mungkin dah lama sangat dipendam apa yang terbuku di hati.. usianya masih muda tetapi wajahnya jelas menggambarkan raut keletihan.. saya yang mendengar cerita pun dapat rasakan betapa letihnya dia mengurus semua seorang diri.
“... jadi mereka pun nak tuntut juga hak mereka atas rumah tu. Mak ayah mertua saya bukan orang susah puan. Mereka orang berada. Tapi sejak arwah hidup memang mak ayah mertua dan adik-beradik suami tak s**a kami sebab kami bukan orang senang. Dia tak pernah pelawa cucu dia sendiri makan di rumah dia puan. Bila suami meninggal, dia dulu yang tuntut insurans suami. Tak bagi pun kat anak saya. Duit tu saya tak kisah sangat. Saya hanya nak rumah ini sahaja untuk tempat berteduh saya dan anak..”
Baru saya faham kenapa dia tak teruskan permohonan sendiri. Beliau rasa tak selamat untuk teruskan kerana ada isu yang beliau tak tau jalan penyelesaiannya.
“Puan tau tak, sebenarnya puan tak perlu pergi semua tempat tu. Jika arwah suami ada tinggalkan rumah atau tanah, puan sebenarnya hanya perlu mohon terus di unit pusaka kecil di pejabat tanah sahaja. Perintah dari pejabat pusaka tu nanti boleh digunakan untuk keluarkan duit di bank dan tukar nama kereta di JPJ dan juga untuk tukar nama pemilik rumah dalam geran. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu mohon faraid pun sebab di pejabat pusaka tu dah ada pegawai yang mahir kirakan faraid”.
Terkejut dia dengar saya bagitau macam tu. “Patutlah saya rasa macam orang bodoh je puan. Tak ada siapa pun yang bagi maklumat macam tu. Suruh ke sana saya ke sana. Suruh ke sini saya ke sini. Kadang rasa macam bola kena tendang ke sana sini.

Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah.. sekarang apa perlu saya buat puan?“ ada harapan dalam nada suaranya.“S...
24/09/2022

Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah.. sekarang apa perlu saya buat puan?“ ada harapan dalam nada suaranya.
“Sebenarnya, urusan pusaka kecil ni puan boleh mohon sendiri. Tapi jika ada isu dengan waris-waris, puan kena lantik pihak ketiga sebagai orang tengah. Ini untuk memastikan, puan mendapat nasihat yang betul dan hak puan serta anak terbela.
Walaupun bahagian puan di atas rumah tu hanya 1/8, puan masih boleh mohon Hak Harta Sepencarian. Bahagian mak ayah mertua akan semakin kecil selepas ditolak dengan bahagian harta sepencarian.
Jika mak ayah mertua masih tak setuju melepaskan hak faraid atas rumah tu, minta bapa mertua tandatangan surat, “saya setuju mengambil duit pampasan ini sebagai bahagian faraid saya dari harta si mati dengan sepenuh kesedaran bahawa tanggungjawab untuk menanggung anak si mati iaitu cucu saya adalah di bawah tanggungjawab saya sebagai datuknya”.
Lepas ni kalau datuk tu senyap dan buat tak tahu pasal cucu tu, puan boleh failkan tuntutan nafkah untuk anak puan di Mahkamah Syariah. Faham?
“Alhamdulillah faham puan. Terima kasih puan. Saya memang tak tau langsung pasal hak saya. Kan bagus kalau ramai wanita yang tau hak mereka. Tak adalah mereka kena lalui apa yang saya dah alami..” ada sinar di matanya. Ada senyum di bibirnya. Alhamdulillah.. lega saya drama air mata kali ini tidak berpanjangan.
Sejenak saya terfikir. Aduhai wanita.. kalau kita sendiri yang tak mempertahankan hak kita siapa lagi?

Mungkin Post ini bermanfaat untuk anda sekarang ataupun jangka masa panjang.SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?1. Sediakan sa...
24/09/2022

Mungkin Post ini bermanfaat untuk anda sekarang ataupun jangka masa panjang.

SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?

1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.

2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.

3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.

4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.

5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.

6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Bayaran serendah RM100 sahaja sebulan dah boleh dapat plan terbaik.

7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan "Jika Saya Meninggal?". Bagaimana urus dana pancen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.

