30/04/2018
Bagaimana saya dapat mengumpul wang dengan sebanyak RM50k dalam masa 3 tahun dengan gaji kurang daripada RM1500?
Saya mula bekerja sebagai kerani di sebuah bank dengan gaji permulaan RM1150 dan COLA (elaun tetap RM230). Jadi sebulan boleh lah dapat RM1220 selepas tolak epf. Dan pada masa itu, saya pun sudah ada girlfriend. Girlfriend saya ni kacukan sino kadazan. Jadi cantik lah juga orang dia. Saya ni kira beruntung juga sebab ada girlfriend yang cantik & caring walaupun saya bukanlah orang kaya & hensem.
Sampai lah 4 tahun kami bercinta, saya ditanya bila mahu berkahwin. Di sini lah saya sudah start berfikir. Nasiblah pengalaman saya bekerja di bank banyak mengajar saya mengenai pengurusan kewangan & juga skim pelaburan ASB. Maka saya mula memohon pinjaman ASB RM200k selama 25 tahun & 30 tahun dengan instalment sebulan RM1150.
Selepas setahun menyimpan, kami terus bertunang & selepas 3 tahun, saya sudah berjaya menyimpan sebanyak RM55k dengan menggunakan teknik compounding ASB. Happy endingnya, saya dapat menunaikan impian girlfriend saya mahu ada gambar kahwin yang ala-ala Korea & Paris. Status girlfriend pun bertukar jadi isteri & majlis perkahwinan kami bertemakan "garden wedding". Walaupun tidak 100% perfect, tapi semuanya berbaloi.
Sembilan bulan lepas tu, kami dikurniakan seorang anak perempuan yang comel diberi nama Margo. Walaupun dengan kehadiran Margo dalam hidup kami, perbelanjaan hidup kami masih terkawal kerana tidak mempunyai hutang kahwin. Lagipun masih ada lebihan daripada belanja perkahwinan sebanyak RM10k untuk simpanan kecemasan. Walaupun saya berjaya simpan sebanyak RM55k, tidak semestinya semua dihabiskan untuk perkahwinan. Mesti ada backup plan.
Mungkin ramai yang bertanya macam mana saya boleh menyimpan sebanyak tu walaupun dengan gaji yang rendah. Sebenarnya pertama sekali kita perlu ada matlamat yang tetap untuk menyimpan. Contohnya matlamat saya ialah ingin berkahwin dengan duit sendiri tanpa berhutang.
Saya akui bukan senang untuk membuat simpanan. Bila saya sudah berjaya menyimpan RM10k yang pertama, di sanalah saya ada bermacam-macam kemahuan. Tapi saya "matikan" saja kemahuan saya & menyimpan melalui skim pelaburan ASB sebab saya menganggapnya simpanan paksa. Saya kuatkan niat saya untuk menyimpan secara paksa sebab kalau tidak, saya tahu saya akan ditinggalkan secara paksa. 💔💔
Kedua, selepas menetapkan matlamat kita kena mencari jalan & berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Contoh pada kes saya, gaji saya cuma cukup untuk membayar instalment ASB sajaz Jadi saya mencari pendapatan sampingan. Saya pernah menjual air mineral di office, menjual baju jenama sendiri & saya juga aktif membuat referral (LG) di bank & dibayar incentive.
Satu kelebihan bekerja di bank adalah cuti pada hari Sabtu & Ahad. Jadi saya selalu tolong uncle girlfriend saya pada hari Sabtu & Ahad buat sound system (PA system) di event.
Jadi beginilah cerita saya macam mana saya boleh menyimpan RM55k dalam tempoh 3 tahun menggunakan teknik compounding ASB.Mempunyai simpanan yang tinggi untuk masa depan bukanlah mustahil. Yang penting ikut kemampuan sendiri, tetapkan matlamat & berusaha bersungguh-sungguh.
Selalu saya nampak di facebook ramai perempuan dikecam sebab meminta berlian atau belanja kahwin yang tinggi. Kesian juga saya tengok. Bukan semua perempuan mata duitan. Kadang-kadang dorang sengaja menguji kita & mahu tengok sejauh mana kesungguhan kita.
Cuba kamu fikir kalau anak perempuan kamu dikahwinkan dengan lelaki yang sikit-sikit cakap susah, malas berusaha tapi rajin membawang di facebook, kamu rasa anak kamu ada masa depan kah kalau begitu?
Lagipun belanja kahwin sekarang tidak semurah mana lebih-lebih lagi kalau ada majlis makan-makan & ramai jemputan. Tapi kalau nasib baik, ada juga lebihan daripada simpanan tersebut. Contonhya daripada simpanan RM55k saya, ada lebihan RM10k yang boleh disimpan untuk simpanan kecemasan.
Nasihat saya kepada semua bumiputera termasuk perempuan yang mempunyai matlamat kewangan, buatlah simpanan melalui skim pelaburan ASB. Tidak ada ruginya. Paling teruk pun jika sudah tidak mampu menyimpan, terminate saja sijil ASB & ada dapat cash refund. Campur dengan dividen, sudah lebih untung daripada menyimpan sendiri. Lagipun skim pelaburan ini ada perlindungan.
Untuk menyimpan dalam skim pelaburan ASB tidak semestinya kena apply RM200k. Kalau boleh simpan RM800 sebulan, boleh apply RM150k. Kalau RM537 sebulan boleh apply cuma RM100k. Kalau RM269 sebulan boleh apply RM50k.
Sekarang Ambank ada buat offer instalment terendah untuk skim pelaburan ASB di dunia (sebab Malaysia saja ada ASB). Kalau kamu bersungguh-sungguh untuk mahu menyimpan demi masa depan, bolehlah PM saya & saya akan bantu kamu macam mana merancang kewangan kamu dengan tips-tips yang berkesan.