Perunding Takaful - Azean Zea

Call Directions Contact the business

Perunding Takaful - Azean Zea Building future women leaders
Unit Manager | Aurea Mekar Group
-Financial Planning
-Mentoring women to build flexible & rewarding careers

Ramai pernah dengar Hibah, Faraid & Wasiat, tapi masih keliru apa sebenarnya perbezaan antara ketiga-tiganya. 🤔Ringkasny...
19/08/2026

Ramai pernah dengar Hibah, Faraid & Wasiat, tapi masih keliru apa sebenarnya perbezaan antara ketiga-tiganya. 🤔

Ringkasnya:

🎁 Hibah — memberi
⚖️ Faraid — membahagikan hak waris
📜 Wasiat — menyampaikan arahan/pesanan

Setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza dalam perancangan harta.

Sebab itu, bukan sekadar penting untuk kita kumpul harta, tetapi penting juga untuk kita rancang bagaimana harta itu akan diuruskan apabila kita tiada nanti.

Plan awal supaya keluarga tidak perlu mencari jawapan kemudian. 🤍

Plan while you still have a choice.

Alhamdulillah. 🤍My 1st Death Claim — Successfully Settled.Hari ini bukan tentang jumlah tuntutan yang dibayar.Hari ini t...
04/08/2026

Alhamdulillah. 🤍

My 1st Death Claim — Successfully Settled.

Hari ini bukan tentang jumlah tuntutan yang dibayar.
Hari ini tentang sebuah janji yang ditunaikan.

Dengan caruman sekitar RM128.40 sebulan, waris menerima RM80,315.98 ketika mereka paling memerlukannya.

Ramai orang fikir takaful ialah satu perbelanjaan.
Tetapi pada saat kehilangan insan tersayang, barulah mereka sedar…
ia sebenarnya satu bentuk kasih sayang yang ditinggalkan.

Semoga urusan keluarga arwah dipermudahkan dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membantu menguruskan tuntutan ini. Ini adalah satu amanah yang akan saya hargai sampai bila-bila.

Protect today. Love forever. 🤍

Last night, I received a message I never wished to receive. 😔“My aunt passed away.”Arwah merupakan antara orang terawal ...
23/07/2026

Last night, I received a message I never wished to receive. 😔

“My aunt passed away.”

Arwah merupakan antara orang terawal yang mempercayai saya ketika saya baru memulakan perjalanan sebagai Financial Life Planner. Saya membantu mengatur hibah beliau, dan bukan itu saja, saya juga menguruskan perlindungan untuk anak arwah.

Sebenarnya saya sudah tahu keadaan arwah. Dua minggu lepas kami masih sempat ber-WhatsApp dan dia ada berkongsi tentang kondisinya dengan saya.

Saya tahu perkhabaran ini mungkin akan tiba…
cuma saya tidak sangka secepat ini.

Kanser tu jahat. 😔

Bila kita arrange hibah, kita memang berharap hari untuk menggunakannya tidak akan tiba terlalu cepat. Tapi ajal, kita tidak pernah tahu.

Sejak semalam, tugas saya sebagai Financial Life Planner beralih daripada mengatur perlindungan kepada membantu waris melalui proses tuntutan sehingga selesai.

Momen seperti ini selalu mengingatkan saya bahawa kerja ini bukan sekadar tentang sales atau policy.

It’s about being there when the family needs us the most. 🤍

Semoga segala urusan keluarga dipermudahkan.

Terima kasih, darl kerana mempercayai saya dari awal.

Kadang-kadang bila kita bercakap tentang hibah, kita bukan sedang bercakap tentang kematian.

Kita sedang bercakap tentang tanggungjawab, kasih sayang, dan apa yang kita mahu tinggalkan untuk orang yang kita sayang apabila kita sudah tiada.

🤍

Azean Juzaenty
24.7.26

Medical Card yang lapsed bukan sekadar “terlepas bayar”. Ia boleh memberi kesan kepada perlindungan anda.Apabila polisi ...
20/07/2026

Medical Card yang lapsed bukan sekadar “terlepas bayar”. Ia boleh memberi kesan kepada perlindungan anda.