8. Bila isteri minta suami, "Abang dah buat hibah simpanan ASB abang?" jangan cepat tuduh dia mata duitan.

9. Ketika kita didalam kubur, kereta buruk kita pun orang akan rebutkan, apatah lagi simpanan.

10. Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. "Saya tak tahu nak buat apa apa".

11. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan no pin bank, kata dah sayang.

12. Yang dapat bahagian faraid harta kita, belum tentu mereka boleh dan sanggup jaga anak isteri kita seperti kita jaga mereka.

13. Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja.

Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.
Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai..tak boleh buat banyak, buat sikit dulu..at least ada sesuatu untuk anak isteri survive. Kita ada harta, jangan sampai waris menderita..

Assalamualaikum.Coretan untuk kaum isteri dan juga suami.Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin ber...
24/09/2022

Assalamualaikum.

Coretan untuk kaum isteri dan juga suami.

Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...

1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.

2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dan lain-lain.
Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.)

Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. Wang tidak boleh diambil, tanah tak boleh ditukar milik.

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan no kad pengenalan anak-anak. Dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.

5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta2 yang ditinggalkan.

“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang telah meninggal akan lebih susah jika hutang dan harta tidak diurus dengan segera”.

Jika kita benar sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.

6. Hubungi bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bln shj. Kalau lewat, hangusss)

Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk pewaris.

7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH dan IHDAD.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?

8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. Isteri hanya berhak 1/8 sahaja harta pusaka. Selebihnya milik anak, mak ayah lelaki dan penerima yang lain.

PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!

9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan takaful HIBAH untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan hibah boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*.

Wang hibah tidak tertakluk kepada faraid. Waris lain TIDAK BERHAK menuntut wang hibah. Adanya wang hibah, bolehlah isteri selesaikan tuntutan faraid dan menguruskan proses 'mencairkan' harta pusaka suami.

10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.

11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.

Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.

Allahualam.

Kredit: Solah Hiyah Mohd Idris

-----------------
-----------------
Persoalannya:

1. Buat para suami, apa jaminan orang lain boleh menjaga kebajikan anak isteri anda selepas menerima harta pusaka anda?

2. Buat para isteri, cukupkah anda meneruskan hidup dengan anak² dgn hanya 1/8 sahaja harta tinggalan suami?

Fikirlah bersama pasangan anda.

Semoga perkongsian ini memberi banyak manf

FASA KEHIDUPAN🥊FASA MELINDUNGI🎳 Umur seawal 2 minggu hingga 75 tahun (jangka hayat lelaki Malaysia)🎳 Instrumen: Takaful ...
24/09/2022

FASA KEHIDUPAN

🥊FASA MELINDUNGI

🎳 Umur seawal 2 minggu hingga 75 tahun (jangka hayat lelaki Malaysia)

🎳 Instrumen: Takaful Kad Perubatan dan Takaful Hayat/Life Takaful/Hibah Takaful/Income Replacement

🎳 Coverage Life Takaful yang sepatutnya ada:

1. Kaedah Capital Liquidation (10 Tahun Gaji)

Contoh:

Gaji RM 5,000 x 120 Bulan = RM600K

🎯 Cukup utk isteri dan anak2 utk meneruskan kehidupan selama 10 tahun .

2. Kaedah Capital Intact

Contoh:

Gaji RM 5,000 x 12 Bulan = RM 60K

RM 60K/6% (Pulangan Tempat Pelaburan)

RM 1 Juta x 6% = RM 60K (Dividen Setahun)

RM 60K/12 Bulan = RM 5,000 Sebulan

🎯 Pokok dikekalkan, berbelanja hanya menggunakan hasil dividen.

🥊FASA MENCIPTA & MENGUMPUL

🎳 Umur 25 tahun (mula bekerja) hingga 55 tahun (bersara)

🎳 Tabung Kecemasan (6 Bulan Gaji)

🎳 Tabung Simpanan Jangka Masa Pendek & Sederhana. Contoh deposit rumah, belanja perkahwinan, selesaikan hutang pendidikan dan lain-lain lagi.

🎳 Tabung Persaraan (240 Bulan Gaji)

🎳 Instrumen: Tabung Haji, ASB, ASB
Financing, Hartanah, Unit Trust, PRS, Emas dan lain-lain.

🥊 FASA PENGGUNAAN

🎳 Umur 55 tahun (mula bersara) hingga umur 75 tahun (jangka hayat lelaki Malaysia)

🎳 Tabung Persaraan (240 Bulan Gaji)

Contoh:

Gaji RM5,000 x 240 Bulan = RM 1.2 Juta

1. Kaedah Capital Liquidation
🎯 Berbelanja RM5,000 sebulan hingga habis RM 1.2 Juta pada usia 75 tahun.

2. Kaedah Capital Intact
🎯 RM 1.2 Juta dilaburkan ke dalam instrumen yang memberikan p**angan 6% setahun.

Contoh:

RM 1.2 Juta x 6% = RM 72,000 (Dividen)

RM 72,000/12 Bulan = RM 6,000 (Duit Pencen Bulanan)

🎯 Pokok dikekalkan, berbelanja hanya menggunakan hasil dividen.

🥊 FASA MEMELIHARA

🎳 Umur 75 tahun dan ke atas

🎳 Instrumen: Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian, Amanah Takaful.

Klik LIKE & SHARE sekiranya bermanfaat

Walaupun saya banyak tekankan tentang kepentingan pelaburan hartanah.Tapi saya tak tinggalkan instrumen pelaburan dan pe...
24/09/2022

Walaupun saya banyak tekankan tentang kepentingan pelaburan hartanah.

Tapi saya tak tinggalkan instrumen pelaburan dan perlindungan lain.

Niat asal pembelian hartanah untuk beri keselesaan dan perlindungan serta tempat tinggal untuk keluarga saya.

Saya tetap juga melabur dalam ASB financing. Saya buat juga saving plan Unit Amanah untuk isteri.

Saya sediakan juga perlindungan dalam bentuk hibah untuk diri sendiri dan isteri.

Untuk anak saya sediakan medical card dan rumah sebuah untuk dia. Simpanan di Tabung Haji juga sudah.

Medical card isteri dan diri sendiri pun tak dilupa. Medical check up p**a free tiap2 tahun.

Jadi, sang suami. Kalau anda dah sediakan semua ni untuk anak isteri, teruskan je.

Kadang2 ada mulut2 yang cakap anda kedekut nak bawa family bercuti oversea.

Makan hipster2 pun tak boleh, kereta pun second hand, shopping p**a jarang sekali.

Dengar dan senyum je. Jangan lupa setiap orang ada rezeki dan perancangan masing2.

*Berapa nak kena ada Hibah/Life Protection/Income Protection?*"Arwah abang kau sebelum dia meninggal dia ada bagitau, di...
24/09/2022

*Berapa nak kena ada Hibah/Life Protection/Income Protection?*

"Arwah abang kau sebelum dia meninggal dia ada bagitau, dia ada policy nilai 1juta. Ni kad dia."

"Akak, betul policy suami akak sejuta, tapi ni medical card kak, bukan life protection."

80% orang dekat luar sana macam ni. Bila tanya dah ada life/income protection ke belum rata2 cakap dah. Bila tanya sumcovered berapa, jawapan selalu saya dapat, "entah", "tak tau". Tak payah cakap orang lain, saya sendiri macam tu sebelum saya join industry ni. Sekali tengok sumcovered untuk life RM30k je. RM30k bayar hutang kereta pon tak lepas.

Life protection ni atleast korang kena ada 10 tahun gaji. Tu orang cakap paling lekeh la supaya korang boleh sustain bila korang dah tak mampu untuk bekerja atau family korang boleh sustain selama 10 tahun selepas korang dah tak ada di dunia. Tapi saya buat lebih daripada tu. Kenapa saya buat lebih? Antara sebabnya adalah:-

1. Supaya hutang2 saya dengan bank/orang boleh settle. Contoh, hutang kereta, credit card, bil utiliti dan sebagainya.

2. Rumah. Saya pakai saya punya personal insurance ganti MRTA untuk beli rumah.

3. Anak saya punya kos pendidikan yang dah terjamin.

4. Isteri saya ada duit untuk dia beli keseluruhan rumah nanti sebab hak dia mengikut faraid cuma 1/8 sahaja.

5. Untuk kegunaan wakaf bina masjid. At least bila saya dah tak ada, pahala bersambung selagi orang guna masjid.

Bila saya tak ada nanti, adik beradik saya belum tentu senang nak suruh diorang tanggung family saya walaupun tu memang tanggungjawab diorang. Saya tak nak orang lain gaduh sebab saya.

Business Account

Address

Kuala Kangsar

Telephone

+60187719892

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agen AIA Takaful/Hibah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share