16/11/2024
Maka tamatlah perlawanan tinju yang ditunggu-tunggu tahun ini, pertarungan antara legenda Mike Tyson, 58 tahun, dengan bintang muda Jake Paul, 27 tahun yang berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Jake.
Beza jauh umur keduanya, macam ayah berlawan dengan anak! Di hadapan 75,000 penonton di arena dan jutaan lagi di Netflix, perlawanan ini membawa nostalgia kepada ramai, terutamanya generasi seperti saya yang membesar menyaksikan Mike Tyson sering 'knocked out' lawannya.
Saya akui, menyaksikan perlawanan tadi ada sentuhan emosi, siapa tak nak tengok Mike menang bergaya seperti dulu? Namun, Mike bukan lagi juara yang dulu; dengan 'knee brace' di lutut kanan, langkahnya jelas tidak seperti dahulu, dan setiap langkah selepas pusingan ketiga tampak lebih hati-hati. Umur memang tak boleh ditipu, tetapi beliau tetap tampil dengan kekuatan yang luar biasa. Sebab itu kekudanya lebih menggunakan kaki kiri. Mike juga dilihat menggigit 'boxing glove', tabiat lama beliau yang nampaknya masih belum pulih.
Jake p**a bijak menggunakan kelebihan umur dan kelincahannya. Dia bijak ‘menari’ di sekeliling gelanggang, membiarkan Mike mengejarnya hingga keletihan sebelum melancarkan tumbukan balas. Terus terang, perlawanan ini terasa kurang ‘umph’ , lebih kepada satu pertunjukan berbanding pertarungan sebenar. Macam kata orang, “It’s a show, not a fight.”
Kalau tanya saya, ini bukan perlawanan tinju yang sebenar , barangkali sekadar hiburan bagi penonton, menggabungkan nostalgia dan sensasi sementara Netflix mengaut keuntungan.
Namun, Mike yang mampu bertahan hingga pusingan kelapan pada usia 58 tahun adalah satu inspirasi. Tubuhnya masih sasa, dan walaupun kalah, beliau dikhabarkan membawa p**ang USD20 juta. Jake p**a tersenyum dengan ganjaran USD40 juta. Ada yang kata kemenangan Jake telah ‘dirancang’ sebab dia punya pengaruh besar di media sosial.
Dengan jumlah USD20 juta di tangan, mungkin ini masa terbaik bagi Mike untuk berehat dan mempertimbangkan peluang pelaburan di Kb Insurance. Kami menguruskan Insurans & Roadtax Kenderaan, dan Tyson boleh menikmati hasil pelaburannya secara pasif , satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. 😊🚘