Hidayah Centre Foundation Sabah

Hidayah Centre Foundation Sabah HIDAYAH CENTRE FOUNDATION CAWANGAN SABAH adalah sebuah PUSAT SOKONGAN SAUDARA MUSLIM (Saudara Baru) dan PUSAT PENERANGAN ISLAM di Negeri Sabah.

Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah (HCS) merupakan sebuah perbadanan yang berobjektif membudayakan perkongsian keindahan Islam, membetulkan salah faham tentang Islam dan memperkasakan saudara baru. Ditubuhkan pada tahun Januari 2011 dan beroperasi sepenuhnya di Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan sasarnya adalah saudara Muslim (saudara baru) dan mualaf. Alamat:
F-1-4, Lot 34, Tingkat 1,

Blok F,
Lorong Plaza Utama, Alamesra,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah

No. Tel : 088-486 272/016-5366100
No. Faks: 088-487 273/088-760 391

๐‚๐€๐“๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐ŸŒท08 Ogos 2026 | KeningauJam 6.00 pagi, kami meninggalkan homestay m...
08/08/2026

๐‚๐€๐“๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐‡ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐ŸŒท

08 Ogos 2026 | Keningau

Jam 6.00 pagi, kami meninggalkan homestay menuju Kampung Nantabakan.

Di Surau Al-Hidayah, pagi dimulakan dengan senamrobik. Kemudian, anak-anak belajar tentang kebersihan diri dan penjagaan gigi dan menerima set penjagaan gigi untuk dibawa p**ang.

Dakwah hari ini mengambil wajah yang sederhana : wajah kesihatan dan kasih sayang.

Pemeriksaan kesihatan percuma dibuka dengan bantuan doktor dalam kalangan peserta dan sahabat kami seorang doktor dari Hospital Keningau.

Pemeriksaan mata percuma turut diadakan, dan Alhamdulillah, lima orang penduduk yang memerlukan tetapi tidak berkemampuan menerima cermin mata membaca secara percuma.

Kami turut menyampaikan sumbangan seperti sejadah, telekung, kain pelikat, Iqraโ€™ dan stand Al-Quran, serta bakul makanan untuk penduduk kampung.

Istimewa hari ini juga, kami bawakan seorang guru yang mengajar penduduk dan kami semua cara pembuatan sabun. Nah! Siapa tahu ilmu ini menjadi sumber pendapatan ๐Ÿคฒ

Sekitar 120 orang, daripada pelbagai usia dan latar agama, hadir bersama.

Hari ini mengajar kita bahawa dakwah tidak semestinya bermula dengan mikrofon atau ceramah.

Ada kala ia bermula dengan sepasang mata yang kita bantu melihat lebih jelas, seorang anak yang kita ajar menjaga kesihatan, ilmu baharu yang mungkin menjadi pendapatan atau sebuah hidangan yang kita kongsi bersama.

Kerana Islam bukan hanya agama yang kita ceritakan.

Islam adalah rahmat yang perlu dirasakan.

Selepas Zuhur, kami meneruskan perjalanan menuju Kundasang.

Tubuh mungkin sedang bermusafir dari satu tempat ke satu tempat.

Tetapi sebagai daie, semoga hati terus bermusafir menuju Allah.

Dan mungkin inilah ukuran sebuah perjalanan dakwah:
๐‘ฉ๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’‘๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š, ๐’•๐’†๐’•๐’‚๐’‘๐’Š ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’ƒ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š๐’‰ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’•๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’๐’Œ๐’‚๐’ ๐’”๐’†๐’•๐’†๐’๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’‘๐’†๐’“๐’ˆ๐’Š. ๐Ÿค

Kami berlabuh dahulu malam ini, doakan perjalanan kami esok ya!





HCF Bundu Tuhan | 8 Ogos 2026 (Sabtu)AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHANAlhamdulillah. Telah selesai...
08/08/2026

HCF Bundu Tuhan | 8 Ogos 2026 (Sabtu)

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHAN

Alhamdulillah. Telah selesai aktiviti gotong royong membersihkan kawasan Surau At Taqwa Kg Bundu Tuhan yang mana dikendalikan oleh perantis SKM IPDAS Kampus Kudat bersama dengan masyarakat kampung.

