16/08/2023
𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗜 (𝗕𝗔𝗣𝗔, 𝗜𝗕𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞)
♂️ Bapa
Sebagai ketua keluarga, kami berpandangan bahawa adalah lebih penting untuk seorang bapa menyediakan hibah takaful buat keluarga.
Bukan apa, walaupun sekiranya anda meninggal dunia, anda pastinya mahukan isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan yang baik. Dengan hibah takaful, ia dapat menggantikan pendapatan anda untuk suatu tempoh yang agak lama.
Namun, bagaimana p**a dengan kad perubatan?
Ya, ia sama pentingnya juga. Namun jika anda kekangan bajet dan perlu mengutamakan yang penting dulu, kami sarankan anda untuk mendapatkan dahulu takaful nyawa dan meletakkan waris anda sebagai penerima hibah.
Jika mampu, tidak salah untuk anda ambil kedua-duanya.
♀️ Ibu
Tahukah anda, bahawa wanita lebih terdedah dengan pelbagai jenis penyakit berbanding lelaki? Jadi, kami merasakan bahawa kad perubatan adalah lebih penting untuk golongan ini.
Namun, anda juga boleh mendapatkan takaful nyawa dan memberikan hibah takaful untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi sekiranya anda adalah seorang ibu tunggal yang bekerja.
Jika berkemampuan, ambil sahaja kedua-duanya kerana yang pasti kedua-duanya akan memberikan manfaat yang tersendiri.
❤️ Anak-anak
Anak-anak sangat memerlukan kad perubatan! Sediakanlah kad perubatan buat mereka sejak dari kecil supaya mereka boleh dilindungi. Ingat, walaupun di usia yang masih kecil, anak anda sangat berisiko untuk terdedah dengan pelbagai penyakit sama ada kritikal atau tidak.
Jadi, dapatkanlah kad perubatan sekarang untuk mereka.
Kesimp**an
Kad perubatan dan hibah takaful kedua-duanya mempunyai fungsi dan manfaat yang tersendiri. Jika kurang berkemampuan dan mempunyai kekangan bajet, pertimbangkanlah untuk memiliki perlindungan yang bersesuaian dengan tanggungjawab anda terhadap ahli keluarga.
Namun jika mampu, dapatkanlah kedua-duanya kerana ia pasti akan membantu anda dan yang tersayang ketika anda memerlukannya suatu hari nanti.
Credit : bjak