08/09/2025
Being an entrepreneur ni, macam naik roller coaster.
Dalam sehari, boleh rasa hari paling indah dalam hidup, dan 5 minit lepas tu rasa macam hari paling mencabar dalam hidup. Itu awal- awal la kan, hehe.
Bezanya, orang yang pilih jalan ni memang dah bersedia. Kita tahu bisnes bukan jalan lurus. Ada naik, ada turun.
Ada masa kita ketawa, ada masa kita menangis. Tapi setiap detik tu yang bentuk kita jadi lebih kuat, lebih matang, lebih yakin dengan perjalanan ni.
Entrepreneurship ni bukan sekadar cari duit.
Ia tentang bina impian, bantu orang lain capai harapan, dan tinggalkan legasi yang lebih besar daripada diri kita sendiri
Sebab itu, bila datang cabaran, jangan patah semangat.
Bila datang kegembiraan jangan terlalu selesa.
Kena terus bergerak. Kena terus belajar. Kena terus fight untuk next level kita.
Dan jujurnya, inilah yang buat perjalanan ni berharga. Kita jatuh, kita bangkit balik. Kita gagal, kita belajar balik.
At the end of the day, bukan soal berapa kali kita jatuh, tapi berapa kali kita sanggup bangkit dan teruskan langkah
Masa saya buat keputusan untuk cuba buat bisnes ini, antara cabaran terbesar bukan soal kerja itu sendiri, tapi nak yakinkan keluarga saya.
Bukan mudah bila orang yang kita paling sayang masih ragu-ragu dengan langkah kita.
Tapi korang tahu tak ?
Kita tak perlu berdebat untuk yakinkan orang lain. Kita hanya perlu buktikan dengan hasil.
Bila kita tunjuk kesungguhan, usaha tanpa putus asa, disiplin, dan konsisten, akhirnya semua akan nampak.
Lama-lama, orang yang dulu meragui akan jadi orang yang paling bangga dengan kita.
Ingatlah,
Kadang-kadang orang tak percaya pada kita, bukan sebab mereka tak sayang, tapi sebab mereka takut kita jatuh.
Tugas kita bukan berhenti kerana ragu itu, tugas kita ialah terus melangkah, sampai kejayaan itu sendiri yang menjadi saksi.
InsyaAllah, saya doakan semua entrepreneur berjaya dunia dan akhirat.