Semoga Allah SWT berikan keberkatan dan perlindungan dan juga semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Amin ya rabbal alamin.




___________________________

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]
โ€œSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ€

HCF Bundu Tuhan | 6 Ogos 2026 (Khamis)AKTIVITI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHANAlhamdulillah. Perantis SKM mengetuai bacaan...
08/08/2026

HCF Bundu Tuhan | 6 Ogos 2026 (Khamis)

AKTIVITI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHAN

Alhamdulillah. Perantis SKM mengetuai bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang diadakan di Surau At Taqwa Kg Bundu Tuhan.
Semoga Allah SWT berikan keberkatan dan perlindungan kepada kita semua. Amin ya rabbal alamin.




___________________________

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]
โ€œSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ€

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š: ๐‰๐š๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง,๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐ข ๐‡๐š๐ญ๐ข. โค๏ธAlhamdulillah, hajat hari pertama Kembara Dakwah Sabah Edisi Wanita hampi...
07/08/2026

๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š: ๐‰๐š๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง,๐ƒ๐ž๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐ข ๐‡๐š๐ญ๐ข. โค๏ธ

Alhamdulillah, hajat hari pertama Kembara Dakwah Sabah Edisi Wanita hampir melabuhkan tirainya.

Seharian ini lebih banyak diisi dengan perjalanan. Para peserta tiba dari negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Jauh mereka merentas negeri, membawa satu niat yang sama iaitu untuk menyantuni dan menjiwai sendiri denyut nadi dakwah di bumi Sabah.

Kami di Sabah p**a bersyukur kerana Allah memudahkan urusan dengan adanya beberapa kenderaan dakwah yang dapat dimanfaatkan untuk membawa rombongan ke lokasi program utama esok di Kampung Nantabakan, Keningau.

Bagi kump**an yang tiba lebih awal, sempat kami membawa mereka menziarahi rakan-rakan di Hidayah Centre Foundation Keningau. Kemudian singgah ke Surau Kampung Pagar-Pagar, sebuah Kampung Santunan Hidayah Centre yang pernah diuji dengan kebakaran suraunya. Melihat tempat itu mengingatkan kami bahawa setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap kebaikan yang diusahakan pasti ada harapan yang sedang dibina.

Malam p**a belum benar-benar berehat. Walaupun wajah masing-masing jelas kepenatan, tangan masih ligat mengemas dan menyusun hadiah serta sumbangan yang akan dibawa ke Kampung Nantabakan esok.

Yang paling menyentuh hati, kebanyakan peserta yang bersama kami hari ini bolehlah kami panggil "mak-mak" kami. Namun semangat mereka benar-benar luar biasa. Jauh perjalanan bukan alasan, usia bukan penghalang. Mereka hadir dengan hati yang ingin merasai sendiri bagaimana indahnya menyantuni masyarakat di Sabah.

Doakan agar setiap langkah kami dipermudahkan, setiap pertemuan membawa manfaat, dan setiap sentuhan kasih yang diberikan menjadi asbab hidayah dan rahmat daripada Allah.

Esok, insya-Allah, bermulalah misi kami di Kampung Nantabakan. Teruskan mengikuti perjalanan Kembara Dakwah Sabah Edisi Wanita. Semoga setiap doa dan sokongan daripada kalian menjadi kekuatan buat kami di lapangan. ๐Ÿค

๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™—๐™š๐™ง๐™ข๐™ช๐™ก๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ง๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ ๐™ฌ๐™–๐™ ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™: ๐™€๐™™๐™ž๐™จ๐™ž ๐™’๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™–! ๐ŸŒฟBermula 7 Ogos hingga 11 Ogos 2026, kami akan menjelajah ke beb...
07/08/2026

๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™—๐™š๐™ง๐™ข๐™ช๐™ก๐™–๐™ก๐™–๐™ ๐™†๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ง๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ ๐™ฌ๐™–๐™ ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™: ๐™€๐™™๐™ž๐™จ๐™ž ๐™’๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™–! ๐ŸŒฟ

Bermula 7 Ogos hingga 11 Ogos 2026, kami akan menjelajah ke beberapa lokasi dengan satu misi โ€“ menyantuni masyarakat, memperkukuh ukhuwah, menyebarkan keindahan Islam serta mendekati para mualaf dengan kasih sayang dan hikmah.

Doakan agar setiap perjalanan dipermudahkan, setiap pertemuan membawa manfaat, dan setiap langkah menjadi amal yang diberkati Allah.

โœจ Nantikan perkongsian perjalanan, aktiviti dan kisah-kisah sepanjang kembara ini. Ikuti kami setiap hari!






๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐™€๐™†๐˜ผ๐™ƒ ๐™…๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ผ๐™"Kadangkala, yang paling diperlukan bukan sekadar bantuan, tetapi kehadiran seseorang yang mengambil pedul...
06/08/2026

๐™Ž๐™€๐˜ฟ๐™€๐™†๐˜ผ๐™ƒ ๐™…๐™๐™ˆ๐˜ผ๐˜ผ๐™

"Kadangkala, yang paling diperlukan bukan sekadar bantuan, tetapi kehadiran seseorang yang mengambil peduli."

Melalui ziarah dan santunan mualaf, Hidayah Centre Foundation terus mendampingi saudara baharu bagi memastikan mereka tidak bersendirian dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim. Ziarah ini menjadi ruang untuk menyampaikan sokongan, menghulurkan bantuan keperluan harian serta memberikan bimbingan dan semangat agar mereka terus istiqamah.

Sumbangan Sedekah Jumaat anda membantu Hidayah Centre Foundation meneruskan usaha ziarah dan santunan mualaf, agar lebih ramai saudara baharu terus dibimbing, diperkasa dan disantuni dengan penuh kasih sayang.

๐Ÿ“Œ Infaq di sini:
๐Ÿฆ Bank Islam : 1211 3010 7741 57
๐Ÿ“ฑ DuitNow QR
๐ŸŒ Pautan sumbangan : https://catalog.billplz.com/HCF/payment-form/sedekahhcfsabah

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

06/08/2026

Memahami bahawa dakwah tidak mengenal titik penamat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah usaha mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran perlu diteruskan. Setiap bait kata-kata yang baik, setiap akhlak yang mulia dan setiap tindakan yang membawa manfaat merupakan sebahagian daripada dakwah.

Bersama saksikan Forum Perdana Ehwal Islam dengan kupasan tajuk DAKWAH TANPA NOKTAH, Khamis ini pukul 9.00 malam hanya di TV 1.

HCF BUNDU TUHAN | 4 Ogos 2026 (Selasa)MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM Alhamdulillah, HCBT dijemput untuk menghadiri mesyua...
05/08/2026

HCF BUNDU TUHAN | 4 Ogos 2026 (Selasa)

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM

Alhamdulillah, HCBT dijemput untuk menghadiri mesyuarat santai di Pejabat JHEAINS Ranau. KDMRS, YADIM & Perantis SKM juga turut bersama.

Program yang dibincangkan adalah rombongan daripada Masjid Syarifah Fatimah menjemput JHEAINS dan NGO Islam untuk turut serta melaksanakan program ziarah ke tiga buah kampung iaitu Kg Agan, Kg Kawiyan dan juga Kg Bitoon yang mana program tersebut akan dilaksanakan pada 26 hingga 30 Ogos ini.

Semoga Allah SWT permudahkan usaha dakwah kita. Amin.

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
6. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
7. Email | [email protected]
โ€œSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ€

HCF BUNDU TUHAN | 4 Ogos 2026 (Selasa)MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAHAlhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) ...
05/08/2026

HCF BUNDU TUHAN | 4 Ogos 2026 (Selasa)

MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAH

Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) telah dilaksanakan di Kg Pahu pada pagi ini. Topik pembelajaran adalah Iqra/Al Quran, asas-asas Fardhu Ain. Kelas tersebut juga dibimbing oleh Perantis SKM IPDAS Kudat.

Dalam firman Allah SWT surah Al-Mujadila ayat ke 11 yang bermaksud : โ€œWahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.โ€

Marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menutut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.









___________________________

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No. Akaun : 5505 1085 0017
Bank akaun : Maybank
Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]
โ€œSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ€

Address

F-1-4, Blok F, Tingkat 1, Lot 34, Lorong Plaza Utama, Alamesra
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 20:30 - 14:00

Telephone

+60165366100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayah Centre Foundation Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share