Apabila polisi lapsed dan perlu reinstatement, anda mungkin perlu melalui proses penilaian semula kesihatan.

⚠️ Waiting period bermula semula, dan permohonan reinstatement juga tertakluk kepada kelulusan syarikat berdasarkan keadaan kesihatan semasa.

Jangan tunggu sehingga terlambat. Pastikan polisi anda sentiasa aktif. 💙

Kadang-kadang kita rasa “nanti dulu” bila bercakap tentang medical card… sehinggalah satu hari, kehidupan berubah tanpa ...
24/04/2026

Kadang-kadang kita rasa “nanti dulu” bila bercakap tentang medical card… sehinggalah satu hari, kehidupan berubah tanpa amaran.

Client saya dimasukkan ke hospital secara tiba-tiba akibat serangan jantung.
Bukan sahaja mengejutkan beliau, tetapi juga isterinya yang perlu berdepan situasi penuh risau, keputusan segera dan kos rawatan yang bukan sedikit.

Medical card beliau ambil pada tahun 2023 dan syukur, waiting period sudah melepasi hampir 2 tahun.

Perjalanan ini bukan sekadar tentang claim atau GL approved.
Ia tentang seorang isteri yang panik, risau menunggu update demi update, deposit hampir RM50,000 yang perlu dibayar dahulu dan harapan agar semuanya dipermudahkan.

Bayangkan kalau tiada perlindungan…
Kos hampir RM40,000 mungkin perlu ditanggung sendiri.

Simpanan yang kita rancang untuk travel, pendidikan anak, atau kecemasan lain boleh habis dalam sekelip mata hanya kerana satu perkara yang tidak dijangka.

Sebagai ejen, saya bukan hanya urus polisi. Saya ikut rasa debar, risau dan cuba bantu sebaik mungkin sepanjang journey client & keluarga.

Kadang-kadang kita tidak rasa penting… sehingga hari kita benar-benar memerlukannya.

Ambil masa sihat. Jangan tunggu sakit ia sudah terlambat. 🤍

Medical card kerap naik harga?Marah? Geram? Percayalah… ramai yang rasa benda yang sama.Tarik nafas dulu. Jom faham apa ...
24/04/2026

Medical card kerap naik harga?

Marah? Geram? Percayalah… ramai yang rasa benda yang sama.

Tarik nafas dulu. Jom faham apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Menurut data terkini daripada Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), jumlah tuntutan perubatan pada tahun 2025 mencecah RM9.4 bilion — rekod tertinggi setakat ini.

Naik daripada RM8.9 bilion pada tahun 2024, iaitu peningkatan sekitar 5.3%.

Lebih 53% daripada keseluruhan bayaran tuntutan industri datang daripada tuntutan perubatan. Ini bermaksud, lebih separuh daripada pembayaran insurans dan takaful digunakan untuk kos rawatan hospital. 

Jumlah keseluruhan bayaran tuntutan p**a meningkat kepada RM17.4 bilion pada tahun 2025, berbanding RM16.8 bilion pada tahun sebelumnya. 

Kenapa perkara ini berlaku?

Antara faktor utama ialah inflasi perubatan.

Kos rawatan semakin meningkat.
Kemasukan ke hospital semakin kerap.
Kes penyakit kronik dan kritikal juga semakin tinggi.

Bila kos rawatan meningkat, syarikat takaful dan insurans perlu menyesuaikan semula harga caruman atau premium supaya perlindungan dapat terus dikekalkan.

Sebab itu medical card lebih kerap mengalami repricing berbanding pelan hayat atau perlindungan sakit kritikal.

Trend ini dijangka berterusan kerana inflasi perubatan di Malaysia masih berada pada tahap yang tinggi dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. 

Jadi, kalau anda baru mahu mula membina perlindungan tetapi bajet masih terhad, mungkin boleh pertimbangkan untuk mulakan dengan perlindungan sakit kritikal dahulu.

Caruman biasanya lebih stabil, lebih rendah, dan masih memberi perlindungan kewangan apabila berlaku penyakit serius.

Perlindungan bukan tentang sempurna terus.
Kadang-kadang… yang penting ialah mula dahulu.

16/03/2026

Ramai orang ingat kalau sudah ada penyakit seperti darah tinggi, medical card tidak akan cover apa-apa.

Sebenarnya tidak semestinya begitu.

Jika seseorang itu kemalangan, contohnya jatuh atau patah tulang sampai perlu pembedahan untuk memasukkan besi, kebiasaannya medical card masih boleh cover rawatan tersebut.

Kenapa?

Kerana dalam kebanyakan pelan medical card, kemalangan dilindungi selepas polisi aktif (biasanya selepas 24 jam).

Tetapi ada satu perkara yang sangat penting yang ramai orang terlepas pandang.

Semasa memohon polisi, semua keadaan kesihatan mesti diisytiharkan dengan jujur seperti darah tinggi, diabetes atau penyakit lain.

Ini kerana dalam tempoh awal polisi, syarikat takaful boleh membuat siasatan jika terdapat claim yang mencurigakan.

Ringkasnya:

✔ Kemalangan – biasanya cover selepas polisi aktif
✔ Penyakit – ada waiting period tertentu
✔ Penyakit sedia ada – mesti declare semasa apply

Insurance atau takaful bukan sekadar perlindungan.

Ia juga tentang kejujuran dari awal supaya bila berlaku sesuatu, proses claim tidak menjadi masalah.




11/03/2026

Ramai orang ada medical card.
Tapi bila sakit lama dan tidak boleh kerja…

siapa bayar hidup kita?

Yang saya maksudkan “bayar hidup kita” ialah perbelanjaan harian yang masih berjalan walaupun kita sakit.

Contohnya:
rumah, kereta, makan minum, bil utiliti, pendidikan anak dan komitmen keluarga.

Medical card bayar hospital bill.
Tetapi Critical Illness Plan memberi pampasan tunai supaya kita masih ada cashflow ketika tidak boleh bekerja.

Protect hospital.
Protect income.
Protect dignity.

Kadang-kadang klien tidak sempat maklumkan apa-apa kepada saya.Tetapi sistem AIA akan terus hantar notification apabila ...
11/03/2026

Kadang-kadang klien tidak sempat maklumkan apa-apa kepada saya.
Tetapi sistem AIA akan terus hantar notification apabila hospital membuat permohonan Guarantee Letter (GL).

Sekarang semuanya lebih mudah.

Pergi sahaja ke hospital panel, beri nama dan nombor IC.
Tidak perlu lagi bawa kad medical.

Hospital akan terus hantar permohonan GL kepada AIA, dan apabila diluluskan, rawatan boleh diteruskan.

Sistem AIA memang cepat dan memudahkan klien ketika saat mereka paling memerlukan bantuan.

Ini juga salah satu sebab kenapa saya sangat menitikberatkan perlindungan medical card untuk setiap keluarga.




08/03/2026

Sekarang ramai bercakap tentang exercise dalam insurans.

Tetapi ramai sebenarnya belum faham apa itu AIA Vitality.

Konsepnya sangat simple.

Kalau Grab beri points bila kita berbelanja…

AIA Vitality beri points bila kita hidup sihat.

Workout.
Walking.
Health screening.

Semua itu kumpul Vitality points dan boleh dapat rewards.

Saya sendiri kumpul points setiap minggu melalui workout.

Dan pernah satu kali bila saya admit hospital,

saya tidak perlu membayar deductible amount.

Itulah antara benefit yang saya sendiri pernah alami.

Program ini bukan memaksa orang exercise.

Tetapi memberi ganjaran kepada mereka yang memilih gaya hidup sihat.

Address

AIA Berhad, Riverson
Kota Kinabalu
88100

Telephone

+60168202552

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Takaful - Azean Zea posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perunding Takaful - Azean Zea:

Shortcuts

Share