16/02/2022
Pssst, anda beruntung dan bertuah kerana mendapat mesej ini hari ini.
Sekiranya ada dapat membaca artikel ini sampai habis. Saya percaya anda seorang yang istimewa dan berupaya mengubah nasib anda di masa hadapan
KENANGAN LAMA MENGUSIK JIWA...
Mengimbau kembali zaman mula bekerjaya, dan setelah lebih 20 tahun menimba ilmu dan pengalaman, saya kerap membayangkan sekiranya saya dapat mengundur masa, mungkinkah sekarang saya dah mengecapi KEBEBASAN KEWANGAN?
GAJI PERTAMA ASET PERTAMA
Pada tahun 2000, saya mula kerja saya yang pertama bergaji RM1800 sebulan.
Mungkin dapat juga ambil loan rumah 30tahun bayar RM500 sebulan & beli apartment yang berharga sekitar RM100k pada zaman tu contoh di KL walaupun saya di Kuching?
Agaknya berapa nilai apartment kat KL itu sekarang...mungkin dah sekitar RM400k?
Sekiranya sekarang tahun 2022 baki loan cuma RM40k saja..katakan kalau saya jual balik apartment tu, saya masih dapat RM400k tolak RM40k= RM360k di tangan. Wow!
DAN Katakan RM360k tu saya laburkan dalam produk saham amanah yang memberi pulangan dividend 10% setiap tahun
Tanpa menyentuh simpanan RM360k tu, dapat juga merasa RM36k setiap tahun..memberikan saya duit belanja RM3k setiap bulan! Wow Wow! Nak berhenti kerja pun boleh.
Sayang Seribu Kali Sayang
Realitinya..apa yang telah berlaku pada tahun 2000 tersebut?
Bergaji RM1800 sebulan, dengan bangganya membeli kereta 2nd hand yang perlu dibayar RM500 setiap bulan.
Rasa best tu sekejap saja, apatah lagi kena keluar belanja minyak dan kos membaiki kereta, RM500 lagi melayang tiap bulan. Senang kira..gaji tinggal RM800 je setiap bulan (itu pun belum kira kos sara hidup yang lain lagi..huhu)
Itu kesilapan strategi kewangan saya yang pertama.
Sememangnya masa tidak dapat diundur, pepatah mengatakan Sesal dulu Pendapatan, Sesal Kemudian tiada gunanya.
Apatah lagi melihat ahli keluarga sendiri melakukan kesilapan kewangan di depan mata..
DURIAN RUNTUH HANYA SEMENTARA
Saya melihat arwah datuk saya mendapat duit pampasan RM100k untuk tanahnya yang diambilalih oleh kerajaan.
Dengan seronoknya, semua 5 orang anak-anaknya diberi RM2k setiap seorang, maka tinggal RM90k.
Dan semasa datuk saya meninggal beberapa tahun kemudian, hanya tinggal RM2-3k saja peninggalan nya…
Bagaimana arwah datuk saya membelanjakan duit tersebut sebelum ini Wallahualam.
ANDA MENENTUKAN YANG TERBAIK
Daripada 2 pengalaman di atas, saya percaya bahawa kita pandai buat duit - dari kerjaya atau harta pusaka - tetapi kita masih belum pandai mengurus kewangan. Bagaimana kita menyara diri masa tua (selepas bersara) bergantung kepada strategi kewangan kita semasa masih muda, berkerjaya dan berdaya, BETUL TAK?
Siapa saya? Saya adalah Financial Consultant yang boleh mengajar dan memberi tips dan info2 berguna untuk anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.
Saya berasa sedikit bertanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa kita untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan tidak membuat kesilapan seperti saya di masa muda.
Anda ada masa untuk berdiskusi bersama saya?
Jangan risau, saya nak borak2 dan berkongsi bertukar ilmu dan pengalaman dengan anda sahaja.
Saya takkan paksa anda masuk MLM , SKIM cepat kaya dan sebagainya…
Kalau saya paksa sila tunjukkan post ini balik kepada saya.
Cara saya bukan senang tapi perlu disiplin dan perubahan sikap untuk lebih positif dan mendisiplinkan diri untuk mengubah nasib anda. Yang nak cara senang jangan hubungi saya ye 😊
Kalau orang lain mereka kena bayar sampai beribu-ribu untuk mendapatkan konsultansi kewangan, dengan saya anda dapat percuma dan minum kopi percuma….
Jom Ngopi or Ngeteh, minum2…😊Senang saja, klik sini “whatsapp untuk belajar ilmu kewangan” >>>>>> http://belajarwang.wasap.my