17/08/2023
๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐ช๐ฆ๐ฃ
โข
โข
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama ๐๐ช๐ฆ๐ฃ, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama ๐๐ช๐ฆ๐ฃ hanya sebagai pemegang amanah sahaja.
1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dalam bahagian pusaka.
Contoh pengiraan :
Suami tinggalkan ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ duit dalam ๐๐ช๐ฆ๐ฃ. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid yang
โข ๐๐ช๐ฆ๐ฃ tak boleh dihibahkan.
โข ๐๐ช๐ฆ๐ฃ tak boleh dituntut sebagai harta sepencarian.
โข Hanya boleh dilantik penama.
โข Penama hanyalah pentadbir bukan pemilik.
โข ๐๐ช๐ฆ๐ฃ perlu difaraidkan
โข Pembahagian secara muafakat boleh dilakukan seandainya semua waris setuju.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam ๐๐ช๐ฆ๐ฃ bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
Jadi apa yang kita boleh buat sebelum jadi isu tuntutan yang rumit dan makan masa?
Kita boleh rancang harta pusaka dengan berwasiat. Lantiklah wasi (pentadbir) yang amanah dalam urusan pencairan aset dan pembahagian.
Ambilah hibah takaful sebagai alternatif aset paling mudah cair yang terjamin.