AIA Public Takaful by Mariah Hishamuddin

AIA Public Takaful by Mariah Hishamuddin Full Time AIA Public Takaful Advisor.

I provide FREE consultation and advice for a wide range of online insurance and takaful plans including life protection, medical protection and critical illness.

28/04/2022

Soalan lazim yang selalu orang tanya kepada seorang life planner:

"Saya dah ada company insurance, perlu ke saya tambah beli insurance persendirian?"

Jadi hari ni mari kita bincang apa perbezaan pelan perlindungan tempat kerja vs pelan perlindungan peribadi.

Sebagai salah seorang pekerja, manfaat yang boleh didapati dari syarikat tempat bekerja ialah anda mungkin layak mendapat perlindungan perubatan dan mendapat kad perubatan yang boleh digunakan apabila anda jatuh sakit.

Apa yang menarik di sini ialah anda mungkin telah mempunyai kad perubatan peribadi, yang telah didaftarkan bersama keluarga atau secara persendirian. Sekarang, anda mempunyai DUA kad perubatan, menawarkan dua perlindungan yang berasingan untuk tujuan yang sama.

Adakah ini dibenarkan? Pelan mana satu yang lebih baik? Adakah anda perlu membatalkan salah satu daripada pelan perlindungan ini?

Pertama sekali, jom kita ketahui tentang apa itu pelan takaful perubatan. Terdapat dua jenis perlindungan perubatan yang berada di pasaran:

Pelan Perubatan/Kad: Meliputi kos hospitalisasi dan pembedahan
Pendapatan Hospital: Memberi sejumlah wang kepada anda sekiranya anda dimasukkan ke hospital.

Sekarang, mari kita bezakan pelan perubatan yang anda dapat daripada majikan dan pelan perubatan peribadi.

PERSAMAAN- PERLINDUNGAN KUMPULAN VS INDIVIDU

Persamaan antara perlindungan perubatan kumpulan dan individu sebenarnya terletak kepada fungsinya. Secara umumnya, pelan perubatan (tanpa mengira sama ada kumpulan atau individu) melindungi anda dengan meliputi kos rawatan yang ditanggung sekiranya berlaku:

•Penyakit
•Kemalangan
•Hospitalisasi/ pembedahan /Unit Rawatan Rapi (ICU)

Pelan perubatan yang disediakan oleh majikan anda dikenali sebagai perlindungan berkumpulan, kerana ianya melindungi satu kumpulan pekerja di bawah satu majikan. Pelan perubatan peribadi yang anda beli sendiri atau bersama keluarga, dikenali sebagai perlindungan individu.

Sesetengah pelan perubatan juga menyediakan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, di mana keluarga atau tanggungan anda akan menerima bayaran sekaligus jika berlaku sesuatu kepada anda.

PERBEZAAN-PERLINDUNGAN KUMPULAN VS INDIVIDU

Mungkin terdapat perbezaan antara pelan takaful yang anda miliki dengan pelan dari majikan, ianya bergantung kepada pembekal insurans/takaful dan juga jenis polisi. Di sini ada beberapa perkara penting yang mungkin berbeza antara kedua-dua pelan ini:

•Had tahunan – Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pembekal insurans dalam setahun untuk pelan insurans perubatan.

•Had seumur hidup – Apakah jumlah maksimum yang boleh dituntut seumur hidup anda?

•Kadar bilik dan penginapan harian – Apakah jenis bilik yang layak anda dapat berdasarkan pelan anda?

Adalah penting untuk mengetahui had di atas kerana ia akan membantu anda merancang kewangan, sekiranya berlaku sebarang kecemasan melibatkan kecemasan perubatan.

BILAKAH WAKTU YANG SESUAI UNTUK SAYA MEMBELI PELAN PERUBATAN TAKAFUL PERIBADI?

Anda patut mula membeli pelan perubatan takaful peribadi sebaik sahaja anda mampu mendapatkannya. Antara kebaikan mendapatkan pelan perubatan takaful peribadi lebih awal ialah:

•Melindungi diri anda daripada kenaikan kos rawatan perubatan.
•Semakin muda usia ketika anda mendapatkan pelan perubatan, semakin murah caruman pelan anda.
•Setiap individu layak mendapat pengecualian cukai sehingga RM3,000 setiap tahun untuk caruman yang dibayar untuk pelan takaful perubatan anda (Pelan Perlindungan di Tempat Kerja & Pelan Perlindungan Peribadi | AIA Malaysia, 2022)

Mariah Syahirah
Life Planner
AIA Public Takaful Berhad

"Ikhtiar itu adalah usaha sehabis baik"Pagi itu, depan pintu sekolah, Pok Abu tenung mata anaknya."Belajar elok-elok. Ja...
27/04/2022

"Ikhtiar itu adalah usaha sehabis baik"

Pagi itu, depan pintu sekolah, Pok Abu tenung mata anaknya.

"Belajar elok-elok. Jangan lupa, nanti petang tolong mak kau kemas barang untuk balik kampung malam ni."

"Iya, ayah." balas anaknya.

Malang tidak berbau, Pok Abu tak sampai ke tempat kerjanya, ditimpa kemalangan jalanraya.

Dalam sekelip mata, tak disangka-sangka, keluarga Pok Abu hilang punca pendapatan, ditimpa lagi dengan urusan ulang-alik ke hospital yang kadangkala tak menentu untuk rawatan Pok Abu.

Tak jadi beraya di kampung.
..

Bukan nak menakutkan atau buat rasa bersalah, cuma ingin berkongsi tauladan.

Betul, kita akui takdir tak boleh diubah, dan rezeki takkan pernah putus selagi ajal belum tiba.

Tetapi "Ikhtiar itu adalah usaha sehabis baik".

Andai mampu mengundur masa, apa yang Pok Abu boleh lakukan?

Duka di hati keluarganya mungkin sukar dirawat, tetapi Pok Abu boleh merancang untuk menjamin kesejahteraan keluarganya supaya tidak terkesan dengan kemalangannya. Jaminannya:

1) Keluarganya akan masih mampu menyara hidup seperti biasa
2) Rawatan Pok Abu lebih senang dan selesa di hospital swasta

Bukan Pok Abu sahaja, kita semua pun insyaAllah boleh.
..

Saya sediakan khidmat nasihat *PERCUMA* untuk semua yang ingin tahu tentang perlindungan takaful. Kita ambil tauladan dari kisah Pok Abu di atas.

Mariah Syahirah
Life Planner
AIA Public Takaful Berhad

Address

Kuala Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Public Takaful by Mariah Hishamuddin